Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 15 Julai 2011

Pangkas Malberi Supaya Pokok Berbuah

Pokok malberi yang biasa di tanam di perkarangan rumah biasanya dari dua variety iaitu yang menghasilkan buah putih dan yang menghasilkan buah merah.  Malberi buah putih lazimnya lebih jarang berbuah berbanding dengan malberi buah merah.  Malbei ada ditanam secara komersial tetapi bukan untuk buahnya.   Ia ditanam untuk daunnya iaitu sebagai makanan ulat sutera.
Saya pernah terbaca khasiat daun malberi yang digunakan sebagai daun teh.  Saya tanam malberi untuk buahnya.  Pokok ini kurang popular kerana ia memakan masa selama 8 tahun untuk berbuah.  Bagaimanapun anda boleh langkau masa tersebut dengan menanam pokok menggunakan keratan batang.  Sebenarnya, sebaik sahaja pokok yang anda tanam (melalui keratan batang) dan stabil, anda terus boleh memaksa ia berbuah.
Malberi hanya berbuah pada ranting yang baru tumbuh.  Untuk menghasilkan bunga dan buah, ikut petua ini.
Kira-kira dua minggu sebelum kerat bantang malberi, tambahkan baja organik ke dalam tanah.  Anda boleh gunakan kepala ikan bilis yang telah rosak, baja tinja haiwan ternakan atau kompos.
Apabila telah sedia, jalankan langkah berikut di sebelah petang.  Ini untuk mengelakkan terik matahari selepas ranting dikerat.
Kerat ranting utama hingga tinggi kira-kira paras pinggang menggunakan gunting kebun yang tajam.  Biarkan daun pada pangkal ranting sahaja.  Jangan buang tunas pada pangkal daun tetapi petik daun untuk mengelakkan dari berlaku kehilangan air yang berlebihan.  Siram pokok dengan air yang banyak tetapi jangan sampai air bertakung.
Buang daun pada ranting yang telah dikerat dan cucuk ke dalam tanah untuk disemai.

Ranting selepas seminggu dikerat.  Perhatikan rang baru tumbuh pada ranting tersebut.

Ranting yang telah dikerat akan menghasilkan tunas baru dalam masa seminggu.  Ranting baru akan mengandungi bunga malberi.

Ranting yang baru tumbuh mengandungi bunga malberi, iaitu putik-putik buah bewarna hijau.



Bunga malberi mempunyai bentuk buah dengan urat-urat stigma terjulur keluar.



Bunga hanya tumbuh pada ranting yang baru.

Mudah bukan?

2 ulasan:

  1. Keratan batang yg baru ditanam per letak bawah shade or letak kt direct sun?

    BalasPadam
  2. Keratan batang yg baru ditanam per letak bawah shade or letak kt direct sun?

    BalasPadam