Untuk pesan benih percuma, tinggalkan nama dan alamat melalui ulasan atau emel [email protected] atau sms nama dan alamat ke 0172889364.
Walaupun pokok masih muda, daun salad cina boleh dipetik untuk dijadikan salad. Biasanya selepas anda mula memetik daun, pokok akan membesar dengan lebih cepat. |
Salad ni istimewa sebab rasanya. Ia pahit kalau diletak di tempat yang panas terik. Kalau pasu diletak di tempat yang redup, rasa pahitnya kurang. Kalay ketika petik, ada banyak getah putih, salad rasa pahit.
BalasPadamUntuk kurangkan rasa pahit, letak pasu di tempat yang teduh dan pastikan disiram banyak air.
Salad juga akan berbunga (bolting)apabila anda mula kurang siram air. Bila pokok mula berbunga, saiz daun salad yang baru juga kurang besar dan rasa daun akan lebih pahit dari biasa.
Rasa yang pahit bukannya kelemahan kerana daun salad yg pahit enak dicicah sambal belacan ketika makan nasi.
i nak!!!!!
BalasPadamOK Meloreyta, bagi alamat. Untuk April 2011 benih percuma ialah bayam putih daun lebar. Sayur ini boleh dituai 4 minggu selepas di semai.
BalasPadam