Posting asal, 18 Oktober 2010
JIKA ANDA MEMILIKI banyak ruang, elok juga tanam jagung manis. Jagung manis adalah dari keluarga Maize maize iaitu sejenis rumput. Pendebungaan adalah melalui angin, jadi elok tanam jagung dalam kawasan berbentuk blok. Kebanyakan pokok jagung tumbuh tinggi sehingga 2 meter.
JIKA ANDA MEMILIKI banyak ruang, elok juga tanam jagung manis. Jagung manis adalah dari keluarga Maize maize iaitu sejenis rumput. Pendebungaan adalah melalui angin, jadi elok tanam jagung dalam kawasan berbentuk blok. Kebanyakan pokok jagung tumbuh tinggi sehingga 2 meter.
Jagung manis amat enak dimakan sebaik sahaja dituai. Ini kerana gula dalam biji jagung akan mula bertukar menjadi kanji selepas jagung dituai.
Kawasan Yang Sesuai
Jagung memerlukan banyak sinar matahari. Bagaimanapun pokok terlalu tinggi dan mudah patah ditiup angin. Elok ditanam di tempat yang terdedah pada sinar suria tetapi terhadang dari angin. Tanah pula perlu subur dan tidak menakung air.
Menyemai Benih
Semai benih dalam bekas atau terus ke tanah. Letakkan benih sedalam 2.5 hingga 4cm dengan jarak 35 hingga 45cm. Masukkan 2 atau 3 benih dalam satu lubang. Apabila tumbuh, buang anak benih yang lemah.
Menanam Anak Benih
Alih anak benih apabila ia tumbuh setinggi 8cm. Tanam dengan jarak 35 hingga 45cm.
Penjagaan
Merumput selalu, tetapi hati-hati supaya tidak mencederakan akar. Pokok jagung mempunyai akar hampir dengan permukaan tanah. Anda cuma perlu menyiram apabila bunga tumbuh dan jagung mulai menggemuk.
Menuai
Jagung manis sedia untuk dituai apabila bulu mula kering dan bertukar menjadi hitam, biasanya 60 hari selepas disemai.
Masalah
Haiwan suka memakan jagung. Tupai, tikus, burung akan cuba mencuri buah yang masak. Kutu daun (aphid) dan lalat buah juga mungkin akan menjadi masalah.
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
macamana nak dapatkan benih jagung ni ya? boleh ambil dr jagung mentah yg kita beli tu ke?
BalasPadamSaya pernah cuba ambil benih dari jagung mentah. Ia tumbuh elok, tiada masalah tetapi hasilnya tidak sama dengan induk. Mungkin kerana induk baka F1.
BalasPadamSebenarnya Erin benih jadung ada dijual dalam pek kecil di nurseri. Saya ada simpan sedikit tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin bila dapat banyak nanti akan dikongsi melalui Tanamsendiri.
kalu nak tanam jagung dlm bekas yang besar boleh hidup x?
BalasPadamBoleh, saya dah cuba. Tapi perlu mastikan nutrien cukup terutama ketika berbuah. Perlu baja sekurang2nya 2 minggu sekali.
Padamdari pandangan tuan varieti yang mana mempunyai pasaran yang luas dan enak
BalasPadamSaya perhatikan mana mana jenis jagung manis ada pasarannya.
PadamBekas yang mcm mana sesuai untuk tanam jagung tuan ? mohon pencerahan.
BalasPadamJagung elok ditanam di atas tanah. Hanya semai dalam bekas semaian untuk elak benih dimakan semut.
Padamsalam encik,klau pkok jgung dh besar..boleh pindah lg x??
BalasPadamKalau tanam di rumah, tiada masalah.
PadamSalam. Saya dah cuba tanam jagung manis yang dibeli..saya ada campur tanah topsoil dengan tanah hitam beli kat nuseri. Tapi benih tak cambah. Mohon pencerahan kenapa benih tak cambah. Bagi benih bayam yang tuan bagi memang gemuk tumbuh. terima kasih atas bantuan
BalasPadamMungkin tanah hitam mengandungi bahan sisa bakar, misalnya abu atau arang. ia tidak sesuai untuk mencambah benih. Mungkin juga benih pernah kering sebelum bercambah, atau dimakan semut. Ada banyak faktor.
Padam