Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 29 Disember 2010

Tanam sendiri -- Salad Pepperomia, Herba Sepit Ketam Vietnam, Pepperomia pellucida

Tumbuhan herba kecil yang berair dengan warna hijau terang ini mempunyai daun berbentuk jantung. Daun serta batangnya dimakan sebagai ulam dan amat sesuai dicampur dalam salad.

Pokok salad pepperomia mempunyai biji yang kecil yang mudah membiak. Ia sesuai ditanam dalam tanah yang lembap.

Cara Menanam
Gaulkan benih ke dalam segenggam tanah untuk jarakkan biji. Taburkan ke dalam bekas semaian atau terus ke atas batas. Ia juga amat sesuai ditanam dalam bekas atau pasu yang berisi tanah kompos.

Benih akan tumbuh dalam masa seminggu. Siram selalu.

Menuai
Petik daun serta batang apabila pokok mencapai 15 cm (6 inci). Potong kira kira 5 cm dari tanah supaya pokok tumbuh semula.

Penyakit:
Pokok ini amat tahan dan jarang diserang penyakit.

Pepperomia, mudah tumbuh.

11 ulasan:

  1. memandangkan pokok ini jarang diserang penyakit, adakah pokok-pokok lain yang menjadi buddy kepada pokok ini?

    BalasPadam
  2. Pokok ini boleh tumbuh di kawasan yang kurang cahaya. Ia boleh dijadikan pokok untuk memenuhi ruang dalam sistem buddy.

    BalasPadam
  3. ini adalah rumpai kegemaran saya...saya suka sebab rupanya cantik berkilat...boleh jadikan salad rupanya ya En. Is...dari pembacaan saya di luar negara diorg jual dalam usd2.50 satu pot kalau tak salah, boleh mengubati sakit kepala, antiradang, chemotherapeutic dan analgesic.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maklumat yang menarik. Terima kasih HasiennA.

      Padam
  4. ea,is boleh tk bg resepi menggunakan pokok ini??

    BalasPadam
  5. owh...boleh mkn rupenya....ingatkan x boleh mkn.....sbb die kdg2 tumbuh mcm rumput.....org kate boleh buat ubt kudis.....btol ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Orang kampung buat ubat. Orange Amerika buat salad. Saya pernah baca satu artikel tentang salad, mereka rate pepperomia sebagai salad paling enak dimakan.

      Padam
    2. Uwaaa saya baru je cangkul sumer pokok2 rumpai cantik ni masa nak clearkan area depan rumah saya (T-T) saya dah agak dah pokok daun berkilat2 true green yang cantik ni mesti bukan calang2 daun.kenapalah saya tak jumpa entri en Is ni dulu,huhuk...ada can tumbuh balik tak?ke payah nak tumbuh pokok ni..

      Padam
    3. Salad pepperomia mudah tumbuh. Ia akan tumbuh semula tak lama lagi.

      Padam
    4. Daunnya memang warna hijau sangat bentuk hati dan berkilat-kilat kena pancaran matahari kan?Dan ada "sesungut" yang tumbuh tegak dari celah2 pangkal daun?takut nanti salah pokok pula saya ni :D

      Padam
  6. ada jual benih pokok ni? sya memerlukan benih pokok ni utk kajian. terima kasih =)

    BalasPadam