![]() |
Buah roselle yang baru dipetik daripada hanya satu pokok roselle yang ditanam di dalam bekas gabus. |
![]() |
Roselle yang ditanam dalam bekas gabus, tidak kurang suburnya. Buah juga lebat. |
Oksigen adalah satu daripada elemen yang diperlukan oleh
badan kita. Otak kita perlu lebih banyak
oksigen berbanding dengan bahagian lain dalam badan. Walaupun oksigen penting untuk otak, lama
kelamaan ia boleh menyebabkan otak haus akibat tekanan oksidaan. Ada yang mengatakan bahan kimia yang bebas di
dalam otak yang dikenali sebagai radikal bebas lama kelamaan juga boleh
merosakkan otak.
Antioksidan adalah molekul perlu yang mampu melekat pada
radikal bebas dengan cepat jika dibandingkan dengan bahan lain yang terdapat di
dalam otak kita. Tindakan ini mampu
menyelamatkan otak daripada berlaku kerosakan.
Janganlah cemas pula. Otak kita mampu membaiki kerosakan
yang berlaku. Bagaimanapun, kadar kerosakan akibat radikal bebas adalah lebih
tinggi daripada kadar otak membaiki kerosakan tersebut. Mujurlah dengan memakan makanan yang
mengandungi antioksidan yang cukup, otak kita mampu membaiki kerosakan yang
berlaku dengan sepennuhnya.
Dengan memakan makanan yang mengandungi antioksidan juga
mampu menghalang berlaku nyanyuk, iaitu penyakit yang lazimnya dikaitkan dengan
warga emas, serta meningkatkan keupayaan untuk menaakul (berfikir). Ada juga kajian yang membuktikan antioksidan mampu membantu memulihkan otak mangsa
serangan angin ahmar. Bagus tu.
Jus roselle yang ditanam sendiri kaya dengan
antioksidan. Ia mampu membaiki kerosakan
pada otak, meningkatkan keupyaan berfikir, dan memulihkan kerosakan pada otak
mangsa serangan angin ahmar.
Nah itu baru antioksidan.
Banyak lagi khasiat yang ada dalam roselle. Yang best tu, kalau tanam, selepas 12 minggu
dapat tuai buah roselle tak putus putus sehingga 2 bulan. Murah rezeki, cerdik, serta panjang
umur. Sumber maklumat adalah daripada eHow.com. Untuk bacaan selanjutnya boleh klik pautan berikut.
Ada pula kawan yang kata ia juga mampu ehem ehem. Pulok doh!
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Untuk dapatkan benih roselle
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Untuk dapatkan benih roselle
ehem...ehem... hehehe... sakit tekak... ;p
BalasPadamTu larr, tak tahu lah pulok. Ni baru tahu.
Padam