Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 24 Februari 2013

Tanamsendiri.com Versi Buku dan Siri Mudahnya Tanam

Alhamdulillah Tanamsendiri.com Versi Buku akan mula masuk pasaran pertengahan bulan depan.  Untuk batch pertama, Jilid Pertama dan Jilid 2 akan diedarkan.    

Buku tersebut mengandungi posting terdahulu tetapi diolah semula.  Maklum sajalah, posting tanamsendiri adalah sepontan, banyak juga typo dan ayat yang pelik-pelik yang saya sendiri lupa apa yang saya ingin sampaikan ketika mengkompil posting.  InsyaAllah selepas ini, di peringkat awal, 2 buah buku akan dikompil setiap bulan.

Sekiranya selepas buku keluar, rakan-rakan terjumpa apa-apa kelemahan dan merasakan ia boleh ditambah mutu, boleh syorkan melalui emel.

Siri Mudahnya Tanam akan diterbitkan selepas buku Tanamsendiri.com Versi Buku masuk pasaran.  Untuk bahagian pertama, 4 buah buku akan masuk pasaran dahulu iaitu Mudahnya Tanam Bendi, Mudahnya Tanam Sawi, Mudahnya Tanam Lobak Putih, dan Mudahnya Tanam Kailan.  Saya pilih benih yang mudah dikndali dulu supaya rakan-rakan yang baru berkebun tidak patah semangat.  Sebagaimana yang dijanjikan buku tersebut diedarkan bersama benih.

Untuk Siri Jom Tanamsendiri, ia akan diterbitkan selepas Siri Mudahnya Tanam selesai masuk pasaran.  Siri lengkap mengandungi 16 buah.

Sementara itu buku ebook akan terus diedarkan.  Buat masa ini buku IT dan Fotografi Digital versi bercetak dihentikan dulu.  Saya ada menerima beberapa email dari pembaca yang dah biasa dengan buku hasil tulisan saya meminta agar saya tulis semula buku IT.  Untuk setahun dua ini, saya akan tumpu kepada buku home gardening dahulu.  Kalau umur panjang, ada rezeki, insyaAllah saya akan tulis semula buku-buku tersebut.  Ia mungkin akan diedarkan dalam format ebook.

7 ulasan:

  1. Saya setia menunggu :)..


    P/s : Tuan, jika boleh beritahu sekali penerbit utk buku2 tu supaya kami semua mudah mencarinya di rak2 kedai buku seluruh Malaysia.. Terima kasih tuan dan tahniah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut pengalaman yang lepas, penerbit ini hantar buku ke seluruh negara, dan Brunei sekali. Dari Kinokuniya, MPH, hinggalah ke pos ofis dan kedai runcit. Dari respons pembaca, buku versi bahasa Inggeris, saya ada terima respons dari Maldives, Korea Selatan, dan Jepun. Harap-harap buku pertanian nanti, ada kat mana-mana juga. :)

      Pembaca dari Indonesia pun ada respons. Bila ditanya, dari segi design kulit dsb, rupa-rupanya buku cetak rompak. :(

      Padam
  2. Saya pun pasti beli. Rasanya en is dah mention dulu. PTS kan?

    BalasPadam
  3. Taniah En.Is:) Harap2 dpt la mencari buku tu di mana2 tmpt yg En.Is sebutkan td..

    BalasPadam