Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 16 April 2012

Patch Belakang Rumah

Pada bulan lepas saya telah post tentang patch belakang rumah sebagaimana pautan berikut.

http://www.tanamsendiri.com/2012/03/patch-belakang-rumah-sedia-untuk.html


Patch belakang rumah yang telah disiapkan dengan bantuan anak-anak pada bulan lepas. 
Patch tersebut telah diisi dengan cambahan kailan, sawi bunga, seleri, ketumbar, peria dan kacang panjang.  Pokok kailan begitu cepat membesar hingga telah melindungi sayur lain.  Ini membuatkan seleri dan ketumbar cepat besar kerana tanaman tersebut sesuai ditanam ditempat teduh.  Dapat cahaya pagi, tanah diubah suai hingga hampir sempurna, air mencukupi, inilah jadinya selepas sebulan.  Saya perhatikan hanya kacang panjang dan peria yang agak lambat pertumbuhannya.  Mungkin tanha yang saya sediakan kurang sesuai, atau pokok terbantut kerana terlindung oleh rumpai.

Satu bulan (4 minggu) kemudian.  Lihatlah sendiri.

Kailan dan seleri yang dialih dari cambahan begitu galak pertumbuhannya.

Sawi Bunga juga begitu galak pertumbuhannya.

Akasyah begitu bersemangat membantu.  Dengan tenaga muda Akasyah dan Muhammad, kerja-kerja menjaga patch belakang rumah dapat diselesaikan dalam masa 30 minit sahaja.




31 ulasan:

  1. tolong sambung kat patch belakang rumah saya pulak... hehehe...

    patch dah siap... tinggal nak alih anak pokok je... tak terbuat lagi... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti siap lah tu. Semangat mesti berkobar-kobar sekarang ni kan? :)

      Padam
  2. nak tiru jugak buat patch macam ni...geram nya kailan tu sungguh subur!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tiru. Mudah aja. Pastikan dapat cahaya pagi, tanah kaya dengan organik, air cukup dan tidak berlebihan.

      Padam
  3. Wahh! Patch yang subur oleh tangan pakar! Rasa terhibur je tengok gambar tu. Menambah semangat saya nak bercucuk tanam di apartment ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana-mana pun jadi. Rugi kalau tak buat. :)

      Padam
    2. Saya baru perasan yang blog en. Iskandar tak da linkwihtin. Apa kata tuan letakkan ia. Boleh la secara random kami, si pembaca, jumpa entri-entri lama tuan.

      http://www.linkwithin.com/learn

      Padam
    3. Terima kasih I wong. Nanti saya akan baca dan cuba memanfaatkan perkhidmatan tersebut. :)

      Padam
  4. Nampak amat subur... tuan guna tanah jenis apa utk patch tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya gunakan tanah campur (tanah liat dan pasir yang dijual di nurseri), baja organik dan tanah bersabut. Campuran adalah sama banyak dari segi isipadu.

      Padam
  5. salam en.iskandar, saya sekarang duduk diterengganu kerana tugasan en.suami, tika di johor saya tiada masalah 'tanah'. rumah sewa sekarang ni berhampiran pantai, tanah disekeliling adalah tanah pantai, bagaimana saya mahu tanam sayur dengan tanahpantai, boleh ka tanah pantai dicampur dengan tanah yang dibeli??? Atau saya hanya boleh menggunakan tanah beli sepenuhnya??
    terima kasih, minta maaf kerana banyak tanya ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka kalau Nur Izz banyak tanya. :)
      Kalau tanah pantai, elok gaulkan dengan tanah liat dan baja organik. Atau gunakan tanah campur (tanah liat dan pasir yang dijual di nurseri), baja organik dan tanah bersabut. Campuran adalah sama banyak dari segi isipadu.

      Padam
    2. terima kasih en.iskandar.. ^_^

      Padam
  6. Salam Tuan,

    Alhamdulillah, subur² sayuran yang tuan tanam :).. Bertambah lah menu masakan tuan seisi keluarga ye :)..

    Mengikut pengamatan saya pada gambar diatas, tuan x implement lagi sistem drip tu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sistem titis tu terpaksa dicabut sebab sekarang hujan setiap hari. Sistem titis tiada dipasang pengesan hujan. Itu tambahan RM250. Bengkok. Bila diuji tahap basah penuh pada skala meter. Oleh sebab itu saya cabut sistem titis. Sistem akan dipasang semula bila cuaca kering. :)

      Padam
    2. oo, betul juga tu.. Nanti terlampau basah pula tanah :)..

      Padam
    3. Masalah bila basah, batang sawi buruk kerana kulat. Saya tengah fikir perlu tak pasang pengesan hujan. Mungkin untuk main-main saya dapatkan satu.

      Padam
    4. Sekarang dah pasang semula sistem drip tu. Path ini dipenuhi dengan pokok remayung. Pagar pula dipeni kacang panjang dan peria.

      Padam
  7. kalau dah minat tu tanah sekangkang kera pun boleh tuai hasil yg lumayan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Yang perlu hanya ruang dan kemahuan.

      Padam
  8. Balasan
    1. tengah usahakan.... tapi tulah, sekarang nak mencari tanah dah susah.... dulu beli dekat area batu 8, murah... satu bag tanah merah baru rm1.5, tanah bakar/hitam rm1 dan tanah baja tu baru rm2... sekarang kedai nurseri tu da tutup... rasa patah kaki nak mencari tanah...huhuu

      nak je ambil tanah di tepi sungai kelang.... tapi tanah pasir la....huhuhu, tapi kebaikkannya, amat elok menanam...

      Padam
    2. benih pokok baharu sahaja diterima hari ini... esok mula menanam sawi pahit, kailan, dan juga cili... benih tulasi belian lalu pun masih belum tanam... ingat tanam sekali la sebab bena putih asyik bertandang je...

      Padam
    3. Benih tulasi kena semai dulu. Ia ambil masa yang lama untuk membesar. :)

      Padam
  9. Rumah xde tanah...sesuai tanam sayur dlm tray or pasu plastik yg panjang tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tray panjang ok juga. Mudah diuruskan.

      Padam
  10. sangat jeles tengok kailan en iskandar...sebulan da besar..makan tak abis...sy punya dah hampir sebulan..tapi sebesar jari kelinking..semalam sy dah alih masuk pasu..1 pokok untuk 1 pasu...nak tgk membesar ke tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin tanah kurang gembur. Saya lupa nak nyatakan, pertumbuhan sayur terbantut jika akar pokok sayur tak dapat udara.

      Padam