Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, 12 Disember 2011

Semburan Makhluk Perosak

Apabila pokok diserang makhluk perosak, lazimnya ia boleh dikutip dan musnahkan.  Namun begitu, jika makhluk perosak bersaiz kecil, misalnya bena (aphid), whitefly dan mealy bug, tugas menghaspuskan makhluk perosak bukannya mudah.  Ini kerana ia sukar dikutip kesemuanya.  Kalau berjaya dikutip pun, makhluk tersebut akan kembali.  Apa lagi kalau bena, semut-semut yang menghuni sekitar halaman akan "menternak" makhluk tersebut untuk mendapatkan cecair, seakan-akan sama dengan manusia menternak lembu untuk mendapatkan susunya.  

Kadang-kadang terfikir juga untuk gunakan semburan racun.  Tapi kalau gunakan racun, tiada lagi keistimewaan menanam sendiri.  Elok beli sayur kat pasar aja.  Maksud saya, penggunaan racun sebaik-baiknya dihindarkan kecuali apabila semua ikhtiar gagal. Saya telah mencuba beberapa ramuan untuk semburan bena, whitefly dan mealy bug.  Berikut adalah ramuan yang paling berjaya dan mudah disediakan.  Ramuan ini juga tidak merosakkan pokok.

Campurkan 1/2 sudu teh cecair pencuci pinggan, 1/4 sudu teh minyak masak dan 1 liter air.  Masukkan cecair tersebut ke dalam penyembur dan sempur terus ke atas makhluk perosak.  

Semburan Makhluk Perosak yang dibuat sendiri selamat digunakan.

40 ulasan:

  1. terima kasih... resepi simple... Maria pernah ambil dalam akhbar/majalah tentang racun organik yg boleh dibuat sendiri, tapi rasa leceh nak buat... mcm-mcm bahan...
    resepi yg abang bagi ni simple... bole la cuba... sbb pokok cili saya mmg rosak teruk dgn mealy bug tu... nak sembur racun, buah dia kita nak makan... selalu je tergendala... ;p

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas info. Ramuan ni sesuai utk serangga jenis ini sahaja atau blh juga utk kes-kes serangga lain?

    BalasPadam
  3. Sama-sama. Ia berkesan untuk serangga kecil aja. Yang saya dah cuba, aphid (bena), mealy bug dan whitefly. Ia hanya untuk membunuh tetapi tidak menghalang makhluk perosak dari jenis yang sama untuk kembali.

    BalasPadam
  4. owh... nampaknya kena fikirkan kaedah pencegahan pula lepas ni. At least untuk sementara, dah ada kaedah 'pengubatan' untuk selamatkan pokok daripada kemusnahan akibat serangan :D

    BalasPadam
  5. Untuk racun organik saya gunakan Neem Oil / Minyak Semambu - boleh didapati di kedai runcit india. Serangga akan bertambah kurang menyerang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih nelayan langkawi. Maklumat yang berguna.

      Padam
  6. kalau dengan serai wangi macamana?

    BalasPadam
  7. baru lepas cuba kat pokok cili api, cili besar & cili benggala saya ramuan racun organik nie... harap2 berkesan... mmg byk whitefly...terbantut pokok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sb share...

      Padam
  8. salam..saya ade tanam cili..tapi banyak2 info saya baca pokok cili yang diserang mealy bug..tapi saya punya pokok daun kesum..tapi pokok cili saya ade daun2 yang seakan macam nak begulung..kenape ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perhatikan pada permukaan bawah daun, kalau tiada makhluk perosak, kemungkinan pokok diserang virus mozek.

      Padam
    2. virus ni dtg dari mozek ke en iskandar :) Daun limau purut selalu dimakan ulat. Ada cara nak halau ulat?

      Padam
    3. Tak, namanya aja, mungkin sebab bentuk virus tersebut. Kalau tanam sikit sikit macam saya, boleh kutip satu satu.

      Padam
    4. Salam,
      Izinkan saya mencelah. Daun cili bergulung disebabkan Tobacco Mosaic Virus. Virus ni berasal dari pokok tembakau yg berada dlm rokok. Untuk elakkan daun pokok cili bergulung, elakkan dari merokok berhampiran pokok cili, elakkan dari asap rokok, dan kiranya encik merokok, sila pakai sarung tangan jika memegang pokok.

      Padam
    5. Waalaikum salam,
      Terima kasih Personality in-ordered

      Padam
    6. Boleh jadi asap kenderaan x? sebab tanam kat halaman rumah...cili berbuah banyak..x larat nak kutip...tapi daunnya mcm kene serang virus tu...daun x sihat, bergulung...

      Kat rumah xde yang hisap rokok..

      Padam
    7. Asap kenderaan lazimnya tidak mengandungi virus tersebut. Sebenarnya ada berbagai cara pokok boleh dijangkiti virus mozek. Tanah yang tercemar mungkin satu dari puncanya. Pokok cili memang mudah dijangkiti penyakit. Bagaimanapun pokok yang sihat lebih kalis kepada serangan penyakit.
      jadi kaedah terbaik untuk menghindari penyakit, pastikan pokok dalam keadaan yang subur.
      Apabila ada daun yang menunjukkan tanda jangkitan, kerat daun tersebut dan bakar sebelum penyakit merebak.

      Padam
  9. en.is nak tanya...agak2 kalo larutan yg dibuat agak terlebih dos dan sembur ke pokok ape akan jadi ya? mati ke pokok tu.....contoh kat atas suruh pakai satu susu teh...tp terpakai 1 sudu makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sedikit tak apa. Jangan terlalu pekat kerana daun akan lemas kerana liang stoma tersembat.

      Padam
  10. En Iskandar. Bagaimana nak menghalang belalang dari memakan pokok pokok sperti pokok kari dan daun limau purut.

    BalasPadam
  11. Slm...En Is, ulat kt pokok kari...yg bertanduk tu camna nk hilangkan, sya pnh guna air basuhan beras...tp ulat tu ilang sat jer...lepas tu datang balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau guna semburan organik, perlu sembur berulang kali. Semburan air beras tidak membunuh serangga tersebut. Apabila kesan bau hilang, ia akan kembali.

      Padam
  12. Terima kasih atas tips di atas. Moga Allah memberkati segala usaha En. Is dalam segala urusan. Insya'allah akan saya praktikkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Dan terima kasih AbbotCottage kerana doakan untuk kami.

      Padam
  13. Salam...
    Berapa lama semburan ni boleh simpan. Ada yang saya baca guna cili padi dengan bawang putih. Apa beza nyer yer?

    BalasPadam
  14. Ramuan tersebut tahan lama, boleh simpan hingga habis disembur.

    Kita manusia memang tak suka bau bawang putih dan cili memang pedas.

    Untuk lalat buah, larvanya membiak dalam buah cili. Ramuan yang menggunakan cili dan bawang putih sebenarnya menarik perhatian makhluk perosak, bukan menjauhkannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. owwhhh yer ker, buat masa sekarang ni saya beli semburan 'neem' untuk (kunun2) hapuskan ulat kat daun kunyit & daun pudina tapi tak berhasil... daun kunyit tu mmg nampak sgt la ulat nyer warna hijau dia akan membelit daun tu dan makan daun... untuk daun pudina pula mmg tak nampak apa2 tau tau jer duan dah abes kena kikis.... semburan yang tuan cadang ni sesuai tak?

      Terima kasih kerana kongsi info :)

      Padam
    2. Norah cuba dulu, guna sukatan sebagaimana yang dinyatakan. Setakat yang saya guna menjadi. InsyaAllah Norah buat akan menjadi juga. Sembur sekurang-kurangnya 3 hari berturut turut ke atas serangga atau ulat yang Norah jumpa, terutamanya di bahagian bawah daun.

      Padam
  15. En Is, I stumble ur website n suka betul yr simple yet informative site. Nak minta sikit advice ni. Kenapa buah cili tu lembik mcm ade serangan kulat ke? Apa cara terbaik utk mencegah buah cili menjadi lembik?

    BalasPadam
  16. Kemungkinan besar cili diserang lalat buah. Semburan ini tak berkesan untuk lalat buah kerana induk lalat buah menyuntik telur ke dalam cili. Apabila cili hampir ranum, larva iaitu ulat lalat buah akan makan dari dalam menyebabkan buah rosak. Little_p perlu gunakan perangkap lalat buah. Little_p boleh dapatkan kertas umpan dari kami.

    BalasPadam
  17. Terima kasih utk respon en is. Mana.nak letak order utk kertas umpan en is? Tak jumpa kat bhg kanan. Nak order dgn benih2 sekali. Tunggu benih yg sy dah beli habis tanam, nak cuba benih2 tanamsendiri.com

    Pokok bendi dah nampak 2 heli daun dan biji cili pun dah bercambah. Tapi basil sy masih lagi kecil kentot, tak mbesar sejak 4 hari lalu! Tapi thai basil senang nk tumbuh pula! kenapa iya??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cambahan basil sememangnya begitu. Pertumbuhan peringkat awal sangat perlahan. apabila ia mencecah 15 cm (6 inci) ia akan cepat membesar.

      Padam
  18. Habis pokok2 sy diserang mealy bugs ni..semua x kirakah dari pokok bunga hingga sayur...sedih rasanya...asalnya hanya white fly....tp tulah menanam ni adicted...lgsung xbleh tgk pasu kosong ...wlw umah flat je... Baru stat tanam cili dah datg plak alphid...dugaan betul....agknya tnh dah penuh dgn lava perosak kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika makhluk perosak menyorok dalam tanah, tabur dan gaulkan kapur ke dalam tanah untuk tingkatkan nilai pH. Bila pH tak serasi, makhluk perosak akan cari tempat lain.

      Padam
  19. As Salam.Saya ada jugak masalah ngan tanaman cili ni dulu.cara saya saya ambil beberapa batang daun aloe verra-dalam 6 batang (baka besar tanam sendiri).potong kecil2 dan rendam dalam baldi berisi air. biarkan semalaman.siram pada pokok cili selang 3 hari sekali selama seminggu. lepas tu saya tengok masalah spt white fly,aphid etc tu dah kurang dan pokok cili saya tu subur & tumbuh tunas baru.Daunnya pun hijau besar takla kecut & kekuningan spt sebelumnya.Mungkin lendir aloe verra yg pahit tu membuatkan kutu2 tu lari kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Che Den,
      Air rendaman ale vera juga mempunyai ciri antikulat. ia juga dapat melawan seranagn kulat.

      Padam
  20. Terima Kasih Che Din.. Info berguna utk semua penanam @TanamSendiri :)

    BalasPadam