Khamis, 14 Februari 2013

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Sawi Christmas Green

Sawi Christmas Green, hasil tanaman Sdr Wan Fazli.  Gambar milik Wan Fazli, [email protected]
Gambar hari ini adalah dari kiriman Sdr Wan Fazli.  Sawi ini telah disemai 3 minggu (23 hari) sebelumnya.  Cantik sawi ni, tanpa cela.  Sdr Wan Fazli ingin tahu sekiranya pertumbuhan sawi tersebut normal.  Kalau diperhatikan saiznya, saya rasa ia normal.  Mungkin sawi yang saya semai lebih besar sedikit daripada sawi tersebut.  Itu kerana saya usahakan dari semua sudut untuk mendapatkan pertumbuhan yang paling optima.  Apa pula pendapat rakan-rakan tentang gambar ini.

Oh ya, Sdr Wan Fazli pun ada blog berkebun.  Diharapkan Sdr Wan Fazli berikan alamat blog tersebut melalui ulasan supaya kita sema dapat memanfaatkannya.

2 ulasan:

  1. Salam, jika pertumbuhan normal (full sun), sawi tersebut dh boleh tuai. Mungkin tak cukup cahaya. Boleh letak pasu tersebut pd cahaya sekurang2nya 6 jam. Lebih pun tak apa. Tanah ok cukup nutrient dn kurang serangan perosak. Hijaupula tu.

    BalasPadam