Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 4 April 2012

Gambar hari Ini -- Bunga Tongkeng, Tonkin Jasmine, Telosma cordata

Namanya pelik, bau bunga yang mekar harum di waktu malam.  Pokok bunga tongkeng akan menghasilkan banyak jambak bunga kalau musim hujan seperti sekaranng.  Pokok yang saya tanam renggeh, hidup segan mati tak mahu kerana selalu terlupa siram kini berbunga dengan lebat kerana disiram hujan setiap hari.  Alhamdulillah dapatlah dijadikan ramuan telur goreng.

Bunga tongkeng tumbuh dalam jambak.

Bila mekar mengeluarkan bau harum.  Bunga ini berwarna putih dan mekar di waktu malam.

Bunga tongkeng enak dijadikan ramuan sup, gulai dan dicampur telur goreng.

14 ulasan:

  1. Oh bunga ni. Saya pernah lihat semasa saya ambil kelas hortikultur hiasan. Telosma cordata berbentuk hati daunya.. Tapi tak tau pulak bunganya boleh dibuat makan. Terima kasih en Is kerana memberi tau mengenai ini. apa khasiat bunga ni yea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih I wong, saya dah lama cari nama sains bunga ini. Ya daunnya berbentuk hati. Saya kurang pasti khasiatnya tapi di Pasar Kajang bunga ini popular. Auntie yang jual kata kaum cina suka buat sup, kaum india pula suka letak dalam kari, kaum melayu pula letak dalam gulai. Kira bunga muhibbah ni. Saya suka letak dalam telur goreng. Memang sedap.

      Padam
  2. Bagaimana hendak ditanam pokok ini sebenarnya? Biji benih, keratan batang? Teruja pulak tgk pokok ni?

    Bila cerita pasal pokok ni tahan lasak, teringat sy pengalaman cuba tanam pokok harum (sundal) malam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya beli bunga di pasar, kebetulan ada ranting sedikit. Saya cucuk, ia hidup dan mula berpucuk. Inilah hasilnya. Dapatlah bekalan bunga tongkeng yang berpanjangan. Nanti saya simpan bunga sejambak, tengok dapat bhenih atau tidak. :)

      Padam
    2. owh... itu betul-betul rezeki namanya... beli bunga dpt benih tanpa disangka ;)

      Padam
    3. Ya, rezeki datang dalam berbagai cara. :)

      Padam
    4. :).. Semoga tuan beroleh rezeki yang berpanjangan.. Amin.. InsyaAllah :)..

      Padam
    5. Amin. Terima kasih. Semoga rezeki Sir Syahmi dan semua rakan-rakan begitu juga. Amin.

      Padam
  3. Iskandar Abdul Rashid ada jual benih pokok tongkeng ini?

    BalasPadam
  4. Hai,baru je jumpa blog En.Is.Banyak info yg diperolehi,TQ. Menurut org Cina,khasiat bunga tongkeng ialah merawat mata rabun.Kalau selalu makan mata jadi terang.Benih bunga tonkeng boleh didapati dalam buahnya yang serupa dgn buah pokok kapuk tapi saiz yg lebih kecil.Rasanya pokok tongkeng jarang berbuah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Green Rose, selamat datang ke blog tanamsendiri.com. Memang betul pokok bunga tongkeng susah berbuah. Dah 2 tahun saya tanam pokok ni. Banyak bunga diperoleh. Tak pernah dapat buah.

      Padam
  5. Salam semua..
    Saya pernah tanam pokok ni di pergola rumah saya..ketika dia lebat berbunga masyaAllah wanginya hingga tak terkata.. tak tahu pula boleh dimakan apatah lagi berkhasiat.. sekarang dah pindah, benih dah tak ada.. nak kena tanam balik ni...

    BalasPadam
  6. Salam En Iskandar..saya akan berpindah ke rumah baru tak lama lagi. Saya berharap sangat nak menanam pokok bunga ni sebagai hiasan di halaman. Bagaimana saya boleh dapatkan keratan ataupun benihnya?

    BalasPadam