Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 10 Februari 2012

Bekas "Self-Watering"

Buat Bekas "Self-Watering" Menggunakan Botol Soda Saiz 1.5 Liter
Botol minuman boleh diguna semula sebagai bekas "self-watering" yang amat sesuai digunakan untuk menyemai benih atau menanam sayur yang gemarkan air, misalnya kangkung dan daun kesom.  Gambar menunjukkan contoh bekas yang saya gunakan untuk tanam kangkung.  Kangkung ini disemai seminggu sebelum gambar diambil.  Dalam masa 2 minggu kangkung tersebut sudah boleh dituai.  Saya gunakan tanah campur dengan ditabur satu lapisan baja organik setebal 1 cm.

Kelebihan bekas ini, anda tidak perlu menyiram.  Jadi kalau keluar bercuti tidak perlu risau tentang pokok.  Air diisi penuh ketika menyemai dan hanya perlu diisi paling kerap seminggu sekali.  Saya hanya isi air sekali iaitu ketika menyemai. 
 
Kangkung ditanam dalam botol minuman 1.5L yang diguna semula.
Cara membuat bekas "self-watering."
Bahan
botol air minuman (soda) saiz 1.5L,
gunting dapur,
penebuk atau paku.

tanah campur,
baja organik
benih sayur (15 benih kangkung)
0.5 L air

Langkah-langkah
1. Ukur botol, dan buat garisan kira-kira 15 cm dari tapak.
2. Potong botol mengikut garisan tersebut dengan menggunakan gunting dapur.  Jangan guna pisau kerana kemungkinan luka terkena pisau agak tinggi kerana pisau mudah tergelincir.

Potong botol kira-kira 15cm dari tapak.
2.  Buka penutup botol dan tebuk 3 lubang pada penutup tersebut menggunakan penebuk atau paku yang tajam.

Tebuk penutup botol.
3.  Pasang semula penutup botol pada keratan botol tersebut.
4.  Telangkaupkan bahagian atas botol.
5. Isikan separuh daripada tanah campur ke dalam bahagian atas botol.  Kemudian isikan kira-kira 1.5 cm baja organik.  Kemudian penuhkan bekas tersebut dengan tanah campur.  Biarkan aras tanah kira-kira 2 cm daripada paras bekas.

Telangkupkan bahagian atas botol dan isikan tanah serta baja organik.

6.  Isikan 0.5 liter air ke dalam bahagian bawah botol dan masukkan bahagian atas botol sebagaimana rajah berikut.  Semai kira-kira 15 benih kangkung sedalam 1.5 cm. 

Bekas "self-watering"

Bekas yang telah siap yang mengandungi semaian kangkung.

7.  Letakkan di tempat yang teduh selama sehingga benih bercambah dan set daun pertama kelihatan.
8.  Alih ke tempat yang mendapat cahaya matahari. ( Biasanya 2 hari selepas benih bercambah.)

15 ulasan:

  1. patut compile semua entry dan buat ebook :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cadangan yang baik. Sedang difikirkan. :)
      Terima kasih ciksuzlin.

      Padam
  2. wah! idea menarik ni, kena cuba bila ada bahan dan kelapangan. Saya ada cuba semai sedikit benih kangkong tp mcm x menjadi, mgkn sbb terendam dlm air ketika hujan lebat dan air bertakung dlm bekas tanaman (kes x buang penutup air buangan bekas petak. he he heee)

    BalasPadam
  3. untuk mengurangkan penggunaan baja / atau proses penyiraman cuba guna cara aquapionics seperti mahfudz Backyard Aquaponics.

    BalasPadam
  4. Cara aquaponics perlu tangki yang ada ikan. :) Sesiapa yang bela keli tu elok cuba sistem ni.

    BalasPadam
  5. konsep sama mcm pasu Baba's... cuma ini lebih menjimatkan... ;p

    BalasPadam
  6. En. Iskandar, tak perlu balut dgn plastik gelap ke bekas lutsinar tu? dan kalau untuk tanaman kangkung macam ni berapa lama agaknya air tu boleh bertahan ye? saya selalu terpaksa tinggalkan pokok2 kesayangan saya sampai 2 mggu lamanya, harapkan air hujan saja..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bekas yang saya guna tersebut, saya tukar air sekali seminggu sebab nak pastikan tiada jentik-jentik. Kalau ditinggalkan tanpa ditambah air, bekas tu tahan 2 minggu kalau tanam kangkung. Saya tanam salad, selepas tiga minggu air hanya luak sedikit sahaja.

      Saya tidak balut bekas dengan kertas hitam. Pertumbuhan sayur tidak menunjukkan tanda-tanda bantut. :)

      Padam
  7. salam tuan, saya nak minta kebenaran untuk ambil foto bekas self watering dari entri ini untuk entri terbaru saya. kredit akan diberi dan foto akan dilink ke sini. terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Saya benarkan foto dalam posting ini di gunakan dalam entri blog wani sc. Sama-sama.

      Padam
    2. teima kasih :)

      http://maharani-kecik.blogspot.com/2012/04/eksperimen-01-diy-self-watering-pot_02.html

      Padam
    3. Cantiknya Wani buat, suka tengok yang tergantung kat tiang tu. :)

      Padam
  8. salam en is...saya pernah buat self watering ni tapi menggunakan sumbu kain.....untuk tuaian sawi yg pertama mmg pertumbuhan sgt menakjubkan.....tp lame kelamaan kain (sumbu) tidak dapat lagi menyerap air kerana penuh dgn lumut dan mereput......akibat nyer...tanah kering kontang.......tp dengan pendekatan yg en is buat ni...membuatkan saya teruja kembali untuk menggunakan nyer sebagai tanaman herba di tingkap dapur saya...tq en is.

    BalasPadam
    Balasan
    1. :)

      Kalau guna sumbu, kain tersebut perlu dibersihkan bila tumbuh lumut.

      Padam