Kacang bendi mempunyai khasiat yang banyak iaitu tenaga, protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, besi, natrium, beta karotena, vitamin B1, B2, niasin, dan Vitamin C. Kebiasaannya bendi tidak digemari kerana ia berlendir dan berserat. Itu adalah bendi yang dijual di pasaraya. Bendi berserat kerana ia dipetik apabila saiz telah besar dan lama disimpan sebelum tiba kepada pelanggan. Jika anda tanam sendiri, anda akan dapati bendi sangat enak dimakan terutamanya apabila dipetik muda dan terus dimasak.
Bendi sesuai ditanam di atas tanah atau dalam bekas atau pasu yang besar. Bendi perlukan banyak cahaya matahari. ia tidak memerlukan banyak air. Jadi, bendi mudah diselenggara jika anda menanam secara hobi dan sibuk dengan tugas harian.
Bunga bendi berwarna kuning dengan bahagian tengah berwarna hitam. Bentuk bunga adalah sama dengan bunga raya. Bunga bendi sangat cantik, oleh itu bendi juga sesuai ditanam sebagai pokok hiasan.
| Bunga Bendi cantik menjadikan pokok bendi sesuai dijadikan pokok hiasan. |
Tanam bendi di kawasan tanah gembur atau lom yang kaya dengan bahan organik dan mempunyai saliran yang baik. Anda perlu bina batas. Tambahkan baja organik kira-kira 2 minggu sebelum menyemai. Jika tanam dalam bekas, gunakan tanah yang kaya dengan organik.
Benih
Benih bendi bewrna hitam atau kelabu tua. saiz benih beni adalah kira-kira 0.5 cm dan berbentuk bulat. Terdapat beberapa jenis bendi. Semua mempunyai kelebihan yang tersendiri.
| Benih bendi berbetuk bulat dengan garispusat 5 mm setiap satu. |
Rendam benih bermalam atau 1 hingga empat jam di dalam air suam untuk aktifkan benih dan cepatkan proses percambahan. Benih bendi akan bercambah antara 5 hari hingga 2 minggu selepas disemai.Tanam 2 biji benih ke dalam lubang sedalam 3 cm dan jarakkan antara lubang kira-kira 40 hingga 60 cm (1.5 hingga 2 kaki).
Merumput
Anda perlu mermput jika perlu untuk pastikan tiada rumpai berdekatan pokok terutamanya ketika 2 bulan pertama.
Siram
Di musim kering, siram sekurang-kurangya sekali sehari terutamanya di waktu pagi.
Baja
Sekiranya anda tanam dalam tanah yang kaya dengan organik, anda tidak perlu menambah baja. Jika pokok kelihatan terbantut, baja dengan baja organik (misalnya tinja ayam) kira-kira 2 minggu sekali.
Makhluk Perosak
Bendi kadang-kadang diserang ulat pengorek buah. Kutip buah yang dijangkiti dan bakar. Bendi juga sering diserang ulat beluncas terutamanya pada daun. Kutip ulat dan musnahkan jika ditemui. Daun juga mungkin diserang kulat. Jika ini berlaku, potong daun yang diajngkiti dan bakar.
Buah
Bendi akan mula berbunga dan berbuah kira-kira 8 hingga 12 minggu selepas disemai. Pokok akan terus berbuah sekurang-kurangnya selama 2 bulan.
Menuai
Untuk rasa yang paling enak, petik buah apabila ia mencapai panjang 5 cm atau 2 inci. Bendi saiz ini lembut dan enak dimakan. Anda juga boleh makan bunga bendi sebagai salad atau ulam. Jangan biarkan buah bendi matang di pokok kecuali jika anda ingin dapatkan benih. Ini kerana jika buah matang di pokok, pokok tersebut tidak akan menghasilkan buah yang banyak.
| Buah bendi yang muda enak dimakan kerana ia lembut dan kurang berlendir. |
| Bendi baka singa mempunyai saiz yang besar. Bagaimanapun petik buah ketika ia masih kecil untuk memastikan isi bendi lembut. |
| Jangan biarkan bendi matang di atas pokok kerana apabila buah matang, pokok akan kurang berbuah. Buah ini dibiarkan matang kerana ia ingin dijadikan benih. |
Saya ada menanam beberapa batang pokok bendi dan sudah pun berbuah. Malang sekali saya tak dapat menikmatinya kerana dimakan tupai/musang ketika buah masih kecil lagi. Ada apa2 cadangan bagaimana saya boleh mengatasinya?
BalasPadamSaya tidak menghadapi masalah tersebut kerana tempat tinggal saya tiada musang dan tupai. Mungkin rakan pengunjung yang lain yang faham tabiat haiwan tersebut dapat memberikan pandangan serta cadangan.
BalasPadamBendi yg sy tanam mempunyai byk tunas pd bahagian bwh. Perlu ke tunas ini dibiarkan membesar?
BalasPadamSekiranya ingginkan pokok tumpukan kepada batang utama, buang tunas sisi. Jika ingin pokok rimbun, kerat pucuk batang utama supaya tunas sisi tumbuh dengan galak.
PadamJika tanam pokok yang bercabang, ia akan menghasilkan beberapa buah dalam satu masa. Pastikan pokok dibaja dan disiram selalu.
Tumpang tanya, kalau tanam dalam pasu, berapa besarkah pasu itu? Terutamanya berapa dalam?
BalasPadamTerima kasih.
pasu size medium dah memadai kalu nak tanam sepokok bendi.
Padamsalam.. semasa baru tanam perlu letakkan pasu di kawasan terbuka atau lebih elok di kawasan berbumbung?
BalasPadamPerhatikan cambahan. Jika cambahan tinggi lonjong, letak tempat cerah.
Padam