Sabtu, 16 Mac 2013

Soalan Pengunjung -- Benih Untuk Jimat Belanja Dapur

Salam En Is,
Boleh tak rekomenkan benih yang boleh bantu saya jimat belanja dapur?
Saya tinggal di rumah teres bertanah. Ruang belakang semua bersimen, dapat cahaya pagi.  Ruang depan 8 x 10 kaki, tapi tanah berbatu. Apakah alat lain yang saya perlukan?  Baja sekali.  Saya ada 2 orang anak, lelaki sekolah tahun 3 dan perempuan 6 tahun. Dan macamana nak ajar mereka makan sayur?

------------------------

6 ulasan:

  1. pertama sekali apa yang famili suka makan. dari sini baru boleh plan apa yg nak ditanam. senang saja kalau keluar pergi pasar apa yang selalu kita beli, cili api, sawi, kangkung, serai, - jadi kita start tanam iti dulu laa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya setuju. Pilih sayur yang famili (terutamanya anak-anak) gemar makan, kemudian piih dari jenis yang mudah dtumbuh. Kalau tanam tetapi tak menjadi tak menjimatkan juga. Kalau semai tapi alat yang perlu mahal, tidak menjimatkan juga.

      Bagaimana pula dengan tempat? Bagaimana nak "ajar" anak makan sayur?

      Padam
  2. assalam..waktu anak2 masih kecil,saya suka hiris sawi nipis2(macam kerabu) utk dimasukkan dalam bihun,mee dan sebagainya,jadi mereka tak tahu dan tak dapat nak buang kesemuanya sewaktu makan..apalagi kalau buat sos spageti,semua sayur dah hancur,jadi secara tak langsung mereka makan semua jenis sayur.lama2 dah biasa..itu pengalaman saya membesarkan 3 anak.wallahu alam.

    BalasPadam
  3. saya ajar anak makan sayur since baby dengan membuat puree sayur...so bila dh besar xde masalah untuk makan sayur...

    mungkin untuk kanak2 yang dah besar, boleh hiris halus segala sayur dan masukkan dalam nasi, bihun, mee goreng dan seangkatan dengan nya...in syaa Allah lama2 anak akan biasa makan sayur...untuk dapat khasiat sayur, boleh juga buat jus ;)

    BalasPadam
  4. Rumah saya ada pokok kelapa, pokok limau nipis, limau purut dan cili padi. Tapi pokok limau nipis tu mati sejak beberapa bulan lepas. Sejak tu terasa sangat susahnya, sebab nak beli kat pasaraya macam tak berbaloi sebab cuma nak gunakan dua biji je tiap kali. Rugi tak belajar tut awal awal dulu.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum en iskandar.. macam mana pulak klu jenis rumah apartment..? tanaman apa sesuai di tanam..?

    BalasPadam