Menyemai
Cili amat sesuai di tanam di negara kita kerana ia memerlukan iklim yang panas dan lembap. Gunakan tanah yang yang kaya dengan organik. Semai benih dalam bekas semaian. Apabila saiz pokok tumbuh setinggi 4cm (1 1/2 inci) cabut pokok yang rapat, asingkan dalam bekas atau pasu kecil bersaiz 6 hingga 9 cm (3 hingga 3 1/2 inci). Apabila pokok semakin membesar, kira-kira 8 hingga 10 cm (3 1/2 hingga 4 inci) alih ke dalam pasu yang lebih besar iaitu 21 hingga 23 cm (8 hingga 9 inci).
Mengalih
Sekali sekala alih pasu ke tempat panas untuk kuatkan pokok muda. Apabila batang pokok cili kelihatan kukuh, alih ke atas batas. Jarakkan pokok kira-kira 50 cm (20 inci). Anda juga boleh tanam cili dalam pasu yang besar.
Penjagaan
Siram selalu. Untuk elakkan tanah menjadi terlalu kering, tutp tanah dengan rumput separa reput. Pasang pancang kayu untuk pastikan pokok tidak patah atau tumbang.
Pokok cili padi yang menghasilkan buah yang banyak.
Menuai
Untuk pastikan pokok berbuah dengan banyak, petik cili ketika masih muda dan bewarna hijau. Jika inginkan cili yang lebih pedas dan manis, tunggu buah merah sebelum dipetik.
Masalah
Daun cili manis sedikit. ia amat digemari makluk perosak. Bena (aphid), ulat bulu, lalat buah dan whitefly sering menyerang pokok cili. Kutip makhluk perosak apabila anda menemuinya. Pastikan anda pakai sarung tangan.
salam, en.Iskandar..
BalasPadamsaya ada membeli benih cili dalam peket dikedai, kemudian saya tanam didalam tray.
tetapi da hampir sebulan tiada langsung tanda yang benih itu tumbuh.
saya masih baru dan sedang cuba belajar untuk tanam sendiri kerana minat.
adakah perlu selepas sy masuk kan benih ke dalam tray dan tutup dengan plastik hitam? sy gunakan tanah organik masa mula menanam.
Waalaikum salam Reez,
PadamCili sememangnya lambat sedikit tumbuh, kalau benih tanamsendiri.com mengambil masa 4 hingga 14 hari bergantung pada cara menyemai.
Untuk cepatkan percambahan, Reez perlu rendam dalam air suam dulu antara 1 hingga 4 jam. Kemudian kalau semai dalam bekas tutup dengan plastik hitam selama 48 jam. Ini kerana benih cili cepat bercambah dalam tempat gelap dan suhu yang tinggi. Apabila cili dah bercambah buka plastik tersebut kerana anak cili perlukan cahaya yang terang untuk tumbesaran.
Kalau reez syak tanah mengandungi kulat yang mungkin memakan benih, semai guna tanah yang dikhaskan untuk menyemai atau guna vermaculite. Bila dah tumbuh dua set daun sebenar baru alih ke dalam bekas yang kaya dengan tanah kompos. Menanam cili tak cerewet cuma masa menyemai agak tricjy sedikit. Bila Reez dah biasa nanti, tiada masalah lagi. :)
Salam en.iskandar,
BalasPadamApakah jenis tanah yg paling sesuai untuk tanaman cili?
Gunakan tanah yang kaya dengan organik.
PadamKalau pokok diserang whitefly nak wat cam mana ye
BalasPadamRujuk posting ini.
Padamhttp://www.tanamsendiri.com/2011/12/semburan-makhluk-perosak.html
SALAM ..
BalasPadamEN IS..MCMANA NAK TAHU BENIH MORUGA DAH ADER?
Bila ada, akan diberitahu melalui blog.
Padamassalam en iskandar saya nak tanya 1 pasu untuk 1 biji benih cili ke...? atau boleh tanam skali banyak.....
BalasPadamSalam sejahtera. Pokok Cili Padi saya memang sihat dan tumbuh dengan pesat. Daun dan bunganya sangat lebat dan kelihatan elok sekali. Namun, yang pelik, walaupun pokok itu sudah banyak berbunga sejak lebih sebulan, tak pernah ada satu cili yang terbentuk atau kelihatan. Bila bunga gugur, tinggal sesuatu sepert jarum, tapi benda itu akan hilang selepas sedikit masa tanpa membentuk bunga.
BalasPadamTuan tahu tak apa mungkin punca ini? Adakah pokok cili padi memerlukan pendebungaan dilakukan oleh serangga tertentu sahaja, barulah buah akan terbentuk? Saya tak pernah menggunakan racun berhampiran pokok sayur saya, dan pokok lain, seperti kacang panjang renek, bendi, timun dan lain lain tumbuh dan berbuah dengan elok.
Terima kasih
assalam..mama ade beli pokok cili padi n dah ubah dlm pasu..dah 3 minggu ..pokok ok, segar bugar..tp kamarin ade buh baja organi dlm 1 sudu jgak la..n smalam siram..tp pagi ni daun2 pokok banyak luruh..sedih..nape ye..terlebih baja ..atau terlebih siram air..
BalasPadamBiasanya kalau baja organik tak menyebabkan pokok mati. Mungkin terlalu pekat kandungan nitro. Atau mungkin kesan mengalih, kerana biasanya akar akan rosak menyebabkan pokok gagal serap air atau nutrien yang diperlukan buah. Kalau beli pokok yang dah besar, beli sebelum pokok berbuah. jangan beli pokok yang dah berbuah, jika niat nak alih ke pasu atau tanah.
PadamPokok cili saya pun jadi macam tu jugak, sebelum ni elok saja. Dah berbuah dalam 3x dah. Daun pun lebat. Baru bubuh baja esok semua daun luruh. Baja yang sama saya guna sebelum ni. Apa yang boleh saya buat untuk pulihkan semula pokok cili saya?
Padamen Is, pucuk pokok cili sy kerinting.. kenapa ye..? klu nk kata pasal asap rokok, rumah xde org merokok.. lg pun klu pasal asap rokok, sepatutnya pokok cili yg lain pun kerinting jugak kan daun nya? mohon penjelasan. terima kasih.
BalasPadamPokok cili memang mudah diserang penyakit. Kerat daun yang dijangkiti dan bakar.
Padamen Is, kenapa ye tibe2 daun2 pokok cili sy bergulung2 layu..? pokok sblh dia (sama pasu) elok pulak.. pokok cili ni mase beli org tu kata cili solok, tp cili nya bantut.. ade dlm 1 1/2 inci klu merah ranum.. kaler awal dia krim kehijauan skit.. tau x pokok cili apa ni..?
BalasPadamKalau boleh, Janna ambil gambar kan emelkan ke emel saya. Susah nak certita kalau tak lihat gambar terlebih dahulu.
PadamMungkin pokok tu terlalu terdedah dengan cahaya mentari yang panas.
PadamMungkin pokok tu terlalu terdedah dengan cahaya mentari yang panas.
Padamsalam en. is
BalasPadamnak tanya ni ... semai cili ni harus kena matahari ke xbole kena matahari... mohon pnjelasan timakasih
Ketika semai, lebih elok gelap selama 48 jam. Bila bercambah, nak cahaya.
PadamEn Is, sama ke cara penanaman cili padi dgn cili capsicum?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam...satu pokok cili brp biji diperlukan tuan IS
BalasPadamsalam.....tuan sy bru nk tanam cli....nk tny utk nk semai benih, brp biji benih perlu diletakkan dlm bekas semaian setiap 1....tlg nasihat sikit
BalasPadam1 biji sahaja.
PadamSalam, pokok cili saya dah berbuah elok seminggu. Boleh petik or nak tunggu berapa lama lagi ye? Cara petik just cabut dari pokok or kena gunting sedikit dahannye? Maaf lah kalau soalan budak2... saya baru 1st time tanak cili. TQ
BalasPadamJika tak mahu pokok cedera boleh gunting tangkai buah.
PadamAssalamualaikum, pokok cili padi saya ambil masa yg lama utk berbunga. Medium tanah yg saya gunakan kaya bhn organik. Adakah disebabkan kandungan nitrogen yg tinggi meyebabkan pokok lambat berbunga? Apa yg boleh saya lakukan utk mempercepatkan pokok cili berbunga?
BalasPadamSembur booster cli pada daun. Kami ada stok booster. SMS/WhatsApp 0175009364 untuk buat pesanan.
PadamBlehkah kai tanah peatmoss klu menyemai?
BalasPadamBoleh, check pH dulu. Jika kurang dari 5.0, tambah kapur tawar terlebih dahulu. pH yang sesuai ialah antara 5.5 hingga 7.0.
PadamSy belajar tanam cili,tapi tiap kali sy semai,ianya tumbuh setakat dua helai daun je,x jadi pun 4 helai,6 helai dan seterusnya.lepas tu pokok tu mati
BalasPadammacam mana cara agar pokok berbuah lebat dan banyak dahan cik
BalasPadam