Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 26 Februari 2013

Menuai Bahagian 10 Daripada 20



Tentang Suhu
Mengapa negara kita udaranya lembap?  Ia lembap kerana udara panas.  Suhu sekitar mempengaruhi kandungan air di dalam udara.  Udara sejuk tidak mampu menyimpan air yang banyak.  Jadi udara kering.
Ini dapat dilihat dengan jelas jika kita berkebun di awal pagi.  Ketika suhu masih rendah, wap air keluar apabila kita bernafas.  Ini kerana, ketika bernafas, badan membebaskan wap air.  Oleh kerana udara sejuk, ia tidak dapat menyimpan wap tersebut jadi ia keluar seperti asap.

Sekarang ini pun bila kita bernafas, wap air dibebaskan ketika menghembus nafas.  Oleh kerana suhu tinggi, wap tersebut disimpan di dalam udara, jadi kita tidak kelihatan seperti asap.

Tuaian tahan lama di dalam udara sejuk kerana setiap 10 darjah (Celsius) suhu turun, masa yang diperlukan untuk tuaian rosak (reput) berganda.  Jadi tanaman paling elok disimpan pada suhu rendah, tapi bukan di bawah tahap beku.  Ini kerana pada suhu di bawah tahap beku, sel dalam tuaian rosak.  

Tentang herba yang saya sarankan simpan dalam kiub ais, itu berbeza kerana apa yang kita mahu bukan kesegaran daun herba tersebut tetapi kita ingin memerangkap rasanya (aroma) yang boleh hilang melalui udara.

Ada tuaian yang rosak rasanya jika disimpan di bawah tahap beku, misalnya tomato, labu manis, kentang, dan pisang.  Sebab itulah tuaian tersebut elok disimpan di luar peti sejuk.

2 ulasan:

  1. Apabila baca ini terus saya ingat istilah "chilling injury" dengan "freezing injury".

    Syukur juga ya negara kita ini mempunyai kelembapan relatif yang tinggi. Tak perlu risau dengan kerosakan yang dinyatakan di atas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masing-masing dengan cabarannya yang tersendiri agar gardening tidak membosankan.

      Padam