Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 17 April 2011

Tanam Sendiri -- Mentimun, Cucumis sativus

Mentimun atau timun batang adalah sayur buah yang popular di Malaysia.  Buah yang belum ranum dimakan mentah sebagai ulam.  ia adalah ulam yang mesti dihidangkan bersama nasi lemak ketika sarapan.  Selain dari ula, mentimun juga popular dijeruk atau dijadikan acar.  Mentimun yang ranum popular dimasak sebagai sup oleh kaum cina.
Sekiranya bertanam di atas tanah, geburkan tanah terlebih dahulu.  Anda boleh juga tanam dalam pasu yang besar menggunakan tanah yang dicampur sabut yang kaya dengan baja organik.



Membaja
Gunakan baja yang kaya dengan organik.  Gaulkan dengan tanah 1 atau 2 minggu sebelum menanam. 
Menyemai
Semai dalam lubang sedalam 3 cm dan jarakkan kira-kira 60 cm.  semai 2 biji dalam satu lubang.  Selepas dua minggu, buang anak pokok yang lebih kecil.


Menyiram
Pokok memerlukan banyak air terutamanya ketika berbunga. Bagaimanapun jangan siram sehingga air bertakung.  Untuk kekalkan lembapan tanah, tutup tanah dengan lalang atau jerami padi.

Merumput 
Merumput secara manual.  Jangan gunakan racun rumpai.  Pokok mentimun akan terbantut jika terkena racun rumpai.

Mencantas
Buang pucuk yang tumbuh di bahagian bawah pokok.  In akan mengalakkan pokok menjadi terlalu rimbun dan menambah lembapan dalam udara.  Udara yang lembap menjadi punca pokok dijangkiti kulat.

Mencacak kayu
Pokok mentimun adalah pokok memanjat.  Anda perlu gunakan kayu atau ranting pokok mentimun memanjat. 

Pokok berumur 10 minggu yang ditanam antara pokok kacang bendi.

Haiwan Perosak
Haiwan perosak utama pokok mentimun ialah serangga pemakan daun, Aulacophora (Chrysomelid).  Serangga ini aktif di waktu pagi.  Lalat buah pula menjadi masalah apabila pkok mula berbuah.  Biarkan burung bermain di taman sekitar rumah kerana burung memakan serangga yang memakan daun.  Masalah lalat buah boleh diatasi dengan membungkus buah mentimun yang kecil dengan kertas suratkabar dan memasang perangkap lalat buah menggunakan cecair metil eugenol.  Anda juga boleh gunakan cecair rebusan kemangin/selasih sebagai penghambat serangga.
Bunga mentimun tumbuh di antara batang dan tangkai daun.


Menuai
Buah dapat dituai selepas 5 minggu menyemai.

Buah mentimun yang masih muda.

5 ulasan:

  1. blog ini bnyk membantu....saya salah seorang penanam timun kecil2lan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya harap saudara pun kongsi-kongsi kan pengalaman dengan kami. Masih banyak yang kami perlu dipelajari.

      Padam
  2. En. Is, kalau mcm timun, bendi, kacang panjang, botor dll, adakah kita perlu semai di dalam bekas semaian dulu sebelum dialih atau lbh baik terus semai di atas batas? TQ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh semai terus atas batas. Biasanya kita semai dalam bekas dulu kerana semaian jenis kacang, tikus, siput, dan semut suka makan.

      Padam
  3. OIC. Dah seminggu saya semai benih buncis, k.botor dan timun di atas batas, tapi hanya 2 cambahan timun yg timbul. Mungkin ke agaknya benih yg saya semai tu dah selamat jd 'kenduri' siput dan kawan-kawannya? (^-^)

    BalasPadam