Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 15 April 2012

Gambar Hari Ini -- Bunga Telang, Clitoria ternatea


Pokok Bunga Telang adalah pokok yang memanjat dengan cara melilit.  Pokok ini menghasilkan bunga yang berwarna biru yang boleh dimakan.  Kelopak bunga yang berwarna biru enak dibuat salad.  Ia juga boleh dibuat pewarna makanan.  Di Thailand, bunga telang menjadi ramuan utama air sirap biru.  Di pantai timur, bunga telang digunakan sebagai pewarna nasi (nasi kerabu).  Kami, makan sebagai salad, dicampur dengan daun salad serta ulaman yang lain.  :)  Enak.

Walaupun jenis memanjat, ia boleh ditanam sebagai tanaman hiasan tanpa pancang.  Jika dipangkas selalu, pokok bunga telang merimbun.

Bunga telang berwarna biru terserlah.  Elok juga dijadikan tanaman hiasan.

Pokok bunga telang yang sedang berbunga.

9 ulasan:

  1. pokok memanjat ke? saya dah semai 2 minggu lepas benih yang beli dgn En. Is, dah jadi anak pokok dan di pindah ke polibeg. tak tau la apa ceritanya, harap2 dia tak kacau pokok sunflower dalam polibeg sebelah..iskkkh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ia memanjat. Kalau tak mahu memanjat, boleh trim. Ia akan jadi rimbun.

      Padam
  2. saya tanam jenis yang bunga berlapis2... kelopaknya lebih besar... kalau tuan is mahu, saya boleh kirimkan benihnya.. pokok bunga telang ni kalau tak dikawal alamatnya habis pokok2 sebelah dia panjat... susah juga nak mati..tahan lasak walaupun tak disiram.

    BalasPadam
  3. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. :)

    BalasPadam
  4. minta tuan is kirim alamat ke alamat email saya... nanti saya poskan... baru semalam kutip bunga buat nasi kerabu...

    BalasPadam
  5. En. Is saya try tanam benih bunga telang yang en.is kirimkan tapi tak menjadi. Maybe cara saya salah kot (tanam terus kedalam tanah dekat fence).Mohon kirimkan benih lagi untuk saya try dalam polibeg pula. nanti saya emailkan details bila dah buat payment. TQ!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk semaian seeloknya guna tanah yg dirumuskan khas untuk aktiviti menyemai atau gunakan tanah organik. Bunga telang ambil masa sedikit untuk bercambah. kalau semai atas tanah, semasa ia nak tumbuh, bahagian karbohidrat dalam kotiledon (bahagian benih yang ada simpanan makanan) ditukar menjadi gula. Masa itu semut suka makan. Lebih selamat disemai dalam bekas semaian dulu. Dah bercambah barulah alih ke tanah.

      Padam
  6. Encik Is, bunga telang sesuai ditanam di tempat mendapat sinaran matahari penuh atau di tempat yang redup?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga telang sesuai ditanam di tempat yang mendapat cahaya matahari yang penuh.

      Padam