Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 4 Mei 2011

Semaian Salad Diratah Siput

Akhir-akhir ini hujan turun setiap petang. Bukan suatu yang tak elok. Ia suatu yang elok sebab awal pagi tak perlu lagi menyiram. Bangun pagi ni, perasan separuh dari semaian salad selada tinggal tunggul. Makhluk mana pula yang tak sabar nak kongsi salad yang rangup tu. Tiba-tiba ternampak seketul tinja siput babi di dinding pasu. Angkat pasu, tiga ekor siput babi yang kenyang sedang lena. Siput babi memang senang membiak musim hujan.
Kali ni kena tabur kulit telur sekeliling pasu kira-kira 1 inci lebar (~3 cm) supaya siput babi tidak dapat merayap ke pasu untuk meratah semaian.
Cara lain untuk elakkan siput babi termasuk menabur pellet siput (racun siput) dan meletakkan gelang tembaga.  Gelang tembaga bertindak seperti pagar elektrik apabila lendir siput bertindak balas dengan tembaga yang akan stunt siput apabila ia cuba memanjat.  Siput akan tersentak dan tidak akan merayap ke atas gelang tersebut.

Gelang tembaga digunakan sebagai dinding siput dan lintah bulan.  (Sumber: The Garderner's Year)

3 ulasan:

  1. hmmm... sama la pokok kcg botor saya dah diserang 'bena'... sbb lama tak meracun... bila nak buat hujung minggu asyik la hujan... :(

    BalasPadam
  2. Bena memang suka pokok kacang botor. Saya pun hadapi masalah yang sama. Bena jauhkan diri dari pokok tulasi, kemangin dan selasih (jenis-jenis basil).
    Untuk elakkan siput saya tabur kulit siput dilaluannya. Di nurseri biasanya ada jual pelet untuk lawan siput, tapi kulit telur hancur dah memadai.

    BalasPadam
  3. ooo..baru tau petua tuk 'pagar' siput nih...

    BalasPadam