Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 20 November 2012

Benih Untuk Dijual -- Roselle

Benih batch baru.  Benih yang diuji bercambah dalam masa 24 hingga 48 jam.

Benih Roselle untuk ditanam di laman rumah atau dalam pasu.  Benih dipilih dari buah segar dan dikeringkan secara manual secara "air dry."  Benih terbaik dipek 10 biji benih ke dalam satu pek.  Harga:  RM10 untuk 5 pek. 

5 pek benih roselle (lebih kurang 12 biji setiap pek) boleh diperolehi dengan harga RM10.

Untuk pembelian benih, sila deposit ke mana-mana akaun berikut:
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754

atau

Zaitun Ismail
CIMB
12750009113528

Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
Kemudian emel iskandar.abdulrashid@gmail.com atau sms 0172889364 dan nyatakan maklumat tentang bayaran, jenis benih serta nama dan alamat penerima benih.




Buah Roselle boleh dibuat jem atau dibuat jus.

Pokok yang ditanam dari benih batch yang ditawarkan.


Pokok yang sama ketika mengeluarkan hasil yang sedia untuk dituai.



Cambahan selepas 3 hari disemai.

119 ulasan:

  1. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memesan benih roselle. Hari ini menerima pesanan ke 50 untuk benih yang disediakan sendiri. Tinggal 100 pek (20 pesanan) saja lagi. Pesan dengan segera sementara benih masih ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya jual pek kecil sahaja. Boleh cuba Mardi.

      Padam
  2. Assalammuaalaikum..

    Saya ingin mencari benih or anak pokok kemunting..encik ada jual tak?klu ada brp harganya?

    BalasPadam
  3. Walaikum salam,
    Susah nak cari pokok kemunting sekarang. Saya cuma ada 3 pokok dengan buah yang jarang dapat dijamah. Berebut dengan merbah putih yang berkunjung setiap pagi. :)
    Kalau ada nanti saya post kan ke blog ini.

    BalasPadam
  4. ada lagi ke benih pokok roselle nie? saya nak beli.. senang tak nak tanam/jaga?

    BalasPadam
  5. Masih ada. Senang aja cara tanam. Sama dengan cara tanam bendi.

    BalasPadam
  6. salam...ada tak jual benih english herb macam rosemary, thyme, tarragon dsb..?

    BalasPadam
  7. Salam,
    Semua herba yang saudara nyatakan sesuai ditanam menggunakan keratan. Induknya saya ada tetapi masih memikirkan cara packing yang sesuai untuk pastikan keratan masih fresh bila tiba ke destinasi.

    BalasPadam
  8. salam...benih roselle ni ade stok lg x? pastu cam mne ngan harga and postage?

    BalasPadam
  9. Ya, benih masih ada dalam stok. Harga yang diberi adalah termasuk pos biasa.

    BalasPadam
  10. saya dah semai benih roselle kiriman en.iskandar. Alhamdulillah dalam masa 1 hari 1 malam je semaian tumbuh cepat hampir 1cm! terkejut jugak bila tengok :)

    BalasPadam
  11. Assalamuailaikum,
    Saya nama ahmad rimi dan saya nak tanya, susah tak nak jaga rosselle ni? Serangan serangga banyak tak? Benih ada tak lagi?

    BalasPadam
  12. Ummi Aiza, alhamulillah. Gembira bila dapat tahu benih bercambah dengan cepat.

    Ahmad Rimi,setakat yang saya tanam tiada masalah besar. Pernah juga diserang seranggan kecil yang comel, orang Terengganu panggil anak dara cina, Oncopeltus fasciatus. Serangga ini hisap cecair dari ranting pokok menyebabkan pokok terbantut. Tapi ia dapat diselesaikan dengan mudah. Saya kutip serangga yang saya temui dan musnahkan. Sekarang saya tanam pokok tulasi (basil) di celah-celah pokok roselle. Bau pokok herba menakutkan serangga. :)

    Ada kenalan yang tanam roselle dan terkena serangan ulat beluncas. Saya sendiri tidak pernah mengalami masalah tersebut.

    Secara amnya pokok ini mudah diselenggara.

    BalasPadam
  13. Ya benih roselle masih ada dalam stok.

    BalasPadam
  14. Saya ingin dapatkan bekalan benih rosselle. Masih adakah stok?

    BalasPadam
  15. Semua benih yang tersenarai pada panel kanan blog masih ada stok.

    BalasPadam
  16. salam encik iskankandar,

    Mohon maklumbalas dari encik berhubung email yang saya hantar pada 28 Oktober 2011.

    Terimakasih

    BalasPadam
  17. Walaikum salam Sdri Nurulainada, saya telah semak inbox saya pada tarikh yang dinyatakan. Tiada emel yang saya terima dari pihak Saudari. Mungkin telah tersasar ke spam box. Sila resend emel tersebut. Harap maaf.

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum.. Saya fizan terbaca blog ini. Saya berminat untuk menceburi industri tani ini secara sambilan Boleh x encik emelkan maklumat lanjut mengenai benih roselle. Saya berminat untuk bercucuk tanam benih ini didalan pasu secara kecil-kecilan dulu. Terima kasih fizan_love_hanis@yahoo.com.my

    BalasPadam
  19. Waalaikum Salam Sdr Fizan,
    Maklumat tentang benih roselle telah dikirim melalui emel.

    iskandar

    BalasPadam
  20. Ok en Iskandar.. Maklumat telah diterima. Terima kasih

    BalasPadam
  21. brp kedalaman tanah roselle perlukan?

    BalasPadam
  22. Akar roselle biasanya tumbuh tidak dalam. Kebiasaannya antara 30 cm hingga 60 cm.

    BalasPadam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  24. salam,

    pihak Company bercadang untuk mengadakan kempen alam sekitar dgn menggalakn tanam sdn,namun saya masih lg tidak pasti untuk mencadangkan pokok yg sesuai utk ditanam di kawasan opis. bleh en iskandar suggest any pokok yg sng utk dijaga, tidak memerlukan masa yg lama untuk mbuahkan hasil dan sesuai untuk persekitran opis.

    diharap en iskandar dpt mberi cadangan. tQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Company bercadang nak tanam jenis sayur atau bunga?

      Padam
  25. Salam En iskandar

    sayur/bunga tak kisah, cuma yg penting
    "sng utk dijaga, tidak memerlukan masa yg lama untuk mbuahkan hasil dan sesuai untuk persekitran opis"

    mungkin en iskandar boleh reply detail ke kambing.huda@gmail.com

    BalasPadam
  26. Salam En Iskandar..

    Terima kasih diatas penghantaran benih-benih yang dipesan.. X sabar rasanya nak semai pokok roselle tu.. Tp kena cari masa yg sesuai la.. Maklumla bz dgn kerja² pejabat..

    BalasPadam
  27. Waalaikum salam Sir Syahmi,
    Sama-sama.

    Happy gardening.

    iskandar di http://www.tanamsendiri.com

    BalasPadam
  28. Nak sgt buat jus roselle + stevia. Stevia blh tanam gn biji benih x? Klu blh dptkn benih stevia pula... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Stevia benih halus sangat. Lebuh mudah tanam dengan keratan batang.

      Padam
    2. Yup, Stevia lebih sesuai ditanam dengan keratan batang.. Dulu saya ada biakkan stevia dan kongsi dengan rakan-rakan juga, tapi sekarang semuanya dah mati sebab time renovate rumah, x sempat nak alih pokok² baka.. So semua kena simen & cat.. Tup tup mati.. Sedih.. Sekarang tengah nak mencari baka yang sesuai.. Baka yang lama saya dapat dari MAHA 2010..

      Padam
    3. Tak mengapa tuan. Tahun ni akan ada MAHA 2012 pula.

      Padam
    4. Ya betul tu. Dengar khabar kat MARDI pun ada. ;)

      Padam
    5. Dah tanya ayah saya minggu lepas.. Katanya MAHA 2012 mungkin diadakan hujung tahun.. Yang pasti selepas pilihan raya :).. Lama lagi tu.. Huhu.. Tapi tak mengapa, sebab boleh saving sikit2 start dari sekarang.. Nanti boleh shopping puas2 di MAHA 2012.. :)

      Padam
    6. wah best tu, saya belum pernah MAHA lagi, nanti nak pergi jugaklah, mesti rambang mata.

      Padam
  29. Hi Iskandar,happy to know you at this site.I just started to do some small gardening but hardly dont know where to get it.Can you tell me more about herbs such as pudina,thyme,oregano and parsley?If you had I need to buy it from you and am staying at Langkawi.Pls do email me regarding this topic to luetkemeier.rozie@gmail.com

    BalasPadam
  30. Hi Rozie,
    Some of the herbs that I discussed in this blog were propagated using leaf and stem cuttings. The parent cuttings were obtained from the market. However, i did order some seeds and hopefully I will receive the herb seeds next week. i'll notify via email when the herb seeds arae available.

    BalasPadam
  31. assalammualaikum..tumpang tanye, baja apa yang sesuai utk pokok roselle

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Saya gunakan baja organik. Kalau beli di nurseri, boleh dapatkan baja pellet tinja kambing/ayam.

      Padam
  32. muhammad alim7 Jun 2012 3:02 PTG

    kenapa pokok rosell saya xmenjadi ye?1 pokok je tumbuh dari 10..sedehnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saya tahu jenis tanah yang digunakan serta kaedah semaian. Saya bimbang tanah terdapat semut api (semut merah/semut gatal) kerana semut tersebut suka makan benih bunga matahari dan roselle.

      Padam
    2. muhammad alim7 Jun 2012 8:43 PTG

      saya guna tanah kompos yg di beli di nursery..saya semai dalam bekas kecik2.emm dah tangan x sesuai kot..benih tuan yg lain semua bernas..xsabar nk tunggu hasilnya..tq

      Padam
    3. En. muhammad alim, kebiasaannya benih yang bersaiz besar seperti roselle agak kurang tahan dengan persekitaran, terutamanya medium tanaman yang berasid. Kadang-kala tanah kompos yang dijual di pasaran belum cukup stabil untuk digunakan. Kompos yang belum stabil adalah berasid dan tidak sesuai untuk percambahan benih. ini cuma pendapat saya, boleh jadi ada faktor lain yang menyebabkan benih en. muhammad tidak bercambah.

      Padam
  33. Habis pokok roselle saya diserang serangga daripada order hemiptera (kepinding rasanya). Tak tahu saya nak atasi serangan tersebut. En Iskandar ada cadangan tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena baca dulu ni. Saya kurang maklumat tentang serangga jenis ini.

      Padam
  34. EN ISKANDAR, camne nak dapatkan biji benih daripada buahnya? kene tunggu benih jadi hitam mcan saya beli tu ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Bila kering buahnya akan merekah mendedahkan biji benih.

      Padam
    2. AM BIASANYA KALAU PESAN BENIH, BENIH TU TAHAN LAMA tak?

      Padam
    3. Benih disimpan dalam peti sejuk. Ia hanya dikeluarkan bila dipesan. Benih yg disimpan di suhu bilik tahan dalam 2 tahun mengikut jenis biji benih. Cuma jangan simpan di tempat panas. Ia akan cepat menjadi hampa.

      Padam
  35. saya berminat nak membeli benih roselle...ada stok lagi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, benih roselle masih ada dalam stok kami. :)

      Padam
  36. encik bukak nurseri or tanam sendiri di rumah semua pokok ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat rumah. kawasan rumah perumahan, teres, lot tengah. Tapi habis ruang depan belakang naik pokok sayur. :)

      Padam
  37. Balasan
    1. Ya benih roselle masih ada dalam stok kami.

      Padam
  38. Salam En Iskandar. Saya nak beli benih roselle. Masih ada lagi?

    BalasPadam
  39. Benih roselle masih ada lagi. Boleh terus buat pesanan.

    BalasPadam
  40. ENCIK, PELIKNYA BUNGA ROSELLE KAT POKOK KAT BELAKANG UMAH SAYA PAGI ADE PAS TU, TAK SAMPAI SEHARI DAH LESAP! DAH BANYAK KALI DAH MCAM TU, KENAPA YER EN? SAYA TAKUT LAH ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ungkin ada tupai atau musang atau haiwan lain yang gemar makan bunga roselle. Bunga roselle rasanya masam. Enak juga dibuat salad.

      Padam
  41. Nak order benih rosellle ni. Malam ini saya bank in. Selepas bank in saya akan e-mail you.

    BalasPadam
  42. En.Iskandar, boleh terangkan cara menanam benih roselle?bila boleh alih ke tapak tetap, sesuai ditanam dalam pasu atau atas tanah?Terima kasih:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua-dua boleh. Tapi pastikan letak di tempat yang cerah.

      Padam
  43. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  44. Assalam en iskandar, seronok saya dapat biji benih hari tu. Saya lupa nak tagging. Sampai le tgk kat sini rupanya mmg roselle saya dah naik daun. Ada 3 pokok sy semai dlm poly beg. Perlu ke saya alih ke tanah nanti atau biar je dlm beg tu?A

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau polibeg besar boleh terus biar ia tumbuh tanpa dialih.

      Padam
  45. asalamualaikum.. ingin bertanya... d mana saya bole mendapatkan supply buah2 roselle ni?

    BalasPadam
  46. Saya telah masukkan "link" anda kedalam blog post saya mengenai pokok roselle. Sekiranya siapa yang ingin membeli benih roselle bolehlah datang ke sini dan berhubung terus dengan anda.

    Blog post saya yang berkenaan adalah berikut:
    http://myniceflowers.blogspot.com/2011/09/hibiscus-sabdariffa-roselle.html

    BalasPadam
  47. En iskandar,biji benih nie ada stok lg tak..betik kampung,timun mini,bendi tempatan benih op,kangkung,jagung honey jean 2,cili merah pedas,cili kampung,kacang buncis,bayam hijau daun tajam baka f1088 dan roselle..

    BalasPadam
  48. Assaalamualaikum en is.. saya ni baru je cuba menanam. mmg suka nak cari info psl cara2 nak tanam pokok sendiri kt internet and saya terjumpa blog en is yg sarat dgn maklumat. Tahniah en is. Saya berminat nak cuba tanam pokok roselle ni. Suka minum air roselle..benih dia masih ada ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikum salam, selamat datang ke blog tanamsendiri.com.

      ya, benih tersebut masih ada. Untuk makluman, semua benih yang disenarai pada panel kanan dalam blog ada dalam stok. Apabila benih habis stok, ia akan dikeluarkan daripada senarai. :)

      Padam
    2. En is..xde ke benih bunga daisy? Saya sgt suka bunga daisy. Tenang jiwa bila tgk bunga ni. Emm.. kalu ada..boleh la saya beli skali ngan benih roselle ni. Nanti saya dh transfer duit saya email en is ye. Tapi minta en is bg skali ngan panduan tanam roselle ni dlm pasu. Kwsn rumah sy kecik je. Xde tempat nak buat batas. Tq.

      Padam
    3. Saya tidak simpan benih daisy. Bila dapat nanti akan sara beritahu melalui blog.

      Tentang cara menanam roselle insyaAllah akan saya buat posting baru. :)

      Padam
  49. Aslmkum.. Saya berminat nak membeli benih roselle.. masih ada stok ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, benih roselle masih ada dalam simpanan kami.

      Padam
    2. salam',saya ingin membeli benih rosselle bagaimana untuk membuat bayaran dan berapa minima untuk setiap pembelian

      Padam
    3. Maklumat ada diletakkan di atas. Pembelian minima ialah RM10.

      Padam
  50. Balasan
    1. InsyaAllah bila ada nanti saya akan postkan. Ada banyak variety, malangnya saya saya dapat dahulu, daunnya amat digemari ulat. Bila dapat variety yang taham serangan ulat saya akan beritahu.

      Padam
  51. sabtu ahad biznes offday ke bro ? dah 2 kali hantar sms .. tak reply pun ..duit nya sudah di bank-in.. slip bank in sudah di emailnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bizz tak off. Hp tertinggal. Insyallah benih akan dikirim pagi esok.

      Padam
  52. Salam En Iskandar,

    Benih roselle ni ada lagi ke? saya berminat untuk beli.

    BalasPadam
  53. Assalamu'alaikun En. Iskandar
    salam kenal.. benih roselle ada lg tak?...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya nak tempah combinasi benih Roselle, bunga telang, bendi emas, basella dan kucai... boleh tak klo mcm ni...

      Padam
  54. En. Is, saya dah bank-in duit and dah email ya... cuma nak tukar tu benih basella ngan benih terung pendek susu.. yg lain ok je.. TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sue Yusuf, saya akan semak emel sebentar lagi. :)

      Padam
  55. Salam, sekadar ingin bertanya untuk pengetahuan. Saudara saya ada menghadiahkan saya sebungkus bunga roselle untuk memasak roselle saya terpaksa mengupasutk pisahkn kelopak bunga dah bijinya. Soalan sy, bagaimanakah sy ingin menyemai biji benih roselle dgn menggunakan biji baru tersebut?

    BalasPadam
  56. lagi 1 soalan. saya nak tahu, jangkamasa yang diambik daripada awal peringkat tanam benih hingga ke pringkat tuai. please advise brapa lama sya perlu tunggu sehingga roselle ni boleh dituai dan digunakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika cukup cahaya, nutrien dan air, Nur Syahirah akan dapat tuai pada minggu ke 12 selepas disemai.

      Padam
  57. salam, kediaman sya adalah jenis apartment. so memang xda tanah. saya berminat nk tanam roselle utk kegunaan sndri, boleh kah saya tanam cara pasu sampai ia berbuah dan bole dituai dalam pasu? please advise. if there's no problem at all then i would like to order from you.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya boleh, tiada masalah. Asalkan ada cahaya yang terang. Saya juga tanam dalam pasu/bekas.

      Padam
  58. Salam, brp harga terkini utk 5paket termasuk postage?

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM10 termasuk pos. Jika mahu poslaju, tambah RM10.

      Padam
    2. Salam,

      Dulu adek saya ada beri segengam benih, lebihan yang dia guna untuk ladangnya di Karak Pahang. Dia beli di Kuala Terengganu. Saya semai dalam polibag kecil tepi rumah saya (end lot) di Rawang. Dapatlah 500 pokok. saya sempat pindah kedalam polibag besar cuma 100 pokok. Dah mati lebih kurang 150 pokok. 250 lagi dah bantut dalam polibag kecil. Tak ada tanah nak pindahkannya.

      Saya nak beli benih yang baik setengah kilo , ada tak? Nak tanam yang baru. Berapa harganya?

      Nak pegi Terengganu jauh sangat. Mardi selangor , tak ada benih rozel.

      Tk

      Padam
    3. Saya tak stok sebanyak itu. Tanamsendiri sasarannya home gardener sahaja. Kalau saya dapat dari pembekal, saya akan warwarkan.

      Padam
    4. ok, saya nak beli, RM30, ada tak? Nanti saya bank in duit.

      Padam
    5. Saudara tinggal dimana? Kalau dekat, saya datang ambil sendiri.

      Padam
  59. Tuan ISKANDAR,
    Saya nak benih ni,tolong simpan untuk saya.

    BalasPadam
  60. Assalamualaikum. En. Iskandar. Saya nak buat projek tahun akhir tentang roselle.. hmm ade x stok benih untuk 300 pokok? dapat diskaun x untuk student? hehehe

    BalasPadam
  61. Abang..tolong simpankan saya 2 pek dulu boleh?

    BalasPadam
  62. Benih roselle dan dragon fruit saya disemai 2 minggu sudah tapi tak cambah langsung tapi benih lain sudah lama cambah pula... sedih sangat la :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti Me emelkan maklumat lanjut. Saya uji cambah batch yang ada dan kirim benih ganti. Tak mo Sedih. Gardening is a happy hobby.

      Padam