Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 4 Oktober 2011

Nutrien Tumbuhan – Bahagian 10 dari 20

Kalium 
Kalium wujud secara semula jadi (dalam bentuk garam) dalam kebanyakan tanah. Ada tanah yang mengandungi kalium sehingga satu peratus. Bagaimanapun hanya 0.h hingga 1% daripada kalium yang ada dalam tanah boleh diserap oleh tumbuhan.

Kegunaan Kalium
Kalium diperlukan dalam proses fotosintesis (iaitu proses tumbuhan membuat makanan menggunakan cahaya suria) membina protein dan aktiviti membuka dan menutup liang-liang pada daun (dikenali sebagai stomata) untuk mengawal kadar penyejatan air melalui daun. Kalium juga membantu pertumbuhan akar. Oleh sebab itu kalium disyorkan untuk sayuran akar. Kalium juga membantu mengukuhkan batang pokok. Kalium juga menguatkan tumbuhan terutamanya untuk melawan penyakit, banjir, dan kemarau. Anak pokok perlukan banyak kalium.

Kesan Kekurangan Kalium
Kesan kekurangan kalium jelas dalam daun yang tua. Daun menjadi kuning dan terbakar dari tepi ke arah dalam. Kalium mudah dialih dalam tumbuhan. Lazimnya apabila kekurangan kalium, ia akan dihantar dari daun tua ke daun muda. Tumbuhan lambat membesar, akar tidak berkembang dan menjadi rosak dan batang menjadi lemah dan tumbuhan akan mati.

Kesan Terlebih Kalium
Kesannya seakan-akan sama dengan terlebih nitrogen, iaitu pokok menjadi berair dan mudah diserang penyakit.

Sebab Kekurangan Kalium
Kalium mudah terlarut dalam air dan dibawa pergi oleh air. Kalium juga kurang dalam tanah berasid. Ketakseimbangan nutrien meungkin juga punca kekurangan kalium. Terlebih kalsium dan magnesium hasil dari terlebih membubuh kapur menyebabkan kalium sukar diserap oleh tumbuhan.

Sumber Kalium
Serbuk batu, pasir hijau, abu kayu, daun kering, dan kompos.

2 ulasan:

  1. apa kena mengena dgn petua org dulu, katanya : klu anak pokok kelapa daun dia kekuningan tabur garam pd keliling pokok atau siram dgn air garam ?

    BalasPadam
  2. Saya kurang pasti. Mungkin ada kebenarannya. Air garam mengandungi ion natrium, klorida dan beberapa ion yang lain yang diperlukan oleh tumbuhan sebagai mikronutrien.

    BalasPadam