Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 13 Julai 2012

Tanam Sendiri -- Lobak Merah, Daucus carota

Lobak merah adalah antara sayur akar yang tahan.  Elok juga kalau ingin melatih anak bertanam.  Cuma masa untuk dituai agak lama berbanding sayur lain.  Bagaimanapun isi lobak yang berwarna terang serta rasanya yang digemari kanak-kanak pasti anak menarik minat kanak-kanak berkebun.  Lobak merah boleh juga ditanam di dalam bekas.  Pokok ini tahan panas.  

Ada rakan berkebun kata, "Kita tak pernah rasa keret sebenar hingga kita rasa keret tanamsendiri."

Jadi, kena tanam ni. :) 
Sebenarnya warna lobak ada pelbagai.  Ada warna oren-kemerahan, putih (bukan lobak putih), kuning, ungu, dan violet.  Lobak merah kaya dengan vitamin A dan vitamin E.  

Tanah
Gunakan tanah berpasir yang ringan yang digaul conditioner tanah atau baja organik.  Maksud saya, gunakan tanah yang subur dan kaya dengan organik.  Namun begitu jangan gunakan tanah yang baru saja digaul dengan baja kompos.  Pastikan baja kompos "masak" dulu.  Biarkan baja tersebut terurai dulu baru ditanam lobak merah.  Biasanya ini mengambil masa dalam 1 hingga 2 minggu.

Oleh kerana batang lobak merah membesar di dalam tanah, pastikan tanah yang digunakan dalam.  Kalau tanam dalam bekas, pastikan kedalaman tanah dalam 30 cm (1 kaki).

Menyemai
Gaul biji benih dengan tanah untuk menjarang biji benih.  Kemudian tabur di atas tanah atau dalam bekas semaian.  Lembapkan tanah menggunakan penyembur (spray) dan letakkan semaian di tempat yang cerah.  Lobak merah perlukan suhu yang panas untuk bercambah. 

Mengalih/Menjarang
Jika semai di batas yang tetap, jarangkan cambahan kira-kira 4 inci antara cambahan selepas 2 minggu semaian.  Jika semai dalam bekas, tunggu sehingga terdapat 3 set daun.  Alih ke dalam lubang sedalam 2 cm (3/4 inci) dengan jarak 4 inci antara cambahan.  Lakukan aktiviti mengalih di sebelah petang.  

Menyiram
Pastikan semaian mendapat air yang secukupnya.  Jika musim tiada hujan, pastikan menyiram sekurang-kurangnya sekali sehari di sebelah pagi.

Merumput
Lakukan aktiviti merumput dalam 2 minggu sekali untuk mengelakkan persainagn baja.  Anda tidak perlu menambah baja.  Kalau tanah terlalu kaya dengan baja, lobak merah yang terhasil akan bercabang.

Menuai
Lobak merah yang muda dan enak dapat dituai selepas 8 minggu disemai.  Daun lobak putih juga enak dimasak.

Buddy System
Semai lobak merah bersama bawang atau kuchai.  Bau bawang akan kelirukan makhluk perosak, misalnya  lalat lobak merah.

17 ulasan:

  1. patut la hari tu semai lobak merah - tak hidup... kena letak tempat panas rupanya... kita letak benih semaian di tempat teduh... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kebiasaannya kita bimbang letak tanaman di tempat terang. Kebanyakan sayur perlu cahaya yang banyak.

      Padam
  2. en iskandar,

    dari segi daun tu...selepas ada 3 set daun kita boleh alih...set daun ni yg cabang-cabang tu ke atau yang panjang tirus tu...sbb lobak merah ni keluar daun tirus 3-4 helai..kemudian baru ada yang bercabang...

    BalasPadam
  3. ohh,macam tu.ni first time nk cuba rasa carrot tnam sendiri.

    BalasPadam
  4. encik, kalau tanam bahagian kepala lobak merah yg dipotong boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, boleh. Jika ditanam bahagian tersebut, tunas bau akan tumbuh.

      Padam
  5. semai benih terus ke tanah ke? kalau semai dalam bekas lain dan pindah tak berhasil ke?

    BalasPadam
  6. en.is, saya nk cuba semai benih lobak merah guna jiffy 7 , agak2 boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, bila alih pastikan kain pembungkis dipotong dan buang.

      Padam
  7. saya ada rendam bahagian kepala carrot, tunas dah tumbuh, macam mana cara menanam pulak ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh alih ke dalam pasu. Tanam bahagian pangkal dan biarkan tunas terdedah.

      Padam
  8. salam en iskandar

    saya ada tanam pangkal lobak yg dah ada tunas...elok je naik daunnya..
    tp dua tiga hari lepas saya tgk daun tu dah melentok...terus segan nak hidup..kenapa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin pangkal lobak telah dimakan perosak atau dijangkiti kulat. Untuk lobak merah, elok semai dari benih. Jika nak makan daun, boleh tanam guna pangkal. Untuk dapatkan isi lobak, guna benih.

      Padam
  9. terima kasih perkongsian ilmu yg jelas...:)

    BalasPadam