Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 15 Jun 2012

Bela Cacing Untuk Baja, Bahagian 12 daripada 20


Letak Macam Mana Makanan Cacing?

Boleh longgok begitu aja sisa dapur tu, tapi cacing bukannya ada gigi.  Seboleh-bolehnya kita ingin cacing makan dengan lebih cepat supaya cepat dapat baja vermicompost.  Cara terbaik, potong dulu sisa dapur supaya lebih halus.  Mudah cacing tanah nak makan.  

"Macamana kalau kisar dulu sisa dapur tu?"

Boleh juga.  Kalau kisar pasti cacing tanah happy. :)

Boleh hadam ker? 

"Cacing tanah tak ada gigi untukmengunyah, macamana nak hadam makanan?"

Oh ya, seeloknya letakkan juga kulit telur yang dilumatkan.  Cacing akan makan kulit telur.  Ia digunakan sebagai pengisar di dalam pedal (gizzard) di dalam salur pencernaan cacing tanah.  Dengan itu, ia dapat membantu cacing tanah mencerna sisa dapur dengan lebih cepat.  Cacing juga boleh telan bintil-bintil pasir dalam lapisan tanah yang anda letak untuk membantu penghadaman makanan.


Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan