Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 20 Disember 2011

Tuaian Hari Ini -- Salad Pepperomia, Herba Sepit Ketam Vietnam, Pepperomia pellucida

Salad Pepperomia atau Herba Sepit Ketam Vietnam adalah antara salad yang paling enak saya pernah rasa.  Ia rangup dengan rasa berempah.  Salad ini pernah tumbuh sebagai rumpai di laman rumah dan saya tidak pernah tahu tumbuhan ini sebenarnya boleh dimakan dan enak rasanya sehingga ibu mertua memberitahu. 

Setelah dibuat carian di Internet, rupa-rupanya salad ini telah popular di Amerika.  Seorang pemilik nurseri di Amerika meletakkan Pepperomia sebagai salad paling enak.  Saya gemar gunakan salad ini sebagai ramuan burger atau banjo.  Memang enak, tiada tandingannya.  Apa lagi kalau tanam sendiri, segar dari laman rumah terus ke dapur.

Salad Pepperomia, salad paling enak.

13 ulasan:

  1. Pokok ni boleh makan yer.... tak sangka pokok yang selalu tumbuh meliar camni pun boleh makan...

    pokok cepat tumbuh dan selalu kena buang sebab tak pokok bersaing bagi dapatkan nutrien... ingatkan rumput rumpai... rupanya sejenis tumbuhan renek yg boleh dimakan...

    BalasPadam
  2. Mungkin saya boleh cuba makan hari ini. Saya selalu juga cabut pokok ni, ingatkan rumput yg tak boleh dimakan.

    BalasPadam
  3. Nanti alih dan siram selalu hingga daunnya besar, rangup dan juicy. Kalau tak terjaga, daun kecil dan batangnya kurang rangup dan rasanya terlalu kuat. Apa-apa pun, herba ini rasanya memang sedap.

    BalasPadam
  4. saya pernah juga merebus dan minum airnya setelah bertanya En.Google. macam minum teh,rasanya ok jgk. bagus utk sendi (mungkin kalau selalu minum)tapi bab merebus herba ni ikut mood..lepas ni boleh cuba sebagai salad pulak.lebih mudah. banyak menumpang dalam pasu saya.Dari google, ada yg panggil ketumpangan air,ada juga panggil sireh air.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jadikan salad atau ulam. Cicah sambal cili sedap.

      Padam
  5. inilah rumpai yang saya tengok dalam AFC hari tu .chef manila tu, apantah namanya. tepat tekaan saya yg rumpai inilah yang boleh dimakan. tumbuh melata kat rumah lama saya dulu . tp x berani nak cuba :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah boleh cuba. Rugi kalau tak cuba.

      Padam
  6. wat ulam pun bule eh... kalo masak sayur air @ sambal tumis sesuai x ?

    BalasPadam
  7. cane resepi wat salad pepperomia tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama seperti salad yang lain, dibubuh italian dressing atau Thousand island.

      Padam
  8. tak pernah tau yang pokok ini boleh makan, dulu di kampung banyak pokok ni tumbuh di parit air.

    BalasPadam