Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 31 Mei 2012

Tuaian Hari Ini -- Bawang dan Sawi Bunga

Hari ini kosongkan beberapa tong gabus untuk semai semula sayuran.  Alhamdulillah, antara tanaman yang keluarkan boleh dijadikan ramuan untuk makan tengahari inmi -- Sup bawang.  Antara tuaian hari ini termasuk pokok bawang dan sawi bunga. :)

Tuaian hari ini dijadikan ramuan sup bawang.
 Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

Gambar Hari Ini -- Kailan Mula Berbunga

Kailan di belakang rumah mula berbunga.  Nampaknya semua pokok kailan perlu dicabut dan dimasak.  Dua tiga hari ni, kailan ikan masin akan menjadi satu daripada menu.  Sayur ini akan diganti dengan sayur daun yang lain.

Pokok kailan berbunga.

Makanan Kegemaran Ikan Pelaga

Jika pernah cuba membiakkan ikan pelaga (Betta), rakan-rakan akan tahu masalah utama adalah menentukan makanan dan bila makanan tersebut sesuai diberi kepada ikan pelaga.  Video ini menunjukkan sejenis cacing yang kelihatan seperti ugat-ugat yang diberikan kepada ikan pelaga.  Makanan ini kaya dengan protein dan amat digemari oleh ikan pelaga.  Jika membela di luar rumah, di peringkat awal anda mungkin akan menghadapi masalah dengan pegawai penguatkuasa kerana mereka pasti akan menyangka organisma ini adalah ugat-ugat, iaitu larva nyamuk.  Sebenarnya organisma ini bukannya larva nyamuk. Organisma ini mudah diperolehi jika anda tahu cara menangkapnya.  Maklumat lengkap tentang pemakanan ikan pelaga akan diberikan di dalam ebook yang akan dipasarkan nanti.  Kepada peminat ikan pelaga, harap bersabar.

video

Cara Pintas Untuk Paksa Mulberi Berbuah

Mulberi akan berbuah banyak bila pokoknya tumbuh tinggi hingga 8 meter.  Mungkin sebab itu mulberi kurang ditanam di kawasan perumahan.  Namun begitu, kita yang tiada ruang tidak perlu gusar.  Mulberi sebenarnya boleh ditanam dalam bekas.  Kalau nak paksa mulberi berbuah, kerat batang pokok tersebut.  Bila ia tumbuh tunas, biasanya terdapat beberapa putik beri.  Walaupun tidak berbuah sebanyak kalau dibiarkan pokok tumbuh tinggi, ia tetap memadai.  Bolehlah merasa. :)

Buah Mulberi yang hampir ranum.

Petua -- Mendapatkan Mentimun Yang Kurang Pahit

Posting asal 6 Julai 2011, dibawa ke depan untuk tujuan perbincangan...

Ada banyak faktor yang mempengaruhi rasa buah atau sayur yang kita tanam.  Saya yakin rakan-rakan yang menanam sendiri makanan mereka idamkan makanan yang paling enak dimakan.  Kalau mentimun, pasti kita mahukan buah yang rangup dan mempunyai rasa yang tidak pahit.

Buah mentimun dari buah yang disenyawakan mempunyai rasa yang pahit, jadi anda perlu halang proses persenyawaan untuk mendapatkan buah yang tidak pahit. Untuk berbuat demikian, kutip dan buang semua bunga jantan.Tanpa bunga jantan, proses pendebungaan akan terhalang dan buah yang dihasilkan adalah kurang pahit.  Petik buah ketika masih muda.  Petua ini amat sesuai untuk mentimun baka hibrida F1.

Foto 1:  Bunga jantan, perlu dibuang untuk mengelakkan pendebungaan.


Foto 2:  Buah yang terhasil adalah berasal dari bunga betina.  Sekiranya bunga tidak dsenyawakan, buahnya berasa kurang pahit.

Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual


Tips -- To Get Less Bitter Cucumber
There are many reasons that contribute to the bitterness of cucumbers.  One of the reasons is the type of cucumber.  An unfertilised cucumber is less bitter compared to a fertilised cucumber.  So, to get a less bitter cucumber you must avoid pollenation.  To avoid pollination, remove the male flowers.  Pick the cucumbers when they are still young.  This tip only works with hybrid (F1) varieties.

Photo 1:  Male flower should be removed to avoid fertilisation of the female flower.

Photo 2:  Young fruit.

Selasa, 29 Mei 2012

Gambar Hari Ini -- Putik Bunga Senduduk

Pokok Senduduk tumbuh melata di kawasan pesisir pantai.  Di Lembah Kelang, pokok ini dijual dengan harga yang tinggi.  Mengikut peniaga di nurseri, daun senduduk digunakan ketika merebus telur untuk dijadikan ubat di Negeri Cina.

Putik Bunga Senduduk

Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

Menanam Jagung Manis

Posting asal, 18 Oktober 2010
JIKA ANDA MEMILIKI banyak ruang, elok juga tanam jagung manis. Jagung manis adalah dari keluarga Maize maize iaitu sejenis rumput. Pendebungaan adalah melalui angin, jadi elok tanam jagung dalam kawasan berbentuk blok. Kebanyakan pokok jagung tumbuh tinggi sehingga 2 meter.
Jagung manis amat enak dimakan sebaik sahaja dituai. Ini kerana gula dalam biji jagung akan mula bertukar menjadi kanji selepas jagung dituai.



Kawasan Yang Sesuai
Jagung memerlukan banyak sinar matahari. Bagaimanapun pokok terlalu tinggi dan mudah patah ditiup angin. Elok ditanam di tempat yang terdedah pada sinar suria tetapi terhadang dari angin. Tanah pula perlu subur dan tidak menakung air.

Menyemai Benih
Semai benih dalam bekas atau terus ke tanah. Letakkan benih sedalam 2.5 hingga 4cm dengan jarak 35 hingga 45cm. Masukkan 2 atau 3 benih dalam satu lubang. Apabila tumbuh, buang anak benih yang lemah.

Menanam Anak Benih
Alih anak benih apabila ia tumbuh setinggi 8cm. Tanam dengan jarak 35 hingga 45cm.

Penjagaan
Merumput selalu, tetapi hati-hati supaya tidak mencederakan akar. Pokok jagung mempunyai akar hampir dengan permukaan tanah. Anda cuma perlu menyiram apabila bunga tumbuh dan jagung mulai menggemuk.

Menuai
Jagung manis sedia untuk dituai apabila bulu mula kering dan bertukar menjadi hitam, biasanya 60 hari selepas disemai.

Masalah
Haiwan suka memakan jagung. Tupai, tikus, burung akan cuba mencuri buah yang masak. Kutu daun (aphid) dan lalat buah juga mungkin akan menjadi masalah.


Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

Blogwalking -- Aduhai Anak

Blog milik Angah (Wani) agak menarik juga.  Blog ini berkisar dalam aktiviti Wani bersama anaknya serta hobi berkebun.  Saya perhati buah Noni pun ada.  Kalau zaman kanak-kanak orang kampung respect buah ni kerana dipercayai bernilai sebagai ubat.  Saya tak pernah rasa buah Noni sebab buah yang ranum mempunyai bau masam berenzim yang kuat.  Blog Wani boleh dicapai melalui URL berikut.


Laman blog Aduhai Anak


Bela Cacing Untuk Baja, Bahagian 9 daripada 20


Nak Letak Apa Kat Dalam Tong?

“Letak tinja lembu ker?” 

Ish tak lah.  Kan nak letak kat bawah singki kat dapur.  Tak kan nak letak tinja ternakan.  Kita letak tempat cacing boleh rehat sambil jamah sisa makananlah.  :)

Bedding, iaitu tempat cacing rehat
Untuk bedding kita akan letak lapisan kertas dan lapisan tanah topsoil.  Lapisan tersebut di selang seli.  Kertas yang boleh digunakan ialah kertas suratkhabar.  Jangan guna kertas majalah yang berkilau (glossy) atau kertas fotostat.  Bimbang cacing tanah sakit perut.  Errr, cacing ada perut ker?  Tak derlah macam perut kita.  Salur jer....

Kertas surat khabar, tisu atau mana-mana kertas newsprint boleh digunakan..  Kemudian dilapiskan dengan tanah dari lapisan atas (topsoil).  Itu pun jika anda gunakan cacing tanah dari jenis Lumbricus.  Kalau guna cacing merah Foetida (ada yang panggil cacing tinja atau cacing harimau), tidak perlu letak tanah.

Bedding kertas suratkhabar akan digunakan sebagai penunjuk.  Bila semua kertas suratkhabar hancur dan kelihatan seperti serbuk kopi, maka kandungan tong boleh digunakan sebagai baja vermikompos.

Menyediakan Kertas Suratkhabar
Cacing tanah tidak dapat makan dan cernakan kertas suratkhabar yang tidak disiat dan kering.  Siat kertas suratkhabar menjadi jalur lebar 1 hingga 2 cm.  Kemudian rendamkan jalur kertas suratkhabar di dalam air (di dalam baldi).  Keluarkan jalur kertas suratkhabar dan perah dengan menggenggam jalur dalam bentuk gumpalan hingga kertas menjadi lembap tetapi tiada air terkumpul.  Lapisan kertas suratkhabar akan dijadikan tempat cacing berehat.

Siat kertas suratkhabar menjadi jalur.



Lapisan Tanah
Pilih lapisan tanah daripada lapisan atas (topsoil) atau tanah tempat cacing diperolehi.  Tanah diperlukan untuk cacing untuk berehat sambil menyesuaikan diri dengan tempat yang baru, iaitu tong cacing.  Kadang-kadang, apabila cacing tercedera, ia akan masuk di dalam lapisan tanah untuk berehat sehingga ia pulih kembali.  Lapisan tanah juga diperlukan untuk cacing berlindung apabila makanan yang dimasukkan tidak sesuai, misalnya terlalu berasid.

Bedding Tong Cacing
Susun lapisan bawah dengan kertas suratkhabar lembap kira-kira 1.5 inci (4 cm).  Kemudian masukkan satu lapisan tanah sehingga 1.5 inci (4 cm).  Kemudian lapiskan dengan kertas suratkhabar lembap kira-kira 1.5 inci diikuti dengan satu lapisan tanah.  Jadi terdapat 2 lapisan kertas suratkhabar lembap dan 2 lapisan tanah.

Masukkan kertas dan tanah dalam bentuk lapisan.



Lembapkan Bedding
Kemudian sembur (spray) bedding dengan air kira-kira setengah liter untuk lembapkan serta sejukkan kandungan medium.

Anda sedia untuk masukkan cacing tanah di dalam tong.

Bersambung...

Isnin, 28 Mei 2012

Bela Ikan Pelaga

Minggu lepas sempat jenguk adik yang bela ikan pelaga (sekilau siam) di Kemaman.  Ikan banyak tapi masih muda.  Dia bekalkan kira-kira 10 hingga 15 ribu ikan setiap batch.  Sasarannya dalam 15 ribu ekor sebulan, tapi katanya tak cukup tangan.  Proses membiakkan ikan ini agak rumit.  InsyaAllah kami akan siapkan buku cara membiak ikan pelaga untuk hobbyist.  Saya sedang mengumpul data teknikal daripada adik.  Rakan-rakan yang berminat untuk dapatkan ikan pelaga boleh ke Kemaman. :)


Takungan yang mengandungi anak ikan pelaga (betta).

Piring adalah satu daripada gejet penternak ikan pelaga.  Kalau nak tahu kegunaannya, kena beli buku (ebook) cara ternak ikan pelaga. :)

Ikan yang matang disaingkan untuk elak ikan berlaga sesama sendiri.

Betta merah yang masih muda.

Bela Cacing Untuk Baja, Bahagian 8 daripada 20


Tong Cacing
Tong macamana yang sesuai digunakan?  Dari bacaan saya, ada banyak jenis tong yang disyorkan.  Ada yang syorkan tong kayu.  Tong kayu memang cantik, sebab ia boleh regulate lembapan dan udara.  Masalahnya tong kayu cepat reput.  Kita nak bela cacing sebab nak jimat belanja baja, dan tidak membuang sisa makanan.  Kan membazir tu?

Dari pengalaman saya, tong plastik bertutup yang biasanya dijual dipasaraya, atau tong sampah plastik bertutup sesuai digunakan.  Tong gabus tak sesuai sebab udara susah mengalir.  Kalau tebuk lubang pun, dinding tong terlalu tebal, kemungkinan udara tidak dapat masuk.  Walaupun cacing tanah tinggal di dalam tanah, ia tetap bernafas.  Cacing tanah perlukan oksigen, seperti hidupan lain juga.

Tong plastik begini sesuai digunakan untuk bela cacing di dapur.
Apakah saiz tong yang sesuai digunakan?
Ini bergantung pada ruang tempat simpan tong tersebut.  Saya syorkan anda simpan tong tersebut di ruang bawah singki di dapar sebab di situ anda muda isi sisah makanan ketika memasak.  Kalau jauh anda perlu bergerak, kemungkinan di hari malas, sisa tersebut akan berakhir di dalam tong sampah.
Jadi, saiz yang sesuai adalah saiz yang muat di bawah singki dan tidak terlalu besar atau berat untuk di kendalikan.

Tebuk Lubang

Tebuk lubang menggunakan mata gerudi saiz ¼ inci.  Tebuk di mana?  Ada yang syorkan supaya ditebuk juga di bahagian bawah dan kumpulkan cecair menggunakan dulang.  Eeeee, saya pasti orang yang tulis artikel ni tak pernah bela cacing indoor.  Jangan, nanti orang masuk dapur, mereka tak mau dah makan hasil masakan rakan-rakan, kalau buat macam ni. 
Jangan risau tentang cecair yang terkumpul dalam tong.  Kalau kena caranya, ia tidak berbau.  Yang penting, jangan basahkan kandungan tong hingga air terkumpul.  Memadai setakat lembap sahaja.

Ok, jadi, tebuk lubang di bahagian sisi atas sahaja, kira-kira 4 inci (10 cm) daripada bahagian atas tong.  Tebuk beberapa lubang.  Jarakkan kira kira 1 ½ inci (3.5 cm).  Jangan tebuk lubang di bahagian bawah tong.  Kita tidak mahu air dalam tong meleleh keluar!

Saiz dan kedudukan lubang.



Bersambung... Bedding (kertas surat khabar) 

Khamis, 24 Mei 2012

Benih Baru Untuk Bulan Ini

Saya ada menerima beberapa batch benih baru.  Kini ia sedang diuji tahap bernas.  Antara benih yang dimaksudkan ialah:

Terung Bulat DwiWarna
Sawi Wang Bujang (008), batch sebelum ini telah habis
Bunga Pansy
Herba Sweet Basil (telah habis dipesan)
Herba Dill (habis)
Bunga Dianthus
Bunga Cosmos
Bunga Aster
Peria Besar
Bunga Phlox
Bunga Straw Flower
Herba Sage (habis)
Sawi Pahit Daun bambu
Bunga Chinese Forget-Me-Not
Bunga Balung Ayam
Bunga Purple Coneflower (habis)
Bunga Chrysenthemum Putih
Bendi Merah
Herba Thyme
Herba Cleome (Mamam)
Bunga Gomphrena Globosa
Purple Markisa
Giant Sunflower
Keratan Mulberi (habis, batch baru kena tunggu dua minggu lagi)
Rizom Temu Pauh
Rizom Bunga Harum Malam (Polianthes tuberosa) (telah habis dipesan).



Artikel Yang Tertunggak

Setelah seminggu 'rehat' menulis, InsyaAllah minggu depan saya akan siapkan siri artikel bela cacing.  Artikel tersebut disasarkan kepasda rakan yang ingin menggunakan cacing tanah sebagai agen pengurai lebihan dapur.  Oleh kerana gambar yang diambil ketika membela cacing dahulu terbeku di dalam portable harddisk yang tidak reliable, ilustrasi yang akan digunakan adalah hanya dalam bentuk lakaran.  Walaupun begitu saya berharap artikel tersebut akan dapat dimanfaatkan.
Selain dari itu, siri artikel seterusnya adalah seperti berikut:

Menilai Tanah
Mengendali Tanah Untuk Menanam Sayur
Baja
Cara Menggunakan Baja
Penyediaan Batas
Membuat Kompos (akan dibaiki daripada artikel sebelum ini)
Tanaman Yang Meningkatkan Mutu Tanah
Menggunakan Sungkup organik
Merancang Tanaman
Tentang Benih
Cara Membuat Benih
Menyemai Benih
Penyediaan Tanah Untuk Bekas
Menyiram dan Sistem Irigasi Tepi Rumah
Rumpai dan Merumput
Makhluk Perosak

Setiap topik akan dipecahkan kepada 10 hingga 20 posting mengikut kesesuaian.  Saya rasa ia akan cukup sehingga hujung tahun ini. :) 

Bunga Matahari Sedang Mekar

Alhamdulillah, Bunga Matahari mekar lagi di depan rumah menyerikankan lagi rumah kami.  Saya merancang untuk bekalkan lebih banyak bunga matahari untuk disemai bulan ini supaya bunga sempat mekar di bulan ramadan dan raya nanti.  Bayangkan bunga matahari sedang kembang di hari raya.  Indahnya.

Bunga Matahari yang sedang mekar menghias lama rumah.



Tuaian Hari Ini -- Terung Pendek, Roselle, Kacang Panjang dan Kacang Bendi

Tuaian hari ini sesuai dijadikan ramuan kari.  Dua hari ini agak sibuk dengan penulisan hingga tak sempat berkebun di sebelah pagi.  InsyaAllah besok tuai sayur daun pula.  kalilan di belakang rum,ah pun dah terlalu besar dan mula berbunga.  Masa untuk mengganti semaian yang baru.

Tuaian hari ini.

Gambar Hari Ini -- Bunga Telang

Bunga Telang, Clitoria ternatea mempunytai warna biru terang menghias ruang depan rumah.  Biasanya di waktu pagi saya dan anak bongsu (Puteri) akan keluar kutip satu atau dua kuntum.  Puteri gemar memakan kelopak bunga ini bersama nasi lemak.  Hari ini Puteri merajuk kerana Papa sibuk dfan tidak mengendahkannya.  Bila tiba masa untuk sarapan, Puteri "takmboh" tegur Papa.  

Bunga Telang enak dibuat ulam, dimakan bersama salad, dibuat nasi kerabu dan dibuat sirap biru.

Rabu, 23 Mei 2012

Benih Kacang Botor Kehabisan Stok

Benih kacang botor telah kehabisan stok.  Baka yang saya gunakan sebelum ini adalah baka tempatan.  Baka yang akan dibekalkan selepas ini adalah baka Taiwan.  Saya akan uji dahulu sebelum senaraikan benih tersebut.  Untuk sementaera waktu, benih kacang botor akan dikeluarkan daripada senarai Benih Untuk Dijual. 

Benih Bunga Matahari Saiz Besar Telah Kehabisan Stok

Bunga Matahari Saiz Besar telah kehabisan stok.  Bunga Matahari baka warna campur dan Bunga Matahari baka OP masih ada dalam stok.  Posting Benih Untuk Dijual -- Bunga Matahari Saiz Besar akan dikeluarkan dari posting sehingga saya mendapat kiriman benih stok yang baru.  Harap maklum.

Selasa, 22 Mei 2012

Buah Tua di Pokok Hanya Selepas Tiga Hari Terabai

Minggu lepas kami dikejutkan dengan berita kematian suami kepada adik ipar (biras).  Jadi aktiviti berkebun terbantut.  Hari ini kami mula menilai semula apa-apa tyang terbantut.  Nah, kacang panjang dah membengkak, bentu berserat, terung hilang berkilau dan roselle tumbang kerana berat.


Buah Kacang Panjang dah berkedut menandakan dah tua.

Buah Bendi pula dah berserat.

Pokok Rosselle tumbang kerana berat.

Bunga Matahari mekar, terus menambah seri rumah walaupun kami kurang memberikan tumpuan.

Tanam Sendiri -- Ubi Kentang, Solanum tuberosum

Ubi kentang berasal dari Amerika Selatan.  Kini ia di tanam seluruh dunia termasuk di negara kita Malaysia. 

Jenis Tanah
Ubi kentang tumbuh subur di  dalam tanah berpasir yang berasid.  Bagaimana pun ubi kentang juga tumbuh subur dalam tanah yang lain yang kaya dengan nitrogen.  Tambahkan baja kompos yang kaya dengan organik sekurang-kurangnya dua minggu sebelum menyemai ubi kentang.  Jangan sekali-kali menyemai ubi kentang di dalam tanah yang mengandungi bahan organik yeng belum terurai.

Lokasi
Lokasi terbaik untuk menanam ubi kentang ialah di kawasan yang menerima cahaya pagi tetapi terlindung sedikit, iaitu di kawasan bayang. 

Benih Ubi Kentang
Ubi kentang boleh ditanam menggunakan ubi yang telah bertunas atau biji.  Biji ubi kentang yang dijual di pasaran lazimnya bukannya biji benih yang sebenar.  Ia adalah bahagian akar yang membengkak yang akan membesar menjadi ubi kentang.  Anda juga boleh semai menggunakan ubi kentang yang telah bertunas.

Peram (Penunasan, chitting)
Sebelum menyemai benih ubi kentang dari ubi, peram ubi dengan meletakkan setiap ubi dalam bekas yang berasingan atau bekas telur dengan meletakkan tunas di bahagian atas ubi kentang.  Simpan benih di dalam rumah di tempat yang panas.   Jangan simpan di dalam peti sejuk.  Dalam masa enam minggu tunas akan membesar sehingga 2.5 cm (1 inci).  Tunas ini sedia untuk ditanam.

Kentang yang telah tumbuh tunas setelah diperam.
Menanam
Tanam di di atas batas di dalam alur atau lurah sedalam 10 hingga 15 cm (4 hingga 6 inci) dengan jarak antara ubi bertunas 30 hingga 40 cm (1 kaki hingga 1 kaki 4 inci).  Pastikan mata tunas diletakkan menuding ke atas.  Timbus ubi bertunas sehingga kelihatan seperti busut.

Menimbus
Apabila pokok ubi kentang tumbuh, pastikan bahagian ubi ditimbus di dalam tanah.  Jangan biarkan ubi terdedah kepada cahaya.  Jika terdedah kepada cahaya kulit ubi kentang akan berukar menjadi warna hijau dan ubi tersebut menjadi beracun.  Anda boleh juga menyemai ubi kentang di dalam bekas, misalnya baldi cat yang telah dibersihkan atau di dalam beg membeli belah kitar semula.

Menuai
Tuai ubi kentang 10 hingga 14 hari selepas daunnya layu.  


Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

Isnin, 21 Mei 2012

Memasukkan Teks Ke Dalam Gambar

Minggu lepas ada antara rakan-rakan menyatakan kerisauan bimbang kandungan dalam blog tanamsendiri.com dicuri orang.  Sebenarnya perkara ini sedang berlaku.  Ada beberapa orang yang tidak bertanggungjawab telah mencuri menyalin teks dan gambar secara bulat-bulat dan postkan di dalam blog mereka sebagai milik mereka tanpa segan silu.  Ini amat menyedihkan kerana sememangnya pemilik blog ini membina blog untuk berkongsi maklumat.  Apalah salahnya jika dinyatakan sumber bahan yang diambil supaya sama-sama mendapat manfaat daripada bahan tersebut. Pemilik blog berharap sipencuri tersebut sedar tentang kesilapan yang dilakukan dan memasukkan sumber bahan tersebut supaya perbuatan mencuri menjadi perbuatan berkongsi. 

Ada juga antara pengunjung yang meminta saya tunjukkan cara untuk memasukkan teks notis ke dalam gambar untuk mengelakkan berlaku kecurian gambar.  Sebenarnya setiap gambar yang saya postkan di dalam Internet mempunyai signature yang tersendiri yang mana saya dapat kesan apabila dipostkan ke lokasi yang lain di dalam Internet.  Jadi saya tidak perlu meletakkan teks notis di dalam gambar,  Bagaimanapun, untuk rakan-rakan yang ingin memasukkan teks ke dalam gambar, saya telah meletakkan contoh cara memasukkan gambar menggunakan penyunting gambar PhotoScape ke dalam tapak sesawang SlideShare sebagaimana berikut.


.  

Mendebunga Bunga Labu Manis Secara Manual

(Posting asal adalah pada 2 Oktober 2011, posting ini dibawa ke hadapan untuk tujuan berbincangan).

Oleh kerana buah labu tidak akan terbentuk tanpa pendebungaan, anda perlu lakukan pendebungaan secara manual jika tiada serangga pendebunga hadir.  Pendebungaan perlu dilakukan ketika bunga betina dan bunga jantan sedang mekar.  Anda perlukan gunting dan tali raffia (kira-kita 15 cm iaitu 6 inci).

Kenalpasti bunga betina dan bunga jantan yang sedang mekar.  Bunga betina mempunyai buah labu kecil di pangkalnya.


Bunga betina mempunyai buah labu kecil (dibulatkan) di bahagian pangkal.

Anda perlu llekatkan debunga dari bunga jantan pada bahagian melekit dalam bunga betina.  Bahagian melekit tersebut dinamakan stigma.  Terdapat salur halus yang bersambung dari stigma ke ovul iaitu bahagian yang akan membesar mejadi benih.


Stigma dalam bunga betina dibulatkan.


Keratan rentas bunga betina menunjukkan lokasi stigma.

Bunga jantan tidak mempunyai buah labu kecil dipangkalnya.  Kenalpasti bunga jantan yang mekar.  Perhatikan di bahagian dalamnya.  Pastikan ia tidak mengandungi ulat iaitu larva lalat buah.


Bunga jantan.

Perhatikan bahagian dalam bunga jantan.  Kenalpasti bahagian yang berwarna oren yang mengandungi debunga.  Bahagian ini dikenali sebagai anther.  Dengan menggunakan gunting potong filamen untuk mendapatkan anther.  Letakkan anther di tapak tangan.  Pastikan ia tidak jatuh ke tanah.

Keratan rentas bunga jantan.





Bahagian anther mengandungi debunga iaitu benih jantan.

Sentuhkan anther ke bahagian stigma dalam bunga betina.  Anda boleh lekatkan terus anther di dalam bunga betina sebagaimana gambar berikut.

Lekatkan anther ke bahagian stigma supaya debunga terlekat pada stigma.

Kemudian ikat bahagian kelopak bunga betina supaya serangga perosak tidak memasuki bunga betina.  Lalat buah suka bertelur pada bahagian anther bunga jantan.


Ikat kelopak bunga betina untuk mengelakkan serangga perosak memasuki bunga betina.

Selepas beberapa bahagian buah bunga betina akan membesar.  Jika pendebungaan gagal, bunga betina akan luruh.

Bunga yang berjaya didebunga tidak akan luruh.  Bahagian kelopak akan kering dan terpisah dari bahagian buah.  (*G/foto kamera hp, resolusi rendah.)
Cara Memesan Benih
Benih Untuk Dijual

Sabtu, 19 Mei 2012

Alatan -- Pencungkil Rumpai

Pencungkil Rumpai atau weeder digunakan untuk mencungkil rumpai terutamanya rumpai yang mempunyai akar yang dalam seperti semalu dan lalang.  Walaupun alatan ini kelihatan ringkas, ia benar-benar berfungsi memudahkan kerja mencabut rumpai yang mempunyai akar yang dalam.

Pencungkil rumpai memudahkan kerja merumput.
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
 

---------------------
Tools -- Weeder 
weeder is used to remove the weeds , especially the ones with deep roots.  

Jumaat, 18 Mei 2012

Gambar Hari Ini -- Sayur Buah di Laman Rumah

Alhamdulillah, walaupun tak banyak, cukuplah untuk seisi keluarga. Gambar diambil menggunakan kamera HP.

Bendi singa, walaupun saiz besar, isinya masih lembut.

Terung Telunjuk dah berbunga.  Bunganya berwarna putih.

Terung Pendek berbuah lebat.

Nah lihat betapa lebatnya buah Roselle ini.

Satu lagi pokok Terung Pendek yang sedang berbuah.

Pokok Terung Pendek ini juga berbuah lebat.

Bunga bendi cantik ketika mekar.

Cili Kampung tidak kurang juga hebatnya.

Labu Air mula berputik. Pendebungaannya perlu dibantu.

Khamis, 17 Mei 2012

Memproses Daun Bangun-Bangun Untuk Dijadikan Teh

Daun Bangun enak dibuat teh.  Ia perlu dikeringkan tanpa terkena cahaya matahari secara terus.  Jika terkena, teh akan mempunyai rasa seperti daun terbakar.  Rasanya kurang enak.  Untuk teh bangun-bangun yang enak rasanya, ikut langkah berikut.

1, Basuh daun bangun-bangun dan lapkan dengan tisu atau kain bersih untuk kurangkan jumlah air. Jangan hiris daun.
2.  Susun di dalam bekas yang mempunyai laluan udara seperti bakul dalam gambar.  Susun satu lapis sahaja.


Susun daun satu lapisan sahaja.
3. Tutup daun dengan satu lapisan kertas suratkhabar atau kertas yang tidak glossy yang mudah mnyerap air.



Tutup dengan kertas untuk mengelakkan daun terkena sinar matahari yang terik.
4. Jemur di tempat panas selama 4 hari atau sehingga daun kering.
5. Simpan dalam bekas kedap air.

Untuk bancuh teh, ikut langkah berikut.

1. Rebus air hingga mendidih.
2. Tuangkan air panas ke dalam kole.
3. Letakkan satu atau dua helai teh bangun bangun.
4. Kacau hingga warna bertukar kekuningan (sama seperti warna teh biasa).
5.  Jika inginkan teh yang manis, tambahkan gula secukup rasa dan larutkan.
6. Hidangkan dengan segera.


Benih Chinese Forget-Me-Not dan Chrysenthemum Telah Habis Stok

Benih Chinese Forget-Me-Not dan Chrysenthemum dah habis stok,  Benih hanya disimpan untuk rakan-rakan yang memesannya semalam dan pagi ini.

Rabu, 16 Mei 2012

Tuaian Hari Ini -- Terung Pendek

Hari ni Puteri pilih nak makan sayur apa untuk makan malam.  Puteri pilih, ulam Terung Pendek cicah kicap manis.  Puteri abis dua pinggan nasi.  Papa bertambah 1 kilo berat badan. Alhamdulillah, puas makan cara begini.


Yang ini Puteri punya.

Hmmmm yang ini pun sedap juga nampaknya....

Mmmmm yang ini bau pun sedap.

Yang ini pun Puteri punya.  Orang lain nak, petik sendiri.


Terung Pendek Menjadi

Alhamdulillah terung pendek menjadi kali ini.  Dapatlah menikmati ulam terung yang segar.  Sekarang batch baru benih terung dah tiba.  Terung pendek Bride, Purple June, Ratna, Terung Bulat (Ungu Tua), dan Terung Bulat DwiWarna.  Ada benih belum dimasukkan di dalam senarai Benih Untuk Dijual.  Belum scan gambar. :)

Putik Terung Pendek Bride.

Terung Purple Bride.

Terung Pendek Purple June.


Terung Pendek Purple June.