Terung, sayur buah yang popular dalam masyarakat kita. Buahnya enak dimakan muda bewarna putih, ungu tua atau hitam dengan bentuk panjang, bujur atau bulat telur. Terung adalah dari keluarga yang sama dengan kentang iaitu keluarga Solanum. Pokok terung perlukan banyak cahaya dan sesuai ditanam dalam bekas. Bagi rakan-rakan yang tiada ruang atas tanah, terung sesuai ditanam di dalam pasu yang besar.
Buah terung yang dipetik muda enak dimakan.
Tempat
Terung perlukan banyak cahaya dengan tanah yang subur. Ia sesuai ditanam dalam tanah yang kaya dengan organik. pH 5.5 hingga 6.8. Seeloknya gaulkan 5 cm (2 inci) baja organik tinja ayam dalam 15 cm (6 inci) tanah.
Cara Menyemai Benih
Rendamkan benih dalam air suam sehari sebelum menyemai untuk menpercepatkan percambahan iaitu bermalam. Tanam dalam dulang semaian atau bekas kecil menggunakan tanah organik (tanah adunan semaian). Tanam sedalam 2 cm. Ada yang syorkan supaya tutup permukaan bekas semaian dengan plastik hitam selama 2 hari kerana benih terung akan bercambah dalam gelap sepenuhnya. Benih terung akan bercambah dalam masa 1 hingga 5 minggu.
Mengalih Anak Benih
Alih anak benih apabila ia tumbuh setinggi 8 hingga 10 cm (3 hingga 4 inci) atau apabila daun sebenar telah tumbuh ke dalam bekas besar atau ke atas batas. Jika inginkan pohon yang rimbum, apabila pokok mencapai 20 cm (8 inci) patahkan pucuk yang utama. Jika tanam atas batas, jarakkan pokok kira-kira 45 hingga 60 cm (18 hingga 24 inci).
Penjagaan
Merumput dan siram selalu. Jangan biarkan tanah kering tapi jangan pula sampai air bertakung. Tambah baja setiap 2 minggu. Gunakan baja organik. Untuk cepatkan pertumbuhan siram teh kompos atau air rumpai laut untuk bekalkan natrium dan kalium.
Jika keadaan kering (musim kemarau), tutup permukaan tanah dengan sungkup, misalnya jerami atau tanah daun untuk kekalkan kelembapan tanah.
Penjagaan pokok terung tidak cerewet. Ia boleh ditanam dalam bekas dan diletak di tepi rumah.
Pokok terung ini dibaja menggunakan baja organik menggunakan kompos dari bahan dapur.
Menuai
Petik buah ketika ia paling berkilau. Apabila buah kurang berkilau, ia semakin pahit dan kurang enak dibuat ulam. Gunakan pisau atau gunting kebun dan kerat pada tangkai buah.
Petik buah terung ketika ia paling berkilau.
Masalah
Perhatikan pokok, ia mungkin diserang kekabuh terung, lalat buah, bena (aphid), whitefly dan ulat bulu. Buang atau musnahkan haiwan perosak jika temui.
Fakta Tentang Terung
Benih kekal bernas selama 6 hingga 10 tahun jika disimpan dalam bekas yang kering padasuhu bilik.
Kadar cambahan benih, 60%.
Suhu optima percambahan adalah pada 25 hingga 30 darjah Celsius.
Tanam 2 pokok untuk setiap ahli keluarga yang makan terung.
Waktu tuai, 70 hingga 110 hari selepas menyemai. 50 hingga 75 hari selepas mengalih anak pokok.
Satu pokok menghasilkan 5 hingga 10 buah dalam satu masa.
wahh segar2 buah terung yg dh dituai...z tanam tp slalu kena serang serangga perosak...
BalasPadambestnya dapat tuai terung yg ditanam sendiri nie...
BalasPadamen is, nak tanya, kalau daun pokok terung bintik2 putih kenapa ye?
BalasPadamSelepas petik terung ..saya ada hantar ke penjual market. Tapi selepas 2 ke 4 hari..jadi lembik atau rosak.. penjual tu juga kata tauke cina kat depan tu buke simpan 2 minggu tanpa rasa rosak..boleh advised saya..
PadamAd x terung bulu??
BalasPadamTerung bulu x de...
PadamKetam bulu ade...huhu
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamYa, biasanya ia menyerang pokok yang lemah.
Padamterima kasih maklumat
BalasPadamBagaimana memangkas daun pokok terung
BalasPadam