Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 15 Mei 2012

Petua Menyemai Parsley Dan Daun Sup

Parsley dan daun sup adalah antara tanaman yang wajib jika bertaman tanaman untuk dimakan (edible garden).  Macam-macam petua yang saya dengar tentang cara menyemai tanaman ini.  Sebenarnya tidaklah susah untuk menanam parsley dan daun sup.

Perkara yang penting ketika menyemai tanaman ini ialah jangan biarkan tanah kering ketika benih sedang bercambah.  Lazimnya biji benih akan bercambah antara 2 hingga 4 minggu.  Benih tanamsendiri bercambah dalam masa 1 minggu.

Parsley dan daun sup perlukan tanah yang dalam kerana akarnya merayap jauh ke dalam mencari nutrien.  Tanah jangan terlalu ringan dan jangan terlalu berasid.  Gunakan baja organik.

Parsley dan daun sup sesuai ditanam dalam bekas dan diletak di tingkap rumah, terutamanya di tingkap dapur.  Ia akan tumbuh subur selagi disiram dan dikerat selalu.  Tanaman ini juga sesuai ditanam bersama tomato sebagaimana sistem buddy yang telah dibincangkan sebelum ini. 

Pokok Parsley tumbuh subur di dalam pasu.

Pastikan semaian daun sup tidak kekeringan.

30 ulasan:

  1. encik iskandar, mcmana nak semai saderi, benih sy x tumbuh2...bila dikorek dah hancur...pdhal baru dibeli seminggu di pasar tani.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau benih hancur. mungkin dimakan kulat. Rendam dulu untuk cepatkan proses percambahan daru disemai dalam tanah.

      Padam
    2. Rendam dlm apa ye en iskandar? Saya tanam guna akar. Mula2 tumbuh pucuk. ..kemudian layu beberapa hari kemudian. Kenapa ye? Padhal sehari 2x saya siram.

      Padam
  2. kalu yg kita beli kat pasar tu dah ada akar, boleh tak semai balik. ada cara nak tanam yg akar tu tak? sbb yg saya tanam cuma tumbuh daun 2 helai, pstu mati.
    tak cukup nutrient kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga disemai cara itu. Nanti saya bincangkan dalam posting. :) Banyaknya topik yang masih tertunggak. He he.

      Padam
  3. susah2 lagi nak beli dari luar, pesan benih terus dari Tuan Iskandar, dgn rm 10. boleh dapat 5 pek benih. boleh campur ikut suka, kalau ada stok termasuk benih sadri, betul tak tuan..hehehe, terimakasih tuan, semua benih yg,di pesan selamat diterima dan sedang dlm proses menyemai.

    BalasPadam
  4. patut la tak tumbuh lagi... tanah kering puncanya... kebelakangan ini cuaca panas di kawasan saya... tanah dlm pasu mmg kering tiap petang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang ni cuaca memang panas... padahal tengah hari da siram, petang pun boleh layu.... tanah kering sesangat...huhuhuh

      Padam
    2. Salam en iskandar..sy menanam parsley tapi daunnya ada bintik.bintik putih pada daunnya..boleh bgtau apa yang perlu sy buat

      Padam
  5. untuk anak pokok, berapa kali nak beri baja

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika guna baja organik, 2 minggu sekali. Jika baja kimia, ikut arahan pada plastik pembungkus.

      Padam
  6. Tuan, saya ingin menanya tentang pokok kunyit dan pokok kesum. Kenapa pkok daun kunyit saya hujungnya kering dan pokok kesum saya kering terus mati. Harap tuan dapat berikan tips.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah beberapa hari sebelum daun kunyit jadi begitu phonnira tabur baja kimia?

      Padam
  7. ya, saya fikir semua anak pokok, kita taburkan baja organik 2 minggu sekali. Alhamdulillah,ikut petua tuan, pokok limau purut saya dah bertunas.

    BalasPadam
  8. Salam,

    Sy nk tanye parsley dan daun sup same ke? atau lain?
    Parsley yg org putih nye same ke ngan daun sup kite?

    Terima kasih.

    BalasPadam
  9. Salam Tuan IS

    saya nak tanya...apa2 jenis benih pun kalau kita nak tanam memang kena rendam dulu ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak semua. Misalnya benih yang halus kalau direndam sebahagian akan di bawa air ketika mengalirkan air rendaman.

      Padam
  10. salam,
    semalam saya cuba rendam beberapa benih dan tanam, harap2 1-2 minggu ini berhasil..

    BalasPadam
  11. boleh tak pokok daun sup dibiarkan membesar didalam tray semaian 103 lubang.

    BalasPadam
  12. Salam en iskandar..maaf lari topik kot..apa prbezaan daun basil n daun pasley?sy keliru sikit..trm ksh bnyk2..��

    BalasPadam
  13. Salam en iskandar..maaf lari topik kot..apa prbezaan daun basil n daun pasley?sy keliru sikit..trm ksh bnyk2..��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Parsley dan basil jenis herba tapi berbeza. Parsley satu keluarga dengan seleri, daun sup, Lobak merah, daun ketumbar....
      Basil termasuk selasih, kemangi, tulasi.

      Padam
  14. admin saya ingin bertanya.Jika hendak menanam sadri ni menggunakan kaedah kokopeat bagaimna pulak?

    BalasPadam
  15. Salam en iskandar mcm mn nk tanam parsley guna kaedah lama ye kena guna cara tut ke

    BalasPadam
  16. Sya nk oder lh dgn en iskandar bole x

    BalasPadam
  17. salam en.iskandar..sy ad bli pokok parsley dri cameron hingland.tp slps 4 hari sye perasan daunnya slow2 bertukar jdi kuning.knp ye? after beli hari ke 3 bru sye strt siram air.belum bg baja lgi.

    BalasPadam