Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 24 November 2012

MAHA 2012

MAHA 2012 bermula hari ini.  Saya pernah janjikan set buku pertanian ketika event tersebut.  Untuk makluman rakan-rakan, janji tersebut terpaksa dimungkiri kerana terdapat beberapa kekangan.  Set buku tersebut akan jual di pasaran awal tahun depan. 

Untuk pengetahuan rakan-rakan, saya juga mengkompil kandungan blog ini.  Setiap jilid mengandungi 100 muka surat yang terdiri daripada posting dari peringkat awal hingga masa kini.  Bermula daripada tahun depan, setiap akhir bulan, bahan akan dikompil dan dibukukan.  Semoga usaha ini dapat membantu rakan-rakan yang berminat menyimpan kandungan blog dalam bentuk buku.  Semoga mendapat sokongan daripada rakan-rakan.

Maklumat lanjut tentang penerbitan tersebut, serta nama penerbit akan diberi kemudian.

24 ulasan:

  1. Insya-Allah saya akan cuba terbaik menyokong buku en. Iskandar. Jika tidak membelinya pun, saya akan cuba promosi di blog dan juga laman Facebook untuk pengetahuan rakan-rakan saya.

    BalasPadam
  2. Betul tuan.. Kami sentiasa menyokong segala usaha tuan :)..

    P/s : Nanti tuan jual juga buku tu secara online.. Buku tu saya nak autograph dari tuan dan mem tuan :).. Buat pembakar semangat.. Saya book dulu tau.. Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, terima kasih kerana memberikan sokongan yang padu.

      Padam
    2. ala... kita tak nak autograf je (tamak ni ;p)... kalau buat jualan kat mana-mana... insyaAllah kalau mampu kita datang... kita nak autograf dan ambil gambar sekali... boleh kan?...
      (bagi Sir Syahmi jeles... hihi)

      Padam
    3. Jika begitu, saya pun nak bergambar. Boleh la tunjuk pada rakan-rakan FB nanti. =)

      Padam
    4. Hehe.. X jeles mana la ejaMaria.. Sikit2 je.. Hahaha..

      Padam
    5. Hehe.. X jeles mana la ejaMaria.. Sikit2 je jeles nya.. Kalau dapat tangkap gambar dgn tuan iskandar sambil pegang buku + dapat autograph baru betul2 jeles.. Hahaha..

      Padam
    6. Kena sabar dalam sebulan lagi. Saya sedang "tersangkut" dengan penulisan buku teks.

      Padam
  3. saya pun sama tn.is...sgala usaha murni tn.is sya sokong sepenuhnye..tn adalah idola sya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sdr wan fazli kerana sokongan yang penuh. Idola tu tinggi sangat, segan pula saya. :)

      Padam
    2. izinkan sya panggil tn dgn panggilan `sifu iskandar`hehehe...betul2 ni bukan main2..hehehe..maklumat sifu bnyk berguna...

      Padam
  4. Idola,sifu,guru besar,tempat rujukan berkebun..pemurah dgn ilmu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam blog ini sebenarnya ilmu mengalir 2 hala, saya pun banyak belajar dari rakan-rakan. :)

      Padam
  5. saya sokong dari balakang hehe... En. Is adalah antara pembakar semangat kami untuk bercucuk tanam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Semangat sama juga "dibakar" oleh rakan-rakan yang bercucuk tanam yang memeriahkan blog ini.

      Padam
  6. sokong2..

    byk tunjuk ajar yg en iskandar beri tanpa lokek. semoga segalanya berjalan lancar.

    BalasPadam
  7. oh, terbantut lagi rancangannya ye... tak apalah... saya tetap tunggu buku itu dipasarkan kelak. Nak bergambar kena datang pejabat En Is agaknya :D

    BalasPadam
  8. X sabar nk tgk buku en is, smoga segala urusan dipermudahkan...selepas sy terjumpa blog en is ni trus timbul minat bercucuk tanam.byk jgk info yg sy dpt kt cni. Semlm 29/12 /12 buat pertama kalinya sy berkunjung ke MAHA 2012, dulunya bg sy MAHA ni tak ada apa2 kesan bila tgk promosi d tv.tp bla dh timbul minat bercucuk tanam ni hati rasa teruja sgt nk ke sana. Alhamdulillah akhirnya sy dpt jgk tgk MAHA tu mcmana nasib baik en husb sanggup drive dr jitra ke sana hehehe...

    BalasPadam