Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 27 September 2011

Pokok Kemunting, Rose Myrtle

Pokok Kemunting sedang lebat berbuah.

Rupa-rupanya kemunting juga akan mula berbuah apabila hujan selepas musim kering.  Pokok yang saya tanam buat masa ini semuanya berbuah lebat, tapi belum sedia untuk dipetik.  Masalahnya apabila buah ranum, maka akan datanglah beberapa kawanan burung terutamanya merbah putih mengutip buah.  Buah ini juga menjadi kesukaan kanak-kanak kerana berinya kelat manis, terutamanya anak kecil saya.  Nampaknya bila pokok hampir ranum nanti saya akan letakkan netting supaya tidak dimakan burung.

Dulu pokok kemunting ada di mana-mana terutama di kawasan tanah beris.  Ia tumbuh melata di kawasan pesisiran pantai.  banyak tumbuh di kawasan sungai Ular, Cherating, Chendor, Chukai, Teluk Mengkuang dan sepanjang pantai di Terengganu, Pahang, johor dan Kelantan.  Sekarang dah kurang kerana pokok ini tumbuh liar.  kebanyakan kawasan dah dibangunkan.

Bila pulang ke kampung untuk cari induk pokok, saya dapati hanya di kawasan Bukit Takal aja yang masih banyak.  Kawasan lain pokok kemunting hanya tinggal sedikit sahaja.  Di sebelah pantai barat semenanjung amat kurang.  Kalau ada pun, di nurseri sahaja.  Mahal harganya.

2 ulasan:

  1. masa kecik2 dulu memang suka petik buuah kemunting. betul ckp en iskandar. dah sukar nak jumpa pokok kemunting sekarang. macmn cara tanamnya ye en iskandar?

    BalasPadam
  2. Kalau anak pokok yang baru tumbuh,boleh alihkan ke lokasi tetap atau ke dalam pasu besar. Tapi kalau pokok dah besar biasanya pokok akan mati selepas dialih. Saya lebih gemar semai menggunakan benih. Peringkat awal pertumbuhan agak perlahan. Selepas pokok mencapai ketinggian 18 inci,ia akan membesar dengan lebih cepat.

    BalasPadam