Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 30 November 2010

Menanam Ketumbar, Coriander, Coriandrum sativum



Ketumbar adalah pokok herba daripada keluarga parsley.  Daunnya mempunyai rasa berempah dan ia  enak dimasak sebagai ramuan di dalam sup daging.  Anda boleh tanam sendiri menggunakan biji ketumbar. 

Aktifkan Benih
Rendam benih di dalam air suam selama 2 hingga 12 jam untuk aktifkan benih.

Cara Menanam

Semai biji terus ke dalam tanah atau ke dalam pasu/bekas, sedalam 1.5 hingga 3cm.  Jika ditanam atas tanah, jarakkan kira-kira 15 cm (6 inci).  Biji akan tumbuh dalam masa 2 hari.  Apabila tumbuh, siram selalu untuk mengelakkan tumbuhan dari berbunga ketika pokok masih muda (bolting) tetapi jangan sampai tanah berair kerana ini boleh menyebabkan akar reput.  Jika berbunga (bolting) saiz daun yang dihasilkan kecil.  

Jika anda dibiarkan tanpa memotong, pokok akan tumbuh sehingga hampir 1 meter tinggi dengan bunga yang berwarna putih.

Benih Ketumbar.  Benih ini bewarna kemerahan kerana telah dicelup antikulat oleh pengedar benih.

Anak pokok ketumbar yang ditanam di antara anak pokok selasih dalam patch herba.


Menuai
Potong daun bahagian bawah dan biarkan pokok terus tumbuh.  Anda juga boleh cabut seluruh pokok jika tidak mahu biarkan pokok terus tumbuh.  Bahagian akar juga boleh dimakan.  Sekiranya pokok berbunga, petik biji sebelum ia luruh ke tanah.

Pokok ketumbar, daun, batang, akar dan biji enak dimasak dalam sup dan makanan berempah.

 


Benih ketumbar ada dijual melalui blog ini.  Sila ke link ini.

26 ulasan:

  1. thnks for this entry ..good info

    BalasPadam
  2. does it need a lot of sun? or shade2 jer? and can it be planted dlm pasu?

    BalasPadam
  3. Yes it needs a lot of sunlight. In Malaysia, in the shade is already a lot of sunlight. So, out in the open or in the shade, both ok. If indoor, make sure place it near the window that receives morning light.
    It can be grown in containers or pasu. Use organic rich soil.

    BalasPadam
  4. Ketumbar tumbuh elok dalam kawasan yang banyak terima cahaya matahari. Di tempat teduh, ia juga tumbuh subur. Mungkin krana di tempat teduh pun banyak cahaya (di negara kita). :)
    Kalau tanam dalam bekas dalam rumah, letakkan di tepi tingkap yang menghala ke timur iaitu tingkap yang menerima cahaya pagi.
    Ya, ia boleh ditanam dalam pasu.

    BalasPadam
  5. Benih ketumbar ada dijual di tanamsendiri.

    http://www.tanamsendiri.com/2011/02/benih-untuk-dijual-ketumbar-jenis.html

    BalasPadam
  6. Terima kasih infonya. Boleh tanya, jarak antara tanam sampai tumbuh daun yang bisa dipetik/dipanen/digunakan hasilnya itu berapa lama? Saya dari Indonesia tapi tinggal di Amerika. Di Indonesia daun ketumbar sangat mahal, lebih mahal daripada di Amerika. Mungkin karena jarang dipakai, dan biji ketumbar yang lebih umum, makanya saya ingin mencoba menanam sendiri.

    BalasPadam
  7. Ketumbar boleh dipetik daunnya apabila mencecah ketinggian 10cm, biasanya selepas 1 1/2 - 2 bulan selepas bercambah.

    BalasPadam
  8. ada lagi tak pokok ketumbar ni pada anda?

    BalasPadam
  9. cik_paan, Pokok ketumbar belum yang baru belum ada. Baru semalam semai batch baru, sebab belum bercambah. :)

    Benih masih banyak dalam simpanan saya sebab baru terima batch baru semalam.

    BalasPadam
  10. i love ketumbar, daun ketumbar kalau lagi mual makan daun ketumbar di kasih garam atau ketumbar yang telah di sangrai...enakkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Annasantoz, anak perempuan saya sedang mual-mual mengandung anak sulung. Saya akan cuba remedy tersebut, sebab dia asyik komplen nak muntah tapi tak muntah-muntah, sejak sebulan yang lalu. Terima kasih kerana berkongsi petua. :)

      Padam
  11. tolong simpan benih ni kalau ada..dah 3benih, lg 2..:P

    BalasPadam
  12. Sedara, boleh bagi detail bagaimana hendak membeli biji benih ketumbar dan lain2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk pesan benih, ikut langkah berikut.

      1. Pilih benih yang ingin dipesan daripada senarai benih untuk dijual yang terletak dipanel kanan blog. Harga benih ialah RM10 bagi setiap 5 pek benih. Pilih gabungan 5 pek benih. Jenis benih boleh dicampur. Maksudnya, untuk RM10, anda boleh pilih 5 jenis benih. 1 pek untuk setiap 1 jenis benih.
      2. Tentukan jumlah pek serta harganya. Jika anda ingin beli 20 pek, harganya RM40, iaitu RM10 bagi setiap 5 pek. Jika inginkan kiriman yang cepat, sila tambah RM10 untuk kendalian poslaju.
      3. Buat bayaran melalui mana-mana akaun berikut.

      Iskandar ab Rashid
      Affin 205470241951, atau
      BSN Giro 1010929000080825, atau
      Bank Islam 12092020181754

      atau

      Zaitun Ismail
      CIMB
      12750009113528

      Abdul Rahman bin Iskandar
      Maybank
      162441150114

      atau bayar ke akaun PayPal
      iskandar@tanamsendiri.com

      4. Kemudian emel iskandar.abdulrashid@gmail.com atau sms 0172889364 dan nyatakan
      a) maklumat tentang bayaran,
      b) jenis benih serta bilangan pek,
      c) nama dan alamat penerima benih.

      5. Pastikan anda menerima respons daripada kami. Jika tiada respons dalam masa 24 jam, sila SMS maklumat pesanan ke 0172889364 untuk pastikan kami ada menerima pesanan tersebut.

      6. Sila berikan masa 2 minggu untuk pos biasa dan 2 malam untuk poslaju.

      Padam
  13. Tuan, untuk tanam pokok ketumbar ni, boleh tak saya gunakan tanah kompos yg dah campur baja (beli dinursery)?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, cuma pastikan tanah tak dicambur abu/bahan yang telah dibakar.

      Padam
  14. tuan, saya nak tahu, mengapa tanah yang dah campur abu daripada nursery tak sesuai? ada saya tengok tuan dah sebut pasal ini kat lain tempat jugak...sebab dia tak subur lagi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanah tersebut subur cuma tak sesuai untuk mencambah benih. Untuk tanaman hampir matang ia elok digunakan.

      Padam
  15. Tanah tersebut subur cuma tak sesuai untuk mencambah benih. Untuk tanaman hampir matang ia elok digunakan.

    BalasPadam
  16. En.is semasa semai benih ketumbar adakah letak di bawah cahaya secara terus atau kawasan redup...dan berapa kerap perlu disiram...minta bantuan en.is..tq

    BalasPadam
  17. en. iskandar, apa maksud jarakkan 15cm bila menanam? kalau kita tanam bijik ketumbar adakah maksudnya jarak sebiji ketumbar dgn sebiji yang lain harus 15cm? sebab saya baru sahaja tanam semalam dan sy tanam berderet2, rapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Jika tanam atas tanah. Jika dalam bekas biasanya ditanam lebih rapat.

      Padam
  18. Adakah tanah gambut sesuai digunakan tuk semai ketumbar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai jika kawasan tidak menakung air.

      Padam