Tanaman di rumah mempunyai rasa yang paling enak serta paling
berkhasiat berbanding tanaman kebun dan ladang apabila dimakan segar. Jadi seeloknya, tuai hanya bila tanaman ingin
dimakan. Bagaimanapun, kadang-kadang tanaman ditanam lebih daripada yang diperlukan
dan ia tidak dimasak atau dimakan segera.
Jadi tuaian tersebut perlu disimpan.
Dari pengalaman saya, sayur yang mempunyai storan makanan
paling tahan lama disimpan, misalnya lobak (bahagian lobak, bukan bahagian
daun), bawang, rizom dan ubi. Sayur daun
yang tebal dan berisi (misalnya daun kobis dan basella) juga tahan lama bila
disimpan.
Bagaimanapun sayur daun yang nipis tidak tahan lama,
misalnya sawi, kangkung, dan bayam.
Sayur tersebut cepat kehilangan air dan menjadi layu walaupun baru
sehari dipetik. Bila dah layu ia akan
rosak dan tidak enak dimakan.
Jika anda ada menanam sayur tersebut lebih daripada biasa,
saya syorkan ia dimasak terlebih dahulu.
Kemudian simpan dalam peti sejuk (beku).
Bila nak makan nanti, keluarkan dan nyahbeku menggunakan ketuhar microwave.
Sebenarnya, selagi tidak dimasak, tuaian masih hidup dan
proses respirasi dan transpirasi masih tetap berlaku. Ini menyebabkan ia kehilangan air yang banyak
dan tidak diganti. Jika ingin disimpan
lama tanpa memasak dahulu, basuh sayur tersebut, dan letakkan di dalam bekas
plastik, semburkan sekit air untuk lembapkan dan tutup rapat. Simpan di dalam peti sejuk di bahagian segar,
bukan bahagian beku. Boleh juga disimpan
dalam plastik sawic (Ziploc®).
Simpan sayur yang dalam keadaan terbaik sahaja. Sayur yang cedera, elok dimakan segera.
Tujuan disimpan dalam bekas tertutup dengan disembur air
ialah untuk kurangkan kadar respirasi (dengan menurunkan suhu) dan meningkatkan
kelembapan uadara (menyembur air dalam bekas kedap udara). Jangan tuang air kerana ia mungkin menjadi
punca sayur lecuh dan rosak.
Untuk kekalkan rasa tuaian herba (misalnya daun rosemary dan
tarragon), potong daun sehingga saiz kecil.
Isikan dalam tray air baru yang berisi air dan bekukankan. Kemudian simpan kiub ais yang mengandungi
herba dalam bekas plastik tertutup di dalam ruang beku peti ais. Dengan cara ini rasa herba tidak akan kurang kerana
molekul herbal tersebut terperanggakan di dalam kiub ais. Apabila diperlukan, masukkan seluruh kiub herba
dalam masakan mengikut sukatan yang disarankan dalam resepi.
Sangat menarik info ni. Terutama perenggan yg last tu. Tadi baru masak mini pizza guna roti gardenia bonjour guna tomato n capsicum br petik. Mmg sedap dan rangup.
BalasPadam