Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 7 Mac 2013

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri.com -- Muhamad Hapizudin

Hari ini kita nikmati gambar kiriman Sdr Muhamad Hapizudin.  Taman Sdr Muhamad Hapizudin lebih luas jika dibandingkan dengan taman yang yang pamerkan sebelum ini.  Walaupun luas, ini tidak bermaksud ia sukar diurus.  Ini dapat dibuktikan dengan kekemasan taman/kebun ini.  Memang puas hati kalau dapat hasil tanaman yang seperti ini.

Taman (Kebun) Muhamad Hapizudin yang cantik dan subur. Gambar milik Muhamad Hapizudin, [email protected]

Sayur putih (kobis cina) yang sempurna tanpa cela. Gambar milik Muhamad Hapizudin, [email protected]

Kailan.  Gambar milik Muhamad Hapizudin, [email protected]

Batas sayur putih yang padat dan subur.  Gambar milik Muhamad Hapizudin, [email protected]

Bayam merah autumn. Gambar milik Muhamad Hapizudin, [email protected]

Terung.  Gambar milik Muhamad Hapizudin, [email protected]

Garland chrysenthemum.  Gambar milik Muhamad Hapizudin, [email protected]

9 ulasan:

  1. wah bestnye kalau dpt berkebun mcm nie...segar2 dan sihat2 semua sayur en. Muhamad....pokok garland chrysentemum tu pun subur...saya masih gagal lagi dlm menyemai garland nie..semuanya x menjadi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila benih garland chrysenthemum kembang (aktif) setelah direndam atau disemai, rasanya manis. Semut akan makan embrio menyebabkan benih mati. Cambahannya juga manis, sebab itu ia sering dimakan makhluk perosak.

      Benih yang saya semai hanya 20% dapat tumbuh hingga matang. Yang lain mati dimakan siput, semut dan belalang.

      Jika mahukan cambahan yang kekal tumbuh subur hingga matang, perlu fikirkan cara untuk melindungi cambahan.

      Padam
  2. best nyer dapat tanam gini..rapat2 tapi sekata je pembesaran sayur...apa rahsia dapat sayur mcm ni..baja apa agaknya yang digunakan.

    BalasPadam
  3. sama lar.. garland lynn satu pun x tumbuh.

    BalasPadam
  4. wah! seronoknya kalau ada tempat luas mcm ni utk bercucuk-tanam... tanahnya pun nampak jenis yg senang nak diuruskan

    BalasPadam
  5. waaahhh...bestnya dapat tanam mcm ni...

    BalasPadam
  6. suka nyer...geram tgk sayur tu..beri inspirasi..

    BalasPadam
  7. Cantik tersusun rapi. Gerramm melihatnya :-)

    BalasPadam
  8. kagum,kemas cara susunan kebun mmg memberikan semangat pada saya untuk lebih rajin menanam. :)

    BalasPadam