Saya gemar tuai cambahan lobak putih dan jeruk dalam cuka
asli dan garam. Tambahkan bawang putih
dan cili padi, memang enak. Cambahan
kailan yang dikutip ketika menjarang enak dimasak sebagai baby kailan.
Proses ini boleh dilakukan secara berterusan sehingga jarak
pokok dewasa sesuai.
Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk tingkatkan jumlah
tuaian. Misalnya pucuk kacang botor
boleh dimakan. Ketika pokok menjalar
keluar dari kawasan, potong pucuk dan masak sebagai sayur. Goreng sedap tu.
Daun mulberi boleh dituai, dibuat sayur air, teh atau masak
lemak. Ada juga yang tuai daun mulberi
dijadikan pembungkus tapai.
Bawang putih dan bawang merah yang kurang elok jangan
dibuang. Semai. Ia akan mengurniakan rezeki yang tak putus. Daunnya boleh dituai dan dimasak. Bila kerat, daun baru akan tumbuh lagi.
Kailan, daun, batang, bunga semua boleh dimakan.
Kobis cina, bahagian kobis, helaian daun, batang dan
cambahan, semuanya enak dimakan.
Labu manis, bukan sekadar buah dan pucuk boleh dimakan, kelopak bunga pun boleh
dimakan juga.
Cili merah dan cili padi, jangan dibuang daunnya. kalau dibuat sayur air amat enak. Jangan pula pergi kutip daun di kebun cili,
padat dengan racun tu. Maksud saya pokok
yang ditanam sendiri tanpa menggunakan racun. Dan kena pilh pokok juga. Jangan tuai tanaman yang daunnya beracun.
Salam; jangan dimakan daun tomato sudah, racun walaupun organik
BalasPadamPerlu diingatkan tu. Daun tomato dan daun terung tak boleh dimakan.
Padamcuka asli tu apa?
BalasPadamCuka ada dua jenis iaitu cuka asli dan cuka tiruan. Cuka asli dibuat daripada jus buah atau hasil tanaman, produk hasil peram, misalnya nira kelapa, tuak, jus anggur, kurma, epal, nanas dan lain-lain. Cuka tiruan dibuat daripada bahan petroleum (petroleum byproduct, iaitu asid asetik (asid etanoik) yang dicairkan menggunakan air dan dicampur garam.
PadamSaya lebih gemar cuka asli kerana apabila dijadikan ramuan jeruk, ada rasa manis sedikit. Kalau nak guna cuka tiruan pun ok juga.
Boleh beli kat mana ya cuka asli tu?
BalasPadamBiasanya ada dijual di kedai runcit.
Padam