Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 7 Februari 2012

Blog Walking -- The Pinkie Rabbit Blog

Hari ni sambil-sambil menunggu kawan berkunjung, buat blog walking sikit.  Dah lama tak menjenguk blog rakan-rakan yang minat bertanam.  Satu dari blog yang saya singgah hari ni ialah blog Pinkie Rabbit Noor'ain.  Ini kerana Sdri Noor'ain, pemilik blog tersebut berceloteh tentang pengalamannya memberanikan diri memasak lobak putih yang ditanam sendiri.  Sebelum ni penulis tersebut pernah mencuba memasak lobak putih yang dibeli di pasar tetapi rasanya terlalu kuat untuk lidah anak-anak.  Untuk bacaan selanjutnya, boleh ke blog tersebut.  Klik pada kapsyen gambar screen capture atau klik di sini.

Blog Pinkie Rabbit


Saya sendiri pun pernah membeli lobak putih di pasar dan rasanya memang kuat.  Dari pengalaman saya, lobak putih paling best kalau dituai ketika saiz lobak putih sebesar bola ping pong.  Ya daunnya juga boleh dimasak.  Tapi saya suka makan mentah buat ulam cicah sambal cili ketika makan nasi. 

Kebetulan bulan ini, benih kongsi kita ialah benih lobak putih.  Stok masih banyak.  Kalau rakan pengunjung ingin dapatkan benih tersebut, boleh hubungi penulis melalui emel iskandar.abdulrashid@gmail.com  Sertakan nama dan alamat.

Oh ya, saya sendiri pun dah kekurangan stok lobak putih.  Tiba masa untuk semai yang baru.  Semai banyak benih lobak putih!

Lobak putih sedia untuk dituai.

Lobak putih ketika saiz sebesar bola ping pong paking enak dimakan.

12 ulasan:

  1. Salam... sy dh tuai lobak putih mggu lps... sy msk tumis air... lobaknya mmg fresh n daunnya xde beza dgn rasa sawi... dh semai benih yg baru n ada 2 pasu tggu utk tuai wiken ni... sy pun berminat dgn benih kongsi... nnti sy email ye brsama2 oder biji2 benih yg lain... TQ

    BalasPadam
  2. posting tersebut mengukuhkan tulisan tuan sebelum ini bahawa lobak putih segar sebenarnya enak berbanding lobak putih yg telah lama dituai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Yang seronok, lobak putih adalah antara sayur yanng paling mudah ditanam dan dijaga.

      Padam
  3. Terima kasih sebab sudi berkunjung ke blog saya..Gambar x sempat lagi dimasukkan...:)

    BalasPadam
  4. Lepas baca ni teringin pulak saya memohon untuk benih kongsi tu. Selama ni saya tak pernah makan lobak putih sebab besar sangat. Lagipun tak tahu nak masak apa.

    Nampaknya kena cuba tanam ni di apartment saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam I wong. Benih akan dikirim dengan kadar yang segera. :)

      Padam
  5. Maria baru je semai benih yang diterima... sedang tunggu hasil... sblum ni pernah makan sayur lobak putih dimasak air... tapi tak gemarkannya sangat sbb rasa dia... lepas ini mungkin saya dpt rasa lobak putih yg lebih enak mungkin...
    *lobak putih bagus utk ibu menyusukan bayi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin kita boleh buka thread untuk sayur yang sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusu. Ini kena rujuk kaum hawa. :)

      Padam
    2. hihihihi... insyaAllah...
      niat asal saya bertanam... mmg untuk mengisi keperluan semasa dalam pantang... sangat susah utk dapatkan daun2 pokok utk mandian atau ulam2 segar semasa berpantang di KL... klu luar KL mungkin tak jadi masalah agaknya... sy mmg usahakan tanaman yg membantu utk para ibu... cuma iye la... mana lengkap lagi... saya baru setahun jagung bertanam... ;p

      Padam