Sirap biru begitu popular di Thailand. Sirap ini terdiri daripada rebusan bunga
telang dan sirap daun pandan. Sirap
berwarna biru. Apa yang menarik adalah
sirap bertukar warna daripada biru kepada merah jambu apabila dipecah limau
nipis. Sirap ini enak diminum
sejuk. Rasa lembut bunga telang dan
pandan begitu serasi. Apa lagi perubahan
warna dari biru ke merah jambu serta rasa limau nipis betindak “like magic.”
Mmmmm.... Enak dihidangkan ketika berbuka.
Bahan-bahan
30 kuntum Bunga Telang tanamsendiri
½ mangkuk gula (2 cawan)
3 helai Daun Pandan tanamsendiri
2 mangkuk air
1 biji Limau Nipis tanamsendiri
![]() |
Bahan-bahan Sirap Biru
|
Cara-cara
1. Buang tangkai Bunga Telang.
Simpan kelopaknya.
![]() |
Buang tangkai Bunga Telang dengan menarik tangkai seperti ini. |
2. Campurkan air, gula, Kelopak Bunga Telang, dan Daun Pandan
di dalam periuk dan panaskan sehingga air mendidih.
3. Teruskan pemanasan selama 5 minit sehingga air surut
sedikit.
4. Biarkan campuran sejuk dan tapis sirap.
5. Masukkan larutan sirap ke dalam botol dan sejukkan di dalam
peti sejuk.
![]() |
Sirap Biru yang belum dibancuh. |
Cara Membancuh
1. Masukkan 2 sudu besar sirap biru ke dalam gelas.
2. Tambahkan air dan ais. Perhatikan warna sirap biru.
![]() |
Sirap Biru yang telah dibancuh. |
3. Hidangkan bersama hirisan limau nipis.
4. Sebelum diminum, perahkan hirisan ke dalam gelas.
![]() |
Perah satu hirisan Limau Nipis. |
5. Kacau sirap. Warna
sirap bertukar ke warna merah jambu dan sedia untuk dinikmati.
![]() |
Sirap Biru bertukar menjadi merah jambu dan sedia untuk dinikmati. |
Wahh! Menariknya! Saya ingat bunga ni buat makan kerabu je. Rupanya boleh juga buat minuman sirap. Terima kasih atas perkongsian ini tuan.
BalasPadamAda juga yang memanggilnya Magic Syrup sebab warna berubah bila diperah air limau nipis. Di Thailand sirap ni dipanggil Nam Dok Anchan.
Padambest nya...
Padambest nya...
tak sabar tunggu bunga telang yg saya baru semai bercambah... ;p
:)
PadamSaya pernah minuam air ni ketika di Thailand. Tapi rakan-rakan saya tak lalu meminumnya sebab spektikal - entah apa orang siam ni campur. :)
Padam:) nanti boleh buat sendiri dan minum tanpa waswas.
PadamTindakbalas kimia limau nipis yg bersifat asid lemah menukarkan warna litmus biru kepada merah jambu..nyahaha..err x pernah buat lagi ni..pokok bunga telang banyak kat luar rumah..nnti try but..eerr..x mabuk ke?
BalasPadambunganya tak memabukkan..tapi menurut wikipedia akarnya boleh menyebabkan cirit birit..kalau tak silap la... cuba google tengok..
PadamYa betul tu shafirul suffian, bunganya edible. Anak saya makan setiap pagi sejak kecil dulu. Ia jadi aktiviti harian bila saya ada di rumah.
PadamSaya ada terbaca biji kacangnya dijadikan serbuk dan dikapsulkan sebagai supplement. Dah tak jumpa cari sumber tersebut kerana terbaca ketika di luar.
Saya lebih gemar tuai bunga sahaja. Rupa-rupanya bunga kering ada diual (di Thailand) untuk dijadikan teh serta pewarna makanan dan minuman. Mungkin ini boleh dijadikan perusahaan bagi rakan-rakan yang ada kawasan yang luas.
Wahh.. Akhirnya dapat juga cara2 membuat sirap biru.. Terima kasih tuan :-)..
BalasPadamSama-sama Sir Syahmi. Dulu masa kecil ada makcik dari Kelantan jual air ni depan sekolah saya. Time habis solat jumaat, saya sengaja keluar lambat dari masjid supaya tertinggal bas. Balik jalan kaki, singgah warung tersebut minum air tu. Masa tu 10 sen segelas. Enak.
PadamAlhamdulillah.. Dpt juga merasa air sirap biru untuk berbuka tadi.. Sedap dan menyegarkan.. Ayah mertua saya minta buatnya lagi... Hehe..
Padamterima aksih tuan, dpt gak minum sirap biru yang asli ...
BalasPadamSama-sama.
Padamterimakasih tuan, dah copy resepi sirap biru ni.
BalasPadamkalau tak campur air limau tu, boleh jugakan,tuan?
ke tak sedap tanpa limau.
Dua-dua ok, tapi Nam Dok Anchan di Thailand diperah limau nipis sebelum diminum.
PadamTuan, saya ada cuba buat air sirap biru ni tanpa menggunakan daun pandan.. Waktu nak bancuh untuk minum, saya letakkan daun pudina tanamsendiri.. Rasanya menyegarkan.. Boleh cuba..
PadamWah idea bagus tu. InsyAllah saya akan cuba. :)
Padamwah menarik ni..akhirnya semaian bunga telang saya dah bercambah. mintak-mintak akan datang dapat la merasa sirap biru sendiri ;)
BalasPadamInsyaAllah. :)
Padamwah bestnya....cntik wrna ayaq ni...
BalasPadam