Khamis, 14 Februari 2013

Apa Pasal Tak Sembur?

"Wah sawi sudah besar, itu apa tu?  Kailan kah?" sapa Mr Chong, kenalan ramah yang selalu ronda depan rumah menyapa.

"Tak, itu kobis.  Yang berlubang-lubang tu green bok choy."  saya jawab, memulakan perbualan tentang gardening.

Mr Chong, mula berlabuh dan pebualan bermula, "Itu lubang-lubang, kerja belalang kah?  Apa pasal tak sembur?, ohhh mau organik ya?"

"Tak apalah Chong, lubang-lubang tak ada racun lagi baik dari cantik tapi ada racun.  Dulu ada saya sembur air sabun dengan minyak masak.  Ok juga, menjadi.  Tapi kali ni mau cuba kerengga lah."

"Kerengga?  Tak sengat kah?" Tanya Mr Chong waswas.

"Kerengga mana ada sengat, kalau dia marah pun setakat gigit aja, lepas tu kencing.  Tapi kerengga boleh tolong.  Tengok ni daun baru, sedah ok."

"Ya lah.... Sayur baru sudah ok.  Eh itu putih-putih kerengga angkut, anak dia kah?"

"Mana?  Owh bukan, itu ulat sampah.  Sudah berapa hari orang angkut sampah tak datang, semua sudah berulat. Nasib baik ada kerengga, kalau tidak depan rumah ni jadi tempat biak lalat."

"Ya lah.  Hey saya jalan dulu, nanti singgah lagi, kita teh tarik."  Mr Chong beredar.  Wajah masih waswas.  Mungkin dalam fikirannya, pakai kerengga? Aiya, macam-macam lah Iskandar ni.



Kobis baka summer autumn, tak sempurna tapi oklah.  Organik, bebas racun.

Sawi christmas green pun masih ok.


Nah lihat sendiri, pucuk sawi christmas green yang baru dan hampir sempurna.


Kerengga pun dah perluas domain, pihak kontraktor angkut sampah lambat kutip, sampah dah berulat. Kerengga tolong selesaikan masalah ulat sampah.

2 ulasan:

  1. Wah! Nampaknya projek kerengga tuan Is makin menjadi. Terhibur saya melihat gambar-gambar yang dipamerkan.

    BalasPadam
  2. Lepas ni boleh la tuan ternak dan jual kerengga pula.. Hehe :)..


    P/s : Tergelak besar bila saya baca ayat ni "Aiya, macam-macam lah Iskandar ni." :)

    BalasPadam