Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 12 Mac 2012

Patch Belakang Rumah

Patchdi belakang rumah belum selesai dikerjakan.  Maklum salajalah sekarangni asyik hujan saja di sebelah petang.  InsyaAllah petang ini akan dikerjakan sedikit-sedikit.  Minggu lepas dah cabut rumpai.  Di hujung patch telah ditumbuhi pokok palas.  Akarnya dalam, sukar nak dibuang.  Mungkin akan dikerat guna louper sedikit sedikit.  Akar yang dalam dibiarkan saja.



Patch di belakang rumah belum disiapkan.

Pokok Daun Palas mempunyai akar yang dalam menyebabkan ia sukar dibuang.

Rumpai yang dicabut tidak dibuang.  Ia akan dijadikan kompos.  Buat masa ini belum digaul lagi bersama tanah untuk mencepatkan proses penguraian. :(

Rumpai belum sempat digaul dengan tanah.  Semuanya begitu cepat kering kerana cuaca panas di waktu tengahari.

Tanah digembur menggunakan cangkul tiga mata.  Oleh sebab kawasan kecil sahaja, masa diambil untuk menggembul tidak sampai 15 minit.  

Tanah digembur menggunakan cangkul tiga mata.


Cangkul tiga mata digunakan untuk menggebur tanah.
Walaupun sekarang hujan petang saya dapati tanah ini kering.  Mungkin kerana kurang tanah liat.  Saya perlu baiki struktur tanah terlebuh dahulu supaya tanah dapat menyimpan air serta nutrien dapat diserap oleh akar sayur.


Struktur tanah perlu dibaiki supaya dapat menyimpan air dan nutrien dapat diserap oleh tanaman..

Untuk sempadan saya akan gunakan batu bata yang dibeli di kedai hardware.  Satu batu bata dibeli dengan harga 24 sen.  Jumlah semuanya 36 batu bata.



Batu bata akan dijadikan sempadan patch.

Oleh kerana kami mempunyai tanah yang terhad, saya beli beberapa beg tanah campur, tanah kompos dan soil conditioner.  Tanah akan dicampur untuk baiki struktur, laraskan pH dan perkaya dengan nutrien.

Beberapa beg tanah yang bakal dicampur dalam patch.

Buat masa ini saya belum lagi tetapkan sistem pengairan kerana setiap petang hujan.  Sistem akan dipasang setelah musim berubah kelak.  Oleh sebab di bahagian belakang rumah kami letakkan mesin basuh.  Sara akan sambung outlet mesin basuh ke atas patch setiap dua minggu untuk bekalkan fosfat daripada air basuhan pakaian.

16 ulasan:

  1. Tuan,

    Tiada kesan sampingan ke kalau air sabun tu disiram ke tanaman secara terus terutamanya dari segi rasa sayuran walaupun ianya dilakukan 2 minggu sekali?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat yang saya tahu, tiada. Guna air sabun (bilasan) untuk manfaatkan fosfat dalam detergen. Sekarang detergen biogradable. Saya perhatikan pokok cepat besar kalau guna air bilasan dari mesin basuh.

      Padam
    2. Saya tak siram ke atas daun, terus ke dalam tanah.

      Padam
    3. Owh.. Bila pokok cepat membesar tu saya agak musykil gak.. Takut² ada effect pada kita.. Tapi betul juga kata tuan, detergen sekarang kebanyakannya biogradable.. So, rasanya x jadi masalah.. :)

      Padam
    4. Dulu-dulu pun surirumah siram air basuhan pada tanaman mereka, tiada masalah. Cuma jangan siram atas daun, tak seronok makan sayur tetiba rasa sabun. Saya pernah guna untuk siram pokok pisang. Ruang belakang rumah yang kecil ditumbuhi lebih 20 batang pokok pisang sehingga tiada ruang antara pokok tersebut. Satu minggu dapat tuai dua tandan pisang.
      Bila jiran komplen, kononnya banyak nyamuk sebab ada pokok pisang, saya upah orang tebang. Selepas 3 hari, sulur pisang menjelma semula. Selepas sebulan ruang tersebut dipenuhi semnula dengan pokok pisang.

      Padam
    5. Betul tu, kalau siram atas daun, mau rasa sabun.. Macam makan sabun lak.. Bagi pokok pisang, fosfat amat penting bagi pertumbahan pokok.. Jadi, detergen kaya dengan fosfat.. Tu yang makin subur pokok pisang tuan tu :)..

      Rasanya bukan disebabkan pokok pisang nyamuk tu banyak.. Mungkin ada daun-daun pisang yang telah mati dan menakung air yang mana sesuai untuk pembiakan nyamuk.. Satu lagi faktor ialah kawasan keliling itu sendiri.. Contohnya longkang atau kolam² terbiar.. Di rumah saya, ada 3-4 jenis pokok pisang.. Dulunya banyak nyamuk..Mula² saya ingat ianya dari pokok pisang.. Tapi bila disiasat, rupa²nya nyamuk tersebut datang dari kolam lintah terbiar rumah jiran dibelakang rumah..

      Pokok pangkalnya, jika kita pastikan kawasan halaman rumah kita bebas dari tempat pembiakan nyamuk, isu tu x timbul.. Betul x tuan? :)

      Penggunaan air basuhan sabun juga dilihat dapat membantu menyuburkan pokok sekaligus menjimatkan kos dan masa kita..

      Padam
    6. Setuju. Nyamuk tidak membiak atas pokok tetapi dalam air. Nyamuk aedes membiak dalam air jernih yang bertakung. Tetapi sebagai manusia, kita akan cuba tuding jari. Bekas bertakung depan rumah tak nampak, pokok pisang dalam pagar jiran, nampak aja larva nyamuk. Ada yang kata nyamuk suka menyorok celah-celah pokok. Sebenarnya nyamuk suka tempat yang ada bau manusia. Nyamuk lebih suka menyorok dalam kasut terpakai daripada celah pokok pisang.

      Padam
    7. Penggunaan air bilasan basuhan belum lagi saya cuba. Ini baru nak cuba-cuba pada patch sayur belakang rumah. Belum dibuat lagi. Masih dalam perancangan. :)

      Padam
    8. Menarik :).. Saya akan tunggu perkembangannya..

      Padam
  2. Salam,
    Wah..x lama lagi penuhlah dengan pelbagai sayuran ye..Oh ya..benih yg dikirim selamat sampai..terima kasih daun keladi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Laman rumah Ms Pinkie Rabbit pun sama. :)
      Happy Gardening.

      Padam
  3. owh... ini perkara yang saya baru tahu... boleh guna ya air bilasan pakaian... air dari mesin basuh saya telah disalur terus ke floor trap mesin basuh di dalam rumah... emmm... kena fikir mcm mana nak tarik keluar balik paip air buangan tu... hehehe... lepas tu kena fikir juga nak tadah dimana bila air tu keluar... karang kalau tak dijaga... boleh banjir rumah dgn air sabun... satu masalah pulak... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali dalam dua minggu pun dah kira ok. Mungkin boleh cedok aja satu balidi sebelum drain air bilasan.

      Padam
    2. Hehe, betul tu tuan.. X perlulah siram hari².. Nanti rasa sabun lak sayur tu.. :)

      Padam
  4. Risau juga. Pokok pisang tak apalah, sebab makan buah. Ini tuai daun. Apa-apa pun kita cuba dulu. Saya pernah terbaca dalam majalah luar yang cadangkan guna bilasan air basuhan. Jadi, ideani bukanlah idea baru dalam kaedah penanam hobbyist.

    BalasPadam
  5. Owh.. Tapi xpe, boleh dicuba didulu.. Kalau x cuba, x tahu hasilnya.. :)

    BalasPadam