Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 17 Julai 2011

Patch Rosemary Dengan Pokok Yang Baru Dialih

Minggu lepas saya telah bersihkan patch rosemary dengan membuang akar dan umbi pokok pudina serta rumpai yang bermaharaja lela dalam patch tersebut.  Di sebelah petang di hari yang sama, saya telah menggembur tanah dengan menggunakan cangkul.  Kemudian saya telah menggaulkan kira-kira 1/2 kilo kepala ikan bilis yang telah rosak.  Kini, selepas seminggu diharapkan bilis tersebut telah reput dan memperkaya tanah dengan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.

Tadi saya telah mengalih dua pokok rosemary ke dalam patch tersebut.  Diharapkan pokok yang dialih tadi tumbuh dengan subur.  Dapatlah guna posemary untuk masakan di masa akan datang.  Herba ini enak digunakan ketika memanggang kambing.  Tidak sabar menunggu waktunya. Mmmmm....

Patch Rosemary dengan 2 pokok (di sebelah kiri) yang baru dialih.


Patch rosemary selepas 2 minggu.


Patch rosemary selepas 4 minggu.


The New Rosemary Patch with New Plants
Last week I had cleared an herbs patch to be transformed into a rosemary patch.  Last Sunday morning, I removed mints and weeds from the patch.  Later in the evening I ploughed the patch using a hoe and added fish meal.  Hopefully the fish meal is well rotted and provide the necessary nutrients for the plants.

Today, I had successfully transplanted two rosemary plants into the patch. Hopefully the rosemaries will thrive providing me enough herbs for coming barbequeue sessions. Mmmmm.... yummy.

4 ulasan:

  1. baru2 ini saya ada membeli rosemary di dalam pasu bunga. saya meletakkannya di ruang tamu kerana ada kawan memberitahu jika terdedah secara direct pada cahaya matahari nanti ia akan layu. masalahnya ia sekian hari menjadi layu dan kering. jadi bagaimana untuk membuatkannya hidup subur kembali. bolehkah batang kering tersebut ditanam kembali untuk tunas baru.

    BalasPadam
  2. Dari pengalaman saya, rosemary perlukan cahaya matahari yang banyak terutamanya sebelah pagi. Pokok ini tahan panas. Cuma pastikan ia mendapat bekalan air yang mencukupi.

    Saya cuma letak dalam pasu indoor untuk rosemary yang ingin dipetik sebagai ramuan masakan.

    BalasPadam
  3. saya pernah membeli rosemary daripada nursery..masalahnya, selepas 7-8 minggu, rosemary tersebut mula mengalami masalah reput pangkal & akhirnya mati. saya tidak meletakkan rosemary tersebut di bawah cahaya matahari terik 7 cuma letakkan di balkoni rumah sahaja....pokok terkena cahaya matahari pada waktu pagi sahaja (sekitar 3-4 jam). siraman juga saya kawal supaya tanahnya tidak terlalu berair...hanya sekadar basah....Saya tak tau apa masalahnya dengan rosemary tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin terkena penyakit damping off, iaitu serangan kulat pada akar.

      Padam