Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 5 Jun 2011

Resepi -- Sirap dan Jem Roselle

Musim panas seperti sekarang, alangkah enaknya kalau dapat menikmati sirap buatan sendiri menggunakan ramuan dari pokok yang ditanam sendiri. Sirap roselle, enak. Rasanya seakan-akan kranberi (cranberry).

Sirap Roselle
Anda tidak perlu buah roselle yang banyak.  Jika anda tanam 5 pokok dalam pasu yang besar, pasti anda akan dapat menikmati sirap roselle setiap hari dalam seminggu.  Anda cuma perlukan 20 buah roselle untuk setiap botol sirap pekat.

Buah Roselle
 

Ramuan
1 cawan besar (dari 20 buah roselle) kelopak roselle, dibasuh.
1 cawan gula
2 cawan besar air masak


Ramuan Sirap Roselle
Cara membuat
1. Campurkan semua ramuan ke dalam periuk.
2. Panaskan sambil mengacau periuk dengan sudip kayu sehingga mendidih (kira-kira 15 minit).

Panaskan ramuan
3. Kecilkan api dapur dan teruskan pemanasan selama 5 minit.



Ramuan sedang mendidih

4.  Tutup api dan biarkan ramuan sejuk.

Sirap Roselle

5.  Tapis dan simpan sirap di dalam botol dan sejukkan dalam peti sejuk.  Bancuhkan dua sudu besar sirap ke dalam 1 gelas besar air.  Tambahkan ais dan hidangkan.

Jem Roselle
Isi yang tinggal enak dimakan atau dijadikan jem.  Untuk buat jem, ikut langkah berikut.

1. Campurkan sedikit air masak dan kisar isi yang telah dimasak bersama gula menggunakan mesin pengisar (blender).
2. Panaskan dalam periuk yang sama sehingga ramuan menjadi pekat (10 minit).
3. Tutup api dan biarkan sejuk.
4.  Isi ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk.
5. Hidang bersama roti.

Jem Roselle

8 ulasan:

  1. Sirap dan jem nampak sedap...salam perkenalan...=)

    BalasPadam
  2. Nice... Nak try la... Pokok roselle sy br berbuah.. :)..
    Best r kat sini.. Mcm2 biji benih dijual..

    BalasPadam
  3. Salam, salam perkongsian ilmu tentang khazanah kaya Vitamin C Malaysia ini.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ummu Hasanah,
      Gembira dapat tahu ada yang memanfaatkannya. :)

      Padam
  4. salam bang.

    alhamdulillah benih roselle yg saya beli dgn abg dulu dah berhasil. dh siap buat jus dan jem dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam.
      Alhamdulillah. Boleh berbuka sirap roselle nanti.

      Padam