Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 31 Ogos 2012

Induk Rosemary

Rosemary yang saya letak di tanah dulu berbunga selepas setahun dialih.  malangnya ketika rosemary sedang seronok berbunga dengan warna merah jambu dan sangat cantik, kami terpaksa pindah.  Hancur harapan untuk dapatkan benih rosemary tanamsendiri. 

Di tempat baru, tiada ruang yang luas jadi kami hanya mampu menanam rosemary dalam pasu.  Rosemary ini dijadikan induk untuk keratan rosemary yang baru.

Induk Rosemary




17 ulasan:

  1. En is..rosemary yg saya tnam tumbuh elok.tapi ada serangga kecil warna hitam di pucuk daun dan batang.daun jadi berbintik bintik putih dan kuning.ada cadangan untuk menghapuskannya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gunakan semburan larutan sabun dan minyak masak sebagaimana yg dinyatakan dalam posting terdahulu.

      Padam
  2. salam tuan, betul ke pokok rosemary, pokok penghalau nyamuk?
    saya terbaca mengenai rencana ini, aromanya sangat tidak disukai oleh serangga khususnya nyamuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ia boleh digunakan utk menghalau nyamuk. Ia juga boleh digunakan untuk menghalau serangga perosak.

      Padam
  3. saya nak tanam rosmary ni, tapi tempat saya pokok ni langsung mereka tak pernah dengar, saya pernah pesan dari member blog Yuni dari kota batu, Malang Indonesia dgn beberapa pokok mawar dan lavendar,malangnya rosmary tak hidup.

    Ada idea utk membantu saya tuan?

    BalasPadam
  4. bayangkan deretan pasu penuh dgn rosmary dan hiaskan bawah tingkap kamar tidur, tentu tak perlu sembur racun nyamuk dalam rumah.

    Saya nak tanam pokok ni tuan.Tolong saya sapatkannya..boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. :)
      Benihnya sukar diperolehi. Kalau dapat benih, ia sangat halus dan kemungkinan untuk berjaya amat rendah. Rosemary lebih mudah ditanam menggunakan keratan batang.

      Padam
  5. salam tuan,
    kalau begitu tuan tolong lah saya semaikan keratan batang nya sampai ada [email protected] anak pokok dan kirimkan guna pos laju.rasanya kalau dalam kotak dalam tempoh 4 hari tak mati lagi tu.kirakan kosnya n tolong emailkan.Boleh tolong?

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Saya semaikan dulu. Yang ada sekarang untuk rakan yang pesan sebelum ini.

      Padam
  6. ade di jual di fama cameron highland......saya ade 2 pokok...tp saya tak selalu gagal menyemai mengunakan keratan batang....

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Gunakan keratan yang berkayu sedikir, dan kerat buang semua daun. Cucuk ke dalam tanah pasir yang digaul tanah organik, 1 nisbah 1. Biasanya menjadi, InsyaAllah.

      Padam
  8. Salam tuan...berminat la dengan rosemary ni..di mana saya boleh dapatkan benihnya...dengan tn bleh??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat masa ni tiada stok. Benih jarang ada, Rosemary ditanam dengan keratan batang.

      Padam
  9. wow tidak sangka rosemary boleh ditanam dari keratan batang. rosemary yang dibeli dari supermarket boleh ditanam semula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, saya pernah cuba. Peluang untuk menjadi agak rendah tapi possible. Dari pengalaman, chance untuk berjaya 10 hingga 20%, jadi semai banyak.

      Padam
    2. boleh tanya benih rosemary,thyme,marjoram,tarragon,oregano,sage & dill ada tak?

      Padam