Serai juga dikenali sebagai Fevergrass dan West Indian Lemon. Ia mempunyai aroma limau nipis atau lemon.
Daun serai digunakan sebagai teh dan batang serai digunakan sebagai perisa makanan dan minuman. Oleh kerana batang serai liat dan bergentian, batang serai dihiris halus atau dilumatkan sebelum digunakan. Minyak dari serai digunakan sebagai essential oil dan juga sebagai bahan dalam pembuatan Vitamin A. Minyak serai juga digunakan sebagai pewangi yang digunakan dalam sabun dan pencuci.
Serai mengandungi protein, lemak, karbohidrat, kalsium dan zat besi.
Tanah
Serai sesuai ditanam ketika musim hujan menggunakan tanah kebun yang kaya dengan bahan organik dan tidak menakung air. Anda tidak perlu membuat batas. Serai juga sesuai ditanam di dalam bekas.
Menyemai
Gunakan batang serai yang telah dipotong daunnya. Siram tanah supaya lembap tetapi jangan sampai bertakung. Kemudian gemburkan tanah. Semai di waktu petang untuk elakkan terik matahari ketika tengahari.. Cucuk 2 hingga 3 batang serai ke dalam tanah yang telah digemburkan sedalam 8 cm.
Batang serai yang sedia untuk disemai. |
Semaian serai. |
Pada peringkat awal, batang serai kelihatan mula kering. Pucuk baru akan mula tumbuh dalam masa satu minggu selepas semaian. Pokok serai akan membiak melalui rizom dan membentuk kelompok atau himpunan pokok.
Menuai
Serai sedia dituai selepas 12 minggu disemai. Kerat bahagian pangkal pokok untuk mendapatkan batangnya. Potong dan buang bahagian daun.
Potong bahagian pangkal. |
Salam,
BalasPadamen.Is nk minta advice kalo nak tanam serai ni....macam mana cara nak bagi serai ni sentiasa sihat. Sebab bila dah lama tanam serai ni,lama kelamaan dia makin kurus melidi. Ada cara ke untuk bagi dia terus sihat walafiat.
Tq
Sebelum cucuk keratan, gaul tanah dengan baja organik dulu. Lepas 2 minggu atau baja dah terurai baru cucuk.
PadamBila pokok merimbun, baja 2 minggu sekali gunabaja organik. Sekali sekala gemburkan tanah berdekatan pangkal pokok untuk pastikan akar dapat udara yang cukup.
Salam, En Is, betul ke amalan men'trim' separuh daun serai yg merimbun boleh membantu serai jadi sihat dan gemuk?
BalasPadamApabila daun ditrim sehingga separuh, kadar fotosintesis juga akan berkurang. Untuk tingkatkan semula kadar fotosintesis, kadar pertumbuhan daun baru juga akan bertambah. Pastikan pokok mendapat nutrien yang secukupnya.
Padamsalam en iskandar,blh saya tanya..kenapa pokok serai saya daunnye berwarna oren dan berbintik coklat(mcm kena penyakit)?pokok serai senang di serang penyakit ke?
BalasPadamSalam en is saya ingin bertanya baru nak menceburi bidang penanaman serai ni perlukah saya mengambil kursus penanaman serai dan di mana boleh ambil kursus tersebut
BalasPadamSalam en is saya ingin bertanya baru nak menceburi bidang penanaman serai ni perlukah saya mengambil kursus penanaman serai dan di mana boleh ambil kursus tersebut
BalasPadamSalam en is saya ingin bertanya baru nak menceburi bidang penanaman serai ni perlukah saya mengambil kursus penanaman serai dan di mana boleh ambil kursus tersebut
BalasPadamSalam en is saya ingin bertanya baru nak menceburi bidang penanaman serai ni perlukah saya mengambil kursus penanaman serai dan di mana boleh ambil kursus tersebut
BalasPadamPada pendendapat saya, perlu. Mungkin Jabatan Pertanian ada maklumat.
PadamTerima kasih eb is di atas maklumat diberikan
BalasPadamSalam nk tya serai sesuai x ditanam ditanah gambut
BalasPadamSesuai.
PadamBarapa lma tempoh hasil boleh dituai
BalasPadamIkut keadaan. Jika semuanya serasi, dalam masa 6 bulan.
Padam