Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 11 September 2011

Gambar Hari Ini -- Buah Labu Manis

Kami hanya menanam lima pokok labu kerana kekurangan ruang.  Pokok labu memerlukan banyak ruang.  Apabila pokok dah besar, kami kerat 4 pokok untuk dijadikan sayur.  Hanya satu pokok, iaitu pokok yang paling subur dibiarkan membesar.  Oleh kerana bunga betina mesti disenyawakan, kami lakukan pendebungaan secara manual untuk mempastikan bunga tersebut lekat kerana bilangan bunga adalah terhad.  Bahagian pucuk pokok dikerat supaya semua zat yang dihasilkan dihantar ke buah.  Pokok labu berbuah selepas 3 bulan disemai.
Selain dari buah, pucuk labu boleh dibuat sayur.  Sayur labu enak dimakan.  Buah labu pasti juga enak.  Saya suka makan sayur labu lemak kuning.  Ketika kanak-kanak dulu, emak suka buat kaya.  manis dan enak.  Akasyah pula suka labu manis yang direbus dan dicicah gula.  Apa-apa pun, labu manis memang enak.

Untuk dapatkan benih labu baka ini, klik di sini.

Akasyah dengan buah labu manis pertamanya.

2 ulasan:

  1. salam En, macammana nak senyawakan bunga labu?...pokok labu dirumah saya sangat besar, bunga banyak, tapi takde satu pun yang jadi buah.:(

    BalasPadam
  2. Waalaikum salam Adniksda,
    Begini caranya. Kenalpasti bunga jantan dan bunga betina yang sedang mekar.
    Perhatikan bunga jantan. Terdapat sati kelompok debu berwarna oren terlekat pada baharian yang dinamakan anther. Anther terjolor keluar pada tangkai yang dinamakan stamen. Potong stamen untuk dapatkan bahagian anther dan masukkan ke dalam bunga betina. Pastikan debunga terlekat pada bahagian yang terjulur keluar yang dinamakan stigma. Kemudian ikat bahagian bunga supaya tidak lagi terdedah. Ini untuk pastikan debunga tidak mterkeluar dan mengelakkan lalat buah. Ababila stamen dipotong, bau dari kecederaan bunga menarik lalat buah yang akan menghasilkan ulat (maggot). Selepas kelopak bunga betina layu, kalau bunga tidak luruh, InsyaAllah buah labu akan membesar. Saya hanya biarkan pokok berbuah dalam 5 biji sepokok untuk mempastikan buah membesar dengan cepat. Potong pucuk pada ranting yang telah mempunyai buah yang lekat supaya semua nutrien bertumpu pada buah.

    BalasPadam