Cukup ke saya sembur dgn bancuhan sabun dan minyak jika jumlah serangannya sedikit?
![]() |
Serangan makhluk perosak pada pokok terung pipit. Gambar milik [email protected] |
------------------------
Makhluk perosak tersebut dikenali sebagai koya, dalam Bahasa Inggeris, mealy bug. Ia lazimnya menyerang tanaman yang mengalami tekanan (stress) kerana kekurangan air.
Boleh gunakan semburan larutan tersebut untuk membunuh kora yang kelihatan. Sembur 3 hingga 5 hari hingga koya tidak lagi kelihatan. Untuk masa yang akan datang, tanam pokok dari keluarga basil berdekatan dengan pokok tomato. Siram pokok tomato sebelum pokok kering.
sama cam saya...banyak sungguh perosak ni...hilang sekejap2 je...bila disembur ngan campuran cili padi & bawang putih...
BalasPadamSebenarnya bawang putih dan cili bukan penghalau makhluk perosak tetapi pemanggil. Jangan campur dua bahan ini dalam penyembur makhluk perosak.
Padamsaya sembur dgn campuran bawang putih dan sabun. kena selalu sembur selagi ada tapi tak sure kesan serangan atau campuran semburan, daun yang diserang bena semua jadi kerekot.
BalasPadamSaya sembur guna racun campuran organik yg En.Is ajarkan. Sembur aje selang seli, tp kena check jugak lah kn. Bena ni semua pokok ditala nye.Kena sbr dgn new hobby skrg ni..hehehe :)
BalasPadamramai alami masalah dengan bena ni kan. kat rumah saya pun serupa. pokok bunga matahari pun kena. last saya buang semua pokok tu. sedih jugak sebab pokok dah besar, hampir berbunga.sembur tak jadi.pokok ros jepun dia suka jugak. semua mati.
BalasPadamKalau diperhatikan gambar, ada semut yang menjaga bena ni. Ia ternak bena untuk dapatkan cecair yang dihasilan oleh bena seperti kita ternak lembu penusu. Kalau nak hapuskan bena sepenuhnya, semut tersebut perlu dihapuskan juga.
PadamSaya selesaikan masalah bena dengan membela kerengga. Ada lagi cara lain. Saya sedang menguji keberkesanannya.
tapi bila dah ada kerangga susah nak kutip hasil...mcm pokok cili dkt rumah saya..cili berbuah lebat, tp pokok banyak kerengga..sakit2 tgn kena ggt..smp masuk ke dlm baju pn ada..
PadamKerengga adalah haiwan sosial dengan sistem yang kemas. Ia hanya menyerang lawan. Kita perlu beri isyarat bahawa kita kawan bukannya lawan. Saya pernah buat kajian tentang haiwan ini ketika zaman belajar dulu. Caranya agak panjang untuk dijelaskan di sini.
PadamYa betul. Memang semut banyak pada batang pokok terung tu. Tapi kalau nak guna kerengga memang tak de lah kat sini. Kalau saya guna ubat sembur yang khas untuk tanaman tu boleh kan en Is.
BalasPadamTapi en Is saya tak paham la kaitan semut dengan bena. Kalau ikut kata en Is yg putih tu adalah kulat. Jadi rupa bena ni sebenarnya kecik ajelah ye.
Bena hasilkan lendir pada kulitnya. Ia dimakan oleh kulat yang bertepung berwarna putih. Kulat ini seperti bekerjasama dengan bena. Bena bagi makanan, kulat bagi perlindungan. Begitu juga dengan semut. Jadi tiga organisma ini saling bekerjasama.
PadamOoo.. baru tau rupanya yang putih tu kulat.. ingatkan sebahagian dari bena tu..
PadamSemut ni 'suspect' utama...kalau semut banyak adalah aphid yg diternaknya....Pokok saya sembur hari hari dgn cecair cuci pinggan dan minyak masak. pagi dan petang. Nak ikutkan penat jugak asik asik kene spray pokok je tapi kalu tak spray kejap aja penuh dgn aphid especially kat pokok timun....chiss!!!
BalasPadamYa kena sembur setiap hari sehingga habis semuanya. Untuk pastikan tiada bena baru singgah boleh gunakan kerengga, atau biarkan burung bersarang dekat rumah. Di kawasan rumah saya ada burung pipit bersarang, juga saya bawa masuk kerengga.
PadamSelain dari itu boleh bunuh kulat yang bekerjasama dengan bena. Ramuannya saya akan diberi dalam ebook seterusnya.
Kalau aphid, tabur kulit pisang atau kulit oren, tutup dengan mulch...ada orang puteh kata tempat tompok aphid tu gantung kulit limau yang dicaritkan sedikit...kononnya bertempiaran lari si aphid...lain yg saya dapat semburkan campuran soda bicarb dan air (ini lebih untuk downy mildew)..tak tau apa bezanya..semua nampak putih aje...kalau En Is boleh beri ulasan bagus juga...lagi satu epsom salt dilarutkan dalam air dan buat foliar spray
BalasPadamya, kulit pisang nampaknya berkesan nak hindarkan bena..tapi nampaknya mengundang masalah lain..siput2 halus (warna kuning cair) tiba2 jer dtg..ntah dr mana. Mungkinkah tertarik dgn kulit pisang atau faktor tanah?
PadamKalau saya sembur ridset pd pokok bunga ros jepun blh tak
BalasPadamRujuk panduan dan amaran pada tin penyembur.
PadamSalam En. Is, soalan saya tak berkaitan dengan serangga perosak. Tapi sebab dah puas google tapi tak berjumpa juga, terpaksa saya tanya disini.
BalasPadamSaya hadapi masalah tanah yg selalu berkulat. Pokok yang ditanam selalu tak menjadi, bila dikorek tanah penug dengan kulat2 putih tu. Macam mana nak buat ye?
Salam En. Is, soalan saya tak berkaitan dengan serangga perosak. Tapi sebab dah puas google tapi tak berjumpa juga, terpaksa saya tanya disini.
BalasPadamSaya hadapi masalah tanah yg selalu berkulat. Pokok yang ditanam selalu tak menjadi, bila dikorek tanah penug dengan kulat2 putih tu. Macam mana nak buat ye?
terima kasih maklumatnya
BalasPadam