Kacang Moringa, atau Kacang Kelor nama sains Moringa oleifera adalah kacang yang panjang dan berserat. Isinya enak dibuat kari dan daunnya enak goreng bersama telor. Kacang ini popular di kalangan kaum India.
Saya sendiri suka tuai buah yang muda kerana tidak berserat dan enak dimakan sebagai ulam. Cicah sambal cili, sedap. Orang berketurunan India biasanya tuai kacang yang separuh ranum. Ada juga ang tuai apabila ranum. Bijinya digoreng kering dan dimakan seperti kacang tanah.
Kacang moringa panjang, kira-kira 45 cm.
Akar moringa juga dimakan, rasanya seperti horse radish, sejenis sayuran eropah. Ia digunakan sebagai perisa menggantikan horse radish. Daun, bunga dan ranting juga boleh dimakan.
Ada juga yang menanam pokok ini untuk digunakan sebagai ubat. Secara tradisi daun pokok ini digunakan sebagai ubat cacng (untuk keluarkan cacing dari badan, zaman dulu-dulu), atau dilumatkan dan digunakan untuk mengubat luka akibat digigit anjing. Pokok ini juga dimakan untuk melawaskan kencing.
Daun dan buah kacang moringa sangat berkhasiat. Bahagian daun dan kacang kaya dengan sumber tenaga, lembapan, protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, besi, beta-karotena, Vitamin B1, B2 dan niasin.
Tanah
Moringa tumbuh subur dalam tanah gambut dengan saliran yang baik. Ia juga tumbuh subur dalam tanah yang lain.
Air
Moringa perlukan air yang banyak ketika pokok masih muda.
Menyemai
Anda boleh semai dari biji atau batang. Saya lebih gemar semai dari batang kerana akar mudah tumbuh dari batang.
Cara menyemai
Gunakan batang atau ranting kasar sepanjang 1 m. Gali lubang sedalam 0.6 m dan isikan kira-kira 1 kg baja organik (tinja ayam), 200g batu fosfat dan 150g tepung kapur. Masukkan batang moringa dan kambus. Tidak perlu semai di tempat teduh.
| Kacang Moringa, Kelor, Horse-radish tree, Moringa oleifera |
Membaja
Baja secara berkala kira-kira 3 bulan sekali menggunakan baja organik atau NPKMg dengan nisbah 18:11:15:2.5 (CCM 22) sebanyak 60g setiap pokok. Selepas umur 3 tahun gunakan baja NPK dengan nisbah 17:8:17 (CCM 77) sebanyak 120g setiap pokok.
Buah
Kalau tanam dari biji, pokok akan berbuah selepas 4 tahun. Kalau semai dari batang, waktu berbuah adalah lebih cepat.
Kalau tempat saya, ia dipanggil karipulei. Ada batang pokoknya di rumah tapi sedang mencari tempat nak menanam.
BalasPadamSaya suka pucuknya, goreng dengan telur. Enak. Cepat kenyang. :)
BalasPadamDalam 7-8 tahun lepas...Saya ingat pernah makan kari sayur kelor ni...dari dulu mencari balik tapi tak pernah jumpa dah...insyaallah lepas duduk rumah sendiri nak tanam sepokok.
BalasPadamselalunya mak saya buat kari sahaja. Itupun belajar daripada kawan India. Kalau dulu, ambil sahaja di belakang belukar berdekatan. Sekarang jarang dah nak jumpa pokok ni sekitar rumah saya.
BalasPadamOh, lupa pula yang mak saya panggil pokok ni kacang lamungei selain dari karipulai.
Tapi tak pernah mencuba makan selain dari kacangnya. Nampaknya, kalau ada peluang jumpa pokok ini lagi, mungkin saya akan cuba seperti yang encik sarankan.
Sdr Mahfudz, nanti bila ready just call. :)
BalasPadamMohd Idzam (I wong), sekarang dalam kejiranan keturunan India sahaja yang banyak. Saya memang suka pokok ni, kacangnya sedap dibuat kari. Mak saya pun suka masak kacang ni. Bila tengok aja, dia buka cerita zaman jepun dulu.
teringat zaman di kampung di tumpat kelantan dulu, arwah tok cucuk batang merunggai ni untuk buat junjung sirih... takde niat nak tanam pun tapi dia naik punya tinggi dan subur. arwah tok kutip pucuk jual di pasar siti khadijah.. rezeki daun merunggai..
BalasPadamDaun pokok ni memang sedap. Kaya dengan protein. Ada rakan yang syorkan untuk ibu yang menyusukan anak.
BalasPadamShafirul -- Rezeki daun mungga (org Ganu panggil). Tak tanam pun tumbuh sendiri. Saya ada terbaca, org India zaman perang jepun dulu ramai yang terselamat dari kebuluran kerana tanam dan makan daun pokok ni.
BalasPadamSalam,
BalasPadamPokok ni sesuai di tanam menggunakan batang atau biji benih? Mana nak dapat batang atau biji benih dia? En. Iskandar ada jual ke?
Terima kasih.
arif hasani
e-mail: arifcomp82@yahoo.com
Boleh ditanam benggunakan biji benih atau keratan batang. Saya ada simpan keratan batang. Kena uji dulu bimbang kalau-kalau dah mati.
PadamSalam bro,
PadamBro tidak ada jual biji benih dia ke? keratan batang tu apa cerita ye? harga camna + pos ke Sabak Bernam, Selangor?
Saya perlu semak harga pos dahulu.
Padamorait...apa-apahal nanti beritahu ye. Tak sabar ni nak berkebun. Selamat Hari Raya Aidilfitri
PadamSalam nk tnya pokok ni boleh membesar smpai mna?
BalasPadamKalau ditanam atas tanah dan tidak dipangkas, boleh mencecah 30 kaki. Biasanya pokok dipangkas supaya mudah tuai daun dan buah.
PadamSalam en.Islandar, ada tak jual keratan batang dan benih?
BalasPadamYa ada.
PadamSalam en.Islandar, minta sent pada email saya jika ada keratan batang ini. ke shayam624@yahoo.com
BalasPadamKeratan moringa ada dijual. 3 keratan dijual dengan harga RM10. Sila tambah RM10 untuk kendalian poslaju.
Padamade tak jual daun
BalasPadamsy memerlukan daun untuk tujuan perubatan
Herlynaa erysyaa emelkan maklumat. Saya ada stok daunnya.
Padamade tak jual daun
BalasPadamsy memerlukan daun untuk tujuan perubatan