Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 8 Disember 2012

Resepi -- Bendi Goreng Berempah

Bendi goreng berempah adalah antara masakan yang dapat disediakan dengan cepat.  Resepi ini amat sesuai untuk memasak bendi emas yang berbuah dengan lebat.  Masakan ini amat "laku" di rumah saya, begitu cepat habis.  Susah kalau nak jaga badan kalau lauk enak-enak macam ni. :)

Bendi Goreng Berempah... yummi.


Bahan-bahan
4 ulas bawang putih
10 biji bendi tanamsendiri, saiz sederhana
3 sudut besar serbuk rempah kari daging
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
4 sudu minyak masak

Cara
1. Basuh bendi dan keringkan.
2. Hiris bendi, nipis nipis.
3. Gaulkan bendi hiris dengan serbuk rempah.  Jangan dicampur air.
4.  Tumbuk untuk lumatkan bawang putih menggunakan alu dan lesung.
5.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis bawang putih sehingga garing.
6.  Maukkan bendi yang telah digaul di dalam rempah.
7.  Goreng selama 5 minit atau sehingga bendi masak.
8.  Masukkan garam dan gula.
9.  Kacau hingga rata.
10. Angkat dan hidangkan bersama nasi ketika masih panas.

 


12 ulasan:

  1. tetiba lapar pulak jadi nyer tengok bendi nih..pokok bendi sy tengah membesar...tak sabar tunggu berbuah

    BalasPadam
  2. Perut dah berbunyi.. Hehe.. Nyum2.. :)

    BalasPadam
  3. wah ni idea bagus ni, selalu dimakan secara ulam saja..
    :-)

    BalasPadam
  4. kat rumah kami... bendi mmg jadi favourite..selalu masuk dalam ikan singgang dan masak kicap. anak saya 3 tahun boleh habiskan 5 bendi sekali makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, bagus tu. Bendi banyak khasiat. Baik untuk sikecil.

      Padam
  5. simple nya...
    ok... kita ambil resepi... :)

    BalasPadam
  6. simple je resepi
    nanti nak try gak..
    best2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best. Jangka masa memasak pun singkat.

      Padam