Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 25 September 2012

Bangun Bangun atau Tidur Tidur?


Bangun Bangun, atau Cuban oregano, Plectranthus amboinicus adalah tanaman herba yang popular di kalangan etnik Asia Selatan.  Saya diperkenalkan kepada pokok ini oleh seorang peniaga di Pasar Kajang.  Pada mulanya saya waswas untuk membeli pokok ini.  Maklum sajalah, rupanya seakan pokok Ati Ati, iaitu sejenis pokok hiasan.  Mana mungkin boleh dimakan.  Peniaga tersebut pujuk juga saya untuk memilikinya.  Katanya, daun pokok ini kalau direbus bersama gula batu dan diberi kanak-kanak minum, serangan asma akan berkurang.  Rasanya pun enak. Mungkin juga, fikir saya, sebab baunya pun seperti "berangin" atau minty macam pudina tetapi berempah.

Bila tanam, ia begitu cepat membiak jika mendapat cahaya yang penuh terutamanya di waktu pagi.  Pertumbuhannya juga amat cepat apabila daunnya dituai selalu.  Jadi, jangan risau untuk menuai daun pokok ini dengan kerap.

Bangun Bangun, selain daripada direbus daun yang segar, ia juga enak dibuat teh.  Cara memproses daun menentukan rasa teh tersebut.  Saya gemar minum teh Bangun Bangun.  Ia mempunyai kesan penenang.  Kalau ada darah tinggi, selepas minum tekanan akan turun.  Saya minum di waktu malam sebelum tidur.  Selepas minum pasti saya akan lena.  Kesannya seakan-akan kesan teh chamomille.  Kalau difikirkan, Bangun Bangun lebih elok ditukar nama kepada Tidur Tidur. :P  


Pokok Bangun Bangun yang saya tanam dalam kotak gabus.

14 ulasan:

  1. kalau ada masalah tidur bagus la amalkan minum... saya pula memang comfirm tak bole minum... nanti karang tidur tak bangun-bangun... haru je... ;p sebab saya mmg spesis kalau tidur tu - tidur lena terus dari jam 11 mlm sampai 5 pagi...

    BalasPadam
  2. camna cara nak buat tea daun ni?
    guna yg fresh / keringkan dulu?

    BalasPadam
  3. Pokok oregano ni lbh kurang bentuknya dgn pudina. Sekali pandang blh keliru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saiz tak sama. Cuban oregano saiz daun sebesar separuh tapak tangan. Ia berbeza dari pokok oregano.

      Padam
  4. Daun yg direbus segar itu, maksudnya dipetik, dibasuh dan terus direbus bersama gula batu, adakah begitu maksudnya Tuan Is? Teringin juga nak cuba dijadikan ubat untuk anak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Kalau nak keringkan, keringkan seluruh daun tanpa dikerat. Keringkan tempat panas tapi jangan kena cahaya terik. Kalau dikerat atau kena cahaya terik rasanya rosak sebab rasa spt daun terbakar.

      Padam
  5. Saya tanam bangun bangun ni sejak mengandungkan ank sulung 3thn yg lalu..dikirim oleh Arwah abah..khasiatnya utk mengubati batuk.ketika pregnant takut nak makan ubat batuk, maka saya amik sehelai dua cuci dan rendam dlm air panas.bila air sudh suam, sy minum.alhamdulillah mmg mujarab.kini kalo ank mula nk batuk sy bg je dia minum air ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dikeringkan daun sepenuhnya tanpa dikerat, amat enak dibuat teh. Selain drp melegakan asma ia amat soothing. The best herb tea ever.

      Padam
    2. Cik ct bileh ke kalau sye berminat nak beli pokok bangun2 dr cik

      Padam
  6. Encik ada jual tak benih pokok ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, keratan. 1 set 5 keratan harganya rm10. Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.

      Padam
  7. Assalamualaikum

    Tuan.. sy berminat untuk dapatkan benih pokok bangun bangun.. boleh sy dptkan no contact [email protected]

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum

    Tuan.. sy berminat untuk dapatkan benih pokok bangun bangun.. boleh sy dptkan no contact [email protected]

    BalasPadam