Tuaian hari ini sesuai dicelur dan dimakan cicah sambal lada ketika berbuka. Bendi dihiris dan digoreng bersama bawang putih dan telur. Peria pula dihiris, celup tepung berempah dan digoreng.
Pokok bendi dah tua dan buah adalah buah ratoon, iaitu daripada ranting yang tubuh apabila batang utama dikerat. Nampaknya dah tiba masa untuk semai semula. Pokok bendi akan ditanam di seberang jalan, iaitu patch yang baru dibersihkan. Patch yang sebelum ini ditanam bendi dan roselle akan diganti dengan pokok bunga.
![]() |
Tuaian hari ini menjanjikan nmakanan yang segar untuk berbuka nanti. |
As salam tuan,
BalasPadamSemua tuaian hari ni blh dijadikan ulaman. Anak pokok cili kulai saya yg baru tumbuh byk yg kena mesin dgn serangga. Tgk2 dh tinggal tunggul. Sedih betoi.. Kenapa anak2 pokok lain tak dimakan oleh serangga tu agaknya? Cili juga yg jadi pilihannya.
Saya pun dulu tanam cili kena serang dgn whitefly malah terung pun kena. Ada tak cara-cara nak hapuskan whitefly tak?
BalasPadamKalau tinggal tunggul, mungkin juga kerja siput. Perhatikan bawah bekas tanaman kalau-kalau ada yang masih menyorok. Benih Kulai King yang saya edarkan melalui blog ini sukar diperolehi. Saya sendiri pesan benih tersebut dekat 6 bulan baru dapat. Stok yang ada juga dah semakin berkurang. :(
Padam