Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 29 Mei 2012

Menanam Jagung Manis

Posting asal, 18 Oktober 2010
JIKA ANDA MEMILIKI banyak ruang, elok juga tanam jagung manis. Jagung manis adalah dari keluarga Maize maize iaitu sejenis rumput. Pendebungaan adalah melalui angin, jadi elok tanam jagung dalam kawasan berbentuk blok. Kebanyakan pokok jagung tumbuh tinggi sehingga 2 meter.
Jagung manis amat enak dimakan sebaik sahaja dituai. Ini kerana gula dalam biji jagung akan mula bertukar menjadi kanji selepas jagung dituai.



Kawasan Yang Sesuai
Jagung memerlukan banyak sinar matahari. Bagaimanapun pokok terlalu tinggi dan mudah patah ditiup angin. Elok ditanam di tempat yang terdedah pada sinar suria tetapi terhadang dari angin. Tanah pula perlu subur dan tidak menakung air.

Menyemai Benih
Semai benih dalam bekas atau terus ke tanah. Letakkan benih sedalam 2.5 hingga 4cm dengan jarak 35 hingga 45cm. Masukkan 2 atau 3 benih dalam satu lubang. Apabila tumbuh, buang anak benih yang lemah.

Menanam Anak Benih
Alih anak benih apabila ia tumbuh setinggi 8cm. Tanam dengan jarak 35 hingga 45cm.

Penjagaan
Merumput selalu, tetapi hati-hati supaya tidak mencederakan akar. Pokok jagung mempunyai akar hampir dengan permukaan tanah. Anda cuma perlu menyiram apabila bunga tumbuh dan jagung mulai menggemuk.

Menuai
Jagung manis sedia untuk dituai apabila bulu mula kering dan bertukar menjadi hitam, biasanya 60 hari selepas disemai.

Masalah
Haiwan suka memakan jagung. Tupai, tikus, burung akan cuba mencuri buah yang masak. Kutu daun (aphid) dan lalat buah juga mungkin akan menjadi masalah.


Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

24 ulasan:

  1. macamana nak dapatkan benih jagung ni ya? boleh ambil dr jagung mentah yg kita beli tu ke?

    BalasPadam
  2. Saya pernah cuba ambil benih dari jagung mentah. Ia tumbuh elok, tiada masalah tetapi hasilnya tidak sama dengan induk. Mungkin kerana induk baka F1.
    Sebenarnya Erin benih jadung ada dijual dalam pek kecil di nurseri. Saya ada simpan sedikit tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin bila dapat banyak nanti akan dikongsi melalui Tanamsendiri.

    BalasPadam
  3. kalu nak tanam jagung dlm bekas yang besar boleh hidup x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, saya dah cuba. Tapi perlu mastikan nutrien cukup terutama ketika berbuah. Perlu baja sekurang2nya 2 minggu sekali.

      Padam
  4. dari pandangan tuan varieti yang mana mempunyai pasaran yang luas dan enak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya perhatikan mana mana jenis jagung manis ada pasarannya.

      Padam
  5. Bekas yang mcm mana sesuai untuk tanam jagung tuan ? mohon pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jagung elok ditanam di atas tanah. Hanya semai dalam bekas semaian untuk elak benih dimakan semut.

      Padam
  6. salam encik,klau pkok jgung dh besar..boleh pindah lg x??

    BalasPadam
  7. Salam. Saya dah cuba tanam jagung manis yang dibeli..saya ada campur tanah topsoil dengan tanah hitam beli kat nuseri. Tapi benih tak cambah. Mohon pencerahan kenapa benih tak cambah. Bagi benih bayam yang tuan bagi memang gemuk tumbuh. terima kasih atas bantuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin tanah hitam mengandungi bahan sisa bakar, misalnya abu atau arang. ia tidak sesuai untuk mencambah benih. Mungkin juga benih pernah kering sebelum bercambah, atau dimakan semut. Ada banyak faktor.

      Padam
  8. Tak boleh tanam dalam bekas ke? Tanah umah saya banyak semut

    BalasPadam
  9. Benih jagung perlu direndam ke?berapa lama?

    BalasPadam
  10. ok..terima kasih encik is..

    BalasPadam
  11. Mengapa daun anak pokok jagung berwarna keputihan.

    BalasPadam
  12. assallamualaikum... nk bertanya. perlu ke gembur tanah utk penanaman jagung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Bergantung pada struktur tanah. Jika struktur elok, tak perlu gembur. Jika tanah padat dan tiada ruang udara, perlu.

      Padam
  13. slm bos, brape kerap perly siram pokok jagung ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pagi dan petang.. tapi lepas hari ke-45 petang shj selama 2-3min

      Padam
  14. assalamualaikum cik..
    klau kawasan perumahan teres tanah die sesuai x untuk tanam jagung?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika kawasan rumah ada tanah yang kaya dengan bahan organik dan tidak menakung air, serta ruang tersebut terima cahaya matahari sepenuhnya, boleh aja. Jika tanah kurang elok boleh buat batas timbun atau tanam dalam bekas.

      Padam