Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 30 Ogos 2012

Teh Kompos

Teh kompos atau Compost Tea adalah cecair larutan kompos yang kaya dengan nutrien terlarut serta organisma yang mesra tanaman.  Saya pernah terlihat teh kompos yang dijual di pasaraya dengan harga yang sangat tinggi.  Saya rasa tidak berbaloi membelinya dengan harga sebegitu kerana bahan yang digunakan untuk membuat teh kompos tidaklah mahal.  Lagipun bagaimana kita boleh pastikan organisma yang dikatakan dapat dimanfaatkan oleh tanaman masih hidup ketika teh kompos tersebut dibeli kerana ia telah tersimpan lama dalam bekas yang kedap udara di pasaraya.

Anda boleh buat sendiri teh kompos menggunakan bahan sedia ada dan menghasilkan teh kompos yang masih "hidup."  Annda boleh cairkan teh kompos dan siram tanaman dua hari sekali untuk menghasilkan tanaman yang subur dengan daun yang besar, rangup atau buah yang lebat dan ranum.

Alatan dan Bahan
1. baldi saiz sederhana berisi air paras 3/4 baldi
2. pam udara saiz kecil
3. 3 tiub/salur udara, panjang 60 cm setiap satu
4. 1 tiub/salur penyambung udara, 15 cm
5. 3 batu buih
6. 3 klip saiz sederhana
7. splitter dari 1 salur ke 3 salur
8. kain kasa (muslin) 15 cm x 15 cm
9. dawai atau tali pengikat
10. 1 scoop tanah yang kaya dengan kompos, dari timbunan kompos, bekas cacing tanah atau kebun yang subur





Alatan dan Bahan


Cara Menyediakan Bunjut Kompos
1. Hamparkan kain kasa.
2. Tuangkan tanah kompos di atas hamparan kain kasa.
3. Temukan bucu kain dan ikat dengan pengikat. Bunjut kompos yang terhasil kelihatan seperti ilustrasi di bawah.



Cara Menghasilkan Teh Kompos
1. Sambungkan salur penyambung 15 cm daripada pam udara ke splitter.
2. Sambungkan 3 salur penyambung 60 cm ke splitter sebagaimana ilustrasi di bawah.
3. Pasangkan batu buih di setiap hujung salur.
4. Klip salur supaya batu buih berada di dasar baldi yang berisi air.
5. Masukkan bunjut kompos dan hidupkan pam.
6. Biarkan udara dipam ke dalam baldi selama 48 jam.
7. Perhatikan cecair teh kompos.  Sepatutnya ia berwarna perang atau warna teh dengan bau tanah.  Jika berbau busuk seperti telur tembelang, buang teh kompos dan buat yang baru. Teh kompos yang elok berbau tanah.
8. Tuang teh kompos ke dalam bekas siraman kira-kira 1/4 paras bekas penyiram,
9. Tambahkan air sehingga 3/4 bekas.
10. Siram tanaman 2 hari sekali menggunakan teh kompos.

11. Tuang lebihan teh kompos dari dalam baldi ke dalam botol dan simpan untuk siraman seterusnya.  Jangan tutup rapat botol teh kompos.
12. Kembalikan tanah teh kompos ke tanah dan isikan bunjut dengan tanah kompos yang baru. Ulangi langkah 1 hingga 11.


16 ulasan:

  1. Kenapa perlu masuk kan udara ke dalam cecair teh kompos..? Boleh ke kalau saya rendam shj teh then siram pada pokok..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tujuan aliran udara adalah membekalkan udara pada organisma yg menjalankan respirasi menggunakan oksigen, serta membentuk aliran air ysng melarutkan nutrien dalam tansh kompos. Kalau dicelup sahaja Nurul akan biakkan organisma anaerobik yg akan menghasilkan larutan berbau busuk. Cecair juga tidak kaya dengan nutrien.

      Padam
    2. Oo begitu .. Info yg baru Dan berguna.. Terima kasih sebab berkongsi

      Padam
  2. Info yang amat menarik. Terima kasih En Iskandar!

    BalasPadam
  3. Maknenye cume perlu hidupkan pam udara utk proses buat teh kompos shaja la ye...lepas siap...tak perlu pam udara lagi dan boleh trus disimpan didalam botol...tp perlu disimpan ditempat gelap atau cerah....boleh tak klu saya lubangkan penutup botol....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Seeloknya teh kompos digunakan segera. Jika ingin simpan, jangan tutup hingga kedap udara. Kita tak mahu penguraian tanpa udara (anaerobik) berlaku untuk mengelakkan gas berbau busuk (hidrogen sulfida) dibebaskan.

      Padam
  4. very interesting and sounds easy. terima kasih banyak2x

    BalasPadam
  5. nak tanya, en is, saya beli vermicompost untuk buat teh kompos, ada tanah selebihnya saya ambil dan tanam sayur. masalahnya kawan yang lain komplen banyak ulat gonggok sekarang. adakah semua vermicompost ni menarik perhatian ulat gonggok? terlalu banyak adakah ulat gonggok akan makan habis biji benih nanti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti. Mungkin vermicompost tersebut ada mengandungi telur ulat gonggok. Setakat pengetahuan saya ulat gonggok tidak memakan pokok yang hidup. Ia juga pengurai yang membantu menyuburkan tanah.

      Padam
  6. terima kasih. at least lega dengan jawapan encik.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum encik is,splitter ni nak dpat kat mane?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam.
      Biasanya splitter ada dijual di kedai akuarium.

      Padam
  8. Boleh tak kalau saya larutkan kompos, tapis akhirnya air itu saya pasang tubing udara bubbling mcm dalam akuarium tu saja. Cukup tak?

    BalasPadam