Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 2 Februari 2013

That's It, Sudah Hilang Sabar! -- Bahagian 2 Daripada 2


Setiap kali tiba musim panas selepas musim tengkujuh serangga perosak memang mengganas.  Ini kerana anak-anak yang tetas ketika musim hujan perlukan makanan yang banyak untuk pertumbuhan.  Bila bertanam di halaman rumah, kita seolah-olah mempelawa serangga tersebut untuk datang berpesta makan-makan.

Tiada pemangsa yang bergerak secara individu mampu membendung serangan tersebut. Apa yang membimbangkan saya, ada antara tanaman yang ditanam dari luar yang sukar diperoleh benihnya.  Misalnya, bayam ekor uda yang baru belajar berbunga.  Saya belum sempat mengutip benihnya.  Jika belalang menyerang pokok ini, segala usaha selama ini akan membazir.  Saya perlu bertindak.  Tindakan tersebut mesti berkesan.


Pokok bayam ekor kuda baru sahaja menghasilkan bunga.  Ia mesti dilindungi daripada serangan belalang. 


Teringat ketika zaman belajar dulu.  Saya pernah membuat kajiselidik tentang penggunaan kerengga (Oecophylla) dalam kawalan biologi.  Serangga ini menyerang secara berkumpulan dan mampu memusnahkan serangga yang jauh lebih besar daripadanya.  Walaupun nampak garang, ada jenis kerengga yang ramah dengan manusia.  Ia tidak menyengat.  Jika diserang kerengga hanya mampu menggigit untuk melukakan kulit dan membasahkan tempat gigitan dengan asid formik yang disembur dari abdomennya.  Ia menyebabkan rasa pedih tetapi ia tidak membahayakan kecuali jika ada alahan terhadap asid formik.


Saya perhatikan, kerengga yang hidup di taman perumahan bukan dari jenis yang agresif.  Ia tidak akan menyerang jika rakan-rakannya tidak dicederakan.  Jika salah seekor kerengga dipicit, bau yang dikeluarkan oleh kerengga tersebut akan membuatkan kerengga lain menjadi ganas dan menyerang.  Jadi, selagi mana-mana kerengga tidak dicederakan, rakan-rakannya tidak akan menyerang.

Sepanjang saya memerhati tabiat kerengga, hanya sekali saya temui jenis yang ganas yang "ambush" saya dari atas pokok dengan terjun ke atas badan dan terus menggigit, hingga bunyi serangan tersebut seperti rintik hujan.  Serangan tersebut saya alami di Kuala Ibai.  Mungkin koloni itu dari jenis hutan.  Kerengga di tempat lain tiada yang seganas itu.

Saya telah kutip kerengga dari pokok-pokok berdekatan dan mula memberinya makanan (belalang).  Apabila mendapati kawasan laman rumah saya lumayan dengan makanan (serangga) kerengga mula membina sarang.



Sarang kerengga yang baru dibina di atas pokok petola sarang.

Untuk memujuk kerengga supaya memburu di halaman rumah, saya telah memberikan seekor belalang kunyit yang bersaiz besar.  Salam masa yang singkat, kerengaa dari kawasa berdekatan datang membantu meleraikan kerengga tersebut.  Makan besar kerengga hari ni.

Dalam masa yang singkat, banyak kerengga datang membantu meleraikan belalang yang saya "hadiahkan".



Dalam masa yang singkat, kerengga berjaya "melapah" belalang yang besar.

 Tidak lama kemudian saya dapati seekor belalang saiz kecil telah dilapah oleh kumpulan kerengga tersebut.



Sekumpulan kerengga sedang meleraikan seekor belalang yang ditangkap sendiri.



Dalam masa 30 minit saya dapati kerengga telang menangkap kupu-kupu merah yang mnjadi perosak tanaman sayur berbuah.

Kerengga sedang menangkap dan meleraikan kupu-kupu merah.
 Mungkin kerana yakin koloninya tidak akan dimusnahkan, kerengga mula memburu dengan bebas.

Seekor lagi belalang yang berjaya diburu dileraikan.

Bukan sahaja belalang dan kupu-kupu merah, kekabuh kura-kura yang merosakkan daun juga menjadi habuan kerengga.

Seekor kekabuh kura-kura berjaya ditangkap.

Tiada serangga perosak mampu melepasi genggaman kerengga kerana ia memburu dalam jumlah yang banyak.


Ada yang musykil.  Mungkin kerengga akan menggigit.  Sebagaimana yang saya katakan tadi, jika kita tidak mencederakan mana-mana kerengga ia tidak akan menggigit.  Ia mungkin akan menunjukkan pergerakan "agression" sebagai tanda amaran tetapi ia tidak akan menggigit.


Kerengga juga faham tabiat manusia.  Ia tidak akan menggigit jika tidak digugat.

 Dari bacaan saya ketika belajar dulu, kerengga telah dijual di pasar di Cina kira-kira 2,000 tahun dahulu untuk mengawal serangga perosak.  Jika ia berkesan 2000 dahulu, mengapa sekarang kita tidak memanfaatkannya?

Serangga perosak juga akan dapat menghidu kehadiran kerengga.  Ia akan mengelak dari singgah ke halaman saya.  Ketika itu saya akan alih kerengga tersebut ke kawasan lain.



13 ulasan:

  1. teringat pula rancangan dokumentari dalam astro bila tengok ni, tapi takut pula menjemput kerengga ni sebab ada kanak2 di kawasan ni,..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila makhluk perosak dah dihapuskan, koloni tersebut boleh dialih.

      Padam
    2. Macam mane nak alih, pokok jambu saya byk kerengga, area tempat saya ni susah nak jumpa belalang, x cukup kat pokok, siap nak masuk rumah pulak, bila saya bunuh , rasa sgt bersalah pulak..... makin bertambah byk.

      Padam
    3. Potong ranting atau dahan yang ada sarang kerengga dan alih ke lokasi baru. Untuk elakkan kerengga masuk ke rumah, tabur ubat semut (naftalena) di kawasan laluannya.

      Padam
  2. Saya tak berani nak mengajak kerengga datang bersarang di kebun. Yelah. Nanti susah nak berjalan-jalan di kebun dengan banyak kerengga melata. Takut digigit mereka nanti.

    BalasPadam
  3. Menarik juga bila dapat menggunakan kerengga sebagai satu cara kawalan serangan belalang.. Hehe..

    Teringat rumah arwah atuk di Kuala Ibai tempat dimana tuan cerita serangan kerengga tersebut.. Memang benar, kerengga disana agak agresif berbanding ditempat lain kerana mungkin ianya spesis dari paya bakau dan nipah yang berhampiran dengan Sungai Ibai..

    Saya teringat bagaimana kami turut diserang ketika mengait buah jambu air.. Kerengga tersebut terjun dari pokok jambu untuk menyerang kami.. Bunyi serangan juga amat menakutkan seperti bunyi hujan renyai yang jatuh ke atas plastik..

    Hehehe.. Tu kenangan masa kecil dulu la.... :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerengga tempat lain tak seagresif itu. Misalnya, jenis yang saya guna, ketika alih, langsung tak menggigit, walau ada beberapa ratus ekor.

      Padam
  4. Dulu pokok buah kat rumah saya selalu jadi mangsa ulat buah & macam2 serangga,smpai x boleh nak makan buah jd ayah saya letak kerengga. memang cukup berkesan, buah mmg elok , x dak yg kacau tp lama2 koloni kerengga membiak terlalu banyak smpai rumah kena masuk dgn kerengga. Jadi ayah saya letak pula semut hitam untuk control kerengga. lama2 kerengga pun pupus kalah dgn semut hitam..

    Lama2 semut hitam banyak sampai setiap bucu rumah penuh dgn semut hitam. terpaksa la guna ridset hari2 dan tebang pokok yg jadi sarang semut hitam ni...

    sekarang baru okey..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini menunjukkan kerengga memang digunakan dalam kawalan makhluk perosak. Saya ingat di negara cina dan vietnam aja ia digunakan.

      Padam
  5. Rumah mak saya di sg petani pun byk kerengga. Mmg tanaman x byk yg diganggu serangga perosak. Kerennga rajin memantau cari makanan

    BalasPadam
  6. Kerengga banyak bersarang di pokok mahkota dewa saya..habis tgn saya digigit ketika nak memetik..sy tabur racun semut, askar2 cepat2 kutip buangkan, saya tabur pulak racun siput..gitu jugak. pantas jer mereka mengutip semua dan humbankan ke bawah. Cerdik betul!

    BalasPadam