Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 28 Mei 2012

Bela Cacing Untuk Baja, Bahagian 8 daripada 20


Tong Cacing
Tong macamana yang sesuai digunakan?  Dari bacaan saya, ada banyak jenis tong yang disyorkan.  Ada yang syorkan tong kayu.  Tong kayu memang cantik, sebab ia boleh regulate lembapan dan udara.  Masalahnya tong kayu cepat reput.  Kita nak bela cacing sebab nak jimat belanja baja, dan tidak membuang sisa makanan.  Kan membazir tu?

Dari pengalaman saya, tong plastik bertutup yang biasanya dijual dipasaraya, atau tong sampah plastik bertutup sesuai digunakan.  Tong gabus tak sesuai sebab udara susah mengalir.  Kalau tebuk lubang pun, dinding tong terlalu tebal, kemungkinan udara tidak dapat masuk.  Walaupun cacing tanah tinggal di dalam tanah, ia tetap bernafas.  Cacing tanah perlukan oksigen, seperti hidupan lain juga.

Tong plastik begini sesuai digunakan untuk bela cacing di dapur.
Apakah saiz tong yang sesuai digunakan?
Ini bergantung pada ruang tempat simpan tong tersebut.  Saya syorkan anda simpan tong tersebut di ruang bawah singki di dapar sebab di situ anda muda isi sisah makanan ketika memasak.  Kalau jauh anda perlu bergerak, kemungkinan di hari malas, sisa tersebut akan berakhir di dalam tong sampah.
Jadi, saiz yang sesuai adalah saiz yang muat di bawah singki dan tidak terlalu besar atau berat untuk di kendalikan.

Tebuk Lubang

Tebuk lubang menggunakan mata gerudi saiz ¼ inci.  Tebuk di mana?  Ada yang syorkan supaya ditebuk juga di bahagian bawah dan kumpulkan cecair menggunakan dulang.  Eeeee, saya pasti orang yang tulis artikel ni tak pernah bela cacing indoor.  Jangan, nanti orang masuk dapur, mereka tak mau dah makan hasil masakan rakan-rakan, kalau buat macam ni. 
Jangan risau tentang cecair yang terkumpul dalam tong.  Kalau kena caranya, ia tidak berbau.  Yang penting, jangan basahkan kandungan tong hingga air terkumpul.  Memadai setakat lembap sahaja.

Ok, jadi, tebuk lubang di bahagian sisi atas sahaja, kira-kira 4 inci (10 cm) daripada bahagian atas tong.  Tebuk beberapa lubang.  Jarakkan kira kira 1 ½ inci (3.5 cm).  Jangan tebuk lubang di bahagian bawah tong.  Kita tidak mahu air dalam tong meleleh keluar!

Saiz dan kedudukan lubang.



Bersambung... Bedding (kertas surat khabar) 

7 ulasan:

  1. Terima kasih tuan!
    Semakin menarik siri artikel ini. Lubang itu utk tujuan pengudaraan kan? Kalau iye, bermakna kalau bela di luar rumah dgn tong tanpa penutup, lubang itu tidak lagi diperlukan, betul ke?

    BalasPadam
  2. thanks untuk sambungan tapi harap dapat artikel penuh dalam masa terdekat, saya dah import cacing dari kampung. masih duduk kat tanah dalam plastik luar rumah. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak! Pastikan bekas tu lembap, bimbang takut mati kering. :)

      Padam
    2. mati kering? he he heee...
      dahsyat la wani, siap import lagi
      saya masih belum mencari, masa buat operasi buang rumput, ada jumpa cacing tp comel2 belaka :D

      Padam
    3. Kalau ada kawasan boleh cari. Kalau lot tengah macam saya, pergi cari kat padang taman lah nampaknya. Awal pagi boleh kutip banyak kalau orang tak meracun.

      Padam
    4. itu lah, saya memang tuang air sikit dalam tu tapi risau jugak kalau ada semut datang angkut penduduk dalam tu. heheh

      Padam